part 15

292 26 2
                                    

[killing part awaits]



___________________________

Sedang Jihyo dan Sehun asyik memerhatikan ciptaan machine di sekeliling mereka, mereka sedar mereka sudahpun ditinggalkan dari tadi.

"Ermmmm... Sehun... Kenapa saya rasa sejuk nie? " kata Jihyo hairan. Mana taknya suhu tadi elok je tidak sejuk seperti sekarang.

Sehun yang hairan suasana menjadi sunyi serta merta memeriksa keadaan sekeliling.

"Damn it! Mana mereka dah pergi?! " Sehun mula panik melihatkan hanya mereka berdua yang berada di dalam bilik tersebut.

Sehun segera berlari mencari pintu masuk tadi. Apabila dia tiba, dia terkejut mendapati pintu kebal tersebut terkunci dari luar. Dia cuba untuk mengunakan tenaga werewolfnya namun seribu kali sayang, tiba tiba sahaja wolf, Daniel didalam tubuhnya tidak muncul dan masih lagi dalam proses mengaktifkan semula tenaganya yang mula berkurangan. Dengan erti kata lain, wolf Sehun, Daniel tidak dapat muncul sekalipun Sehun menyerunya. Sehun mula panik dan menjerit sekuat hati agar jeritannya dapat didengari. Namun bilik tersebut kebal dan sekuat manapun mereka menjerit tetap sahaja orang dari luar tidak mendengar jeritan mereka.

Sehun yang mula berputus asa menyepak kuat pintu tersebut namun sia sia sahaja tenaganya dibuang.

Jihyo turut menghampiri pintu tersebut sambil berpeluk tubuh.

"Er... Er.... S-s. Saya... Se.. Sejuk... " kata Jihyo mengigil. Tubuhnya automatik terasa lemah. Jihyo juga tidak ingin identitinya terdedah maka dia sanggup menerima kedinginan suhu disekeliling mereka yang mula terasa sejuknya bagaikan mereka menghadapi musim salji.

Sehun yang melihat Jihyo  mengigil segera berlari mendapatkannya.

"Andwae... Andwae Jihyo.. Tolong bertahan sikit... Jangan mudah terkena sejuk.. " Kata Sehun. Dalam hatinya menyumpah seranah terhadap diri sendiri. Menyesal kerana membawa Jihyo ke tempat yang dia ingin tengok. Sehun terus memeluk badan Jihyo yang mula kelihatan lemah. Bibir Jihyo pula pucat dan tubuhnya sejuk yang teramat.

"Tak.... Tak... Saya tak dapat.... Be...bert-tahan.. S-sehun.. " Jihyo menggeleng kepala lemah. Dia bersusah payah untuk mengatakan setiap patah kata. Sehun semakin risau melihat keadaan Jihyo. Dia mula teringat suhu sejuk adalah kelemahan gumiho kerana mode kuasa mereka tidak dapat diaktifkan bagi melindungi diri sendiri.

'Apa aku patut buat? ' kata Sehun. Walaupun Sehun merupakan werewolf , werewolf dapat bertahan menghadapi suhu sejuk sedikit sahaja kerana dia dalam mode manusia. Yang Sehun risaukan adalah keadaan Jihyo, dia tidak kisah lagi pasal keselamatannya sendiri.

"Jihyo... Tolong jangan cakap macam tu... Please.... Aku taknak kehilangan kau. Aku sayang kau sangat sangat. Tolong bertahan sekejap ye sayang. Aku percaya mereka akan datang nanti.. "

Sehun membawa Jihyo ke sudut bilik lalu menempatkan Jihyo ditengah tengahnya sambil Sehun berusaha untuk mengalirkan haba panas dari tubuhnya. Dia memeluk tubuh Jihyo erat tanpa sedikit pun beza jarak antara mereka. Tubuh Jihyo pula masih sejuk bagaikan beku tiada apa apa perubahan.

"Jihyo... Kau dah rasa hangat sikit..? " bisik Sehun kecil. Jihyo pula tidak menjawab apa apa kerana tekaknya mula terasa memberat. Melihatkan Jihyo tidak mengatakan apa apa, semakinlah Sehun bertambah risau.

"Jihyo... Jihyo... " Sehun menepuk pipi Jihyo perlahan namun Jihyo terlalu lemah untuk memberi apa apa reaksi .

"Tak, tak... Ni tak boleh jadi...! " Sehun tidak ingin kehilangan Jihyo sebelum dia sempat pun claim Jihyo sebagai matenya.

Sehun pun terfikirkan satu cara. Mudah mudahan idea dia nanti berjaya untuk membantu Jihyo menerima haba hangat dari tubuhnya.

Tanpa segan silu, Sehun membuka bajunya pantas tanpa memikirkan dirinya sendiri. Dia juga mungkin akan turut merasakan kesan sejuk tersebut memandangkan baju tersebut pertahanan terakhir baginya untuk kekal hangat. Setelah dia tidak memakai apa apa pakaian pada bahagian atasnya, dia serta merta menutup tubuh Jihyo dengan pakaiannya sendiri. Kemudian, terasalah badannya menerima suhu sejuk yang amat sejuk. Namun Sehun tetap menguatkan fikirannya dan fizikalnya. Dia membawa Jihyo ke pelukan hangatnya.

The Last Gumiho [OSH X SJH]Where stories live. Discover now