part 13

268 22 0
                                    

Sehun sudahpun sedar yang Jihyo balik ke rumahnya. Sebenarnya Sehun belum sempat balik ke rumahnya sendiri kerana sibuk mencari Jihyo sepanjang masa.

Kini, jam menunjukkan pukul 11.50. Jihyo yang melihat ke luar tingkap masih lagi sedih memikirkan layanan Sehun terhadapnya siang tadi. Sekali lagi air matanya mengalir. Dia tidak menahan lagi air matanya yang sudahpun mengalir laju.

Bulan kelihatan agak malap pada ketika ini. Jihyo hanya merenung sayu sambil melihat pancaran bulan tersebut.

'Kenapa aku bukan werewolf? Tentu semua nie tak jadi begitu rumit. '
Fikirnya dalam hati.

Dia sedar, tanggungjawab sebagai mempertahankan kelangsungan hidup sebagai gumiho amatlah berisiko dan sukar. Namun dia tetap menerima keadaan dirinya. Dia sedar, tentu ada sebab disebalik keraguan yang dia fikirkan.

Setelah lama Jihyo merenung jauh, dia pun berbaring diatas katilnya. Pada malam tersebut, dia tidak boleh berhenti memikirkan Sehun. Entah kenapa.

Dia ragu ragu dengan hatinya.

Disisi lain pula, Sehun sedang duduk diatas tanah yang agak tinggi sambil rupanya agak kusut masai dan tidak terurus. Ya, sekarang ini dia tengah sibuk memerhatikan Jihyo dari jauh dengan pandangan mode Alphanya. Dia dapat melihat dari jauh bahawa Jihyo sedang menangis. Hatinya turut terluka. Dia teringin sekali berlari ke arah Jihyo dan mengatakannya kepada dia, ia nya merupakan kesalahan. Buat kali pertama Sehun mengaku dia telah membuat kesilapan besar hanya disebabkan egonya sendiri.

Dengan perlahan, air mata jernih Sehun mengalir. Sehun tersentak. Buat kali pertama dia mengalirkan air mata kerana perempuan yang dia cintai. Perempuan tersebut berjaya bertakhta semula di hatinya dan membuat jiwa lelakinya tersentuh.

Dia teringin sekali memeluk Jihyo tersebut dan mencium bibir lembut perempuan tersebut. Hatinya turut terguris dan rasa sakit.
Tentu sahaja Jihyo tersebut akan marah terhadapnya jika Sehun muncul secara mengejut jadi Sehun membatalkan niatnya untuk bertemu Jihyo.

Apabila Jihyo melihat bulan, Sehun turut mendongakkan kepalanya. Terus sahaja wolf didalam badannya bertukar mode.Kini Sehun pun dalam mode werewolf. Apabila Sehun memandang bulan diatas, bulan tersebut seolah olah turut sedih dan tidak memberi sinaran malam dengan begitu terang.

Sehun pun 'mengawoo' dengan panjang. Mendengarnya sahaja sudah cukup jelas kedengaran pilu pada bunyi melolong tersebut.

"Auuuu...... " bunyi tersebut ditarik lebih panjang dan kedengaran pilu. Sehun terus menerus melolong dan melepaskan segala kesedihannya pada malam ini. Dia tidak kisah dengan penampilannya yang dingin yang buat sementara. Bunyinya seolah olah bagaikan seekor serigala kehilangan cinta hatinya. Hakikatnya, Sehun masih lagi menginginkan Jihyo dalam hidupnya.

Jihyo turut mendengar bunyi sayu tersebut. Jihyo pun automatik menangis semula. Ini kerana dia kenal sangat bunyi tersebut. Ia nya milik Oh Sehun. Lelaki yang membuatkan Jihyo memikirkannya sepanjang masa.

Keesokan harinya, Jihyo sedaya upaya mengelak dari Sehun.

Setiap kali dia melihat ke sisinya dia tertangkap yang Sehun sentiasa mencuri pandang kearah Jihyo.

Sehun pula masih berasa bersalah dan belum berani untuk membuka perbualan dengan Jihyo. Jihyo pula masih berfikir Sehun masih marah dengannya dan membencinya. Keadaan mereka agak renggang dan langsung tiada perbualan diantara mereka. Masing masing melayan perasaan sendiri.

Exo pula sentiasa memberi petanda kearah Sehun untuk mula bertindak. Namun setiap kali Sehun ingin memulakan perbualan ada sahaja Jihyo mengelaknya.

"Ji-"

"Eummm.. Park Chanyeol. Kalau tak keberatan boleh tak tolong semakkan kerja Jihyo? Takut ada silap. "

The Last Gumiho [OSH X SJH]Where stories live. Discover now