part 11

237 31 3
                                        

"Okey kelas! Jangan lupa dua hari akan datang, kamu semua kena datang ke sekolah awal. Kita ada rombongan lawatan sambil belajar di makmal Sains dan Teknologi. Kalau datang lambat sendiri tanggung! " kata Cikgu Haha tegas.

Para pelajar mengangguk faham. Bagi Sehun, lawatan tersebut membosankan dan tidak menarik perhatiannya. Tumpuannya mula teralih ke arah Jihyo lalu dia pun tersenyum sumbing. Ya.... Dia akan memanfaatkan masa tersebut dengan berkepit disebelah Jihyo sepanjang masa. Memikirkan betapa rapatnya mereka nanti, Sehun tersenyum geli dan fikirannya melayang entah ke mana.

Loceng pun berbunyi menandakan waktu rehat sudah tiba. Tanpa berfikir panjang, Sehun angkat dari tempat duduknya dan menarik tangan Jihyo untuk angkat. Jihyo yang tersentak dengan sikap Sehun mengejut segera menahan tangannya dari terus ditarik Sehun. Sehun pun memandang hairan ke arah Jihyo.

"Jihyo angkat. Teman aku makan sebelum aku mengubah fikiran." kata Sehun tegas. Jihyo pun berkeras untuk terus duduk.

"Kalau aku tak nak..? " kata Jihyo kosong.

"Kau nak sangat ke aku hukum kau?? Cepat bangun Jihyo jangan melawan! " desak Sehun. Dia rimas kalau Jihyo berdegil dan melawan kata katanya. Lagipun kalau dia bersendirian di kelas, adalah nanti werewolf gatal dan miang mulalah mengurat Jihyo.

"Saya tak laparlah Sehun. Saya nak duduk kat sini je. Lagipun saya dah makan tadi. " kata Jihyo perlahan. Dia pun terus mengukir senyuman kecil.

"Kau ni kan memang sengaja nak cabar kesabaran aku! Cepat angkat Jihyo or-"

"Saya tak dapat ikutlah Sehun. " kata Ji hyo. Tangan Sehun masih erat memegang kemas tangan Jihyo.

"Kalau jadi apa apa dekat awak nanti, saya yang susah Jihyo! Awak nak tahu sangat, selain dari saya, banyak lagi werewolf dekat luar sana yang miang dan suka dekat awak. Dan saya tak suka mana mana dari mereka sentuh dan rapat dengan awak! Awak tak tahu banyak mana mereka bernafsu dengan awak! Saya lain bukan macam mereka dan tak bayangkan awak macam apa mereka fikir. Perasaan saya lain sebab saya sayang awak sangat sangat!!" marah Sehun.

"Uuuuuu... Kalau dia marah tu tandanya dia sayang... " ejek DO dan Exo lain tersengih.

Namun suasana agak tegang bagi Sehun. Dia menatap mata bundar Jihyo tajam. Jihyo pula sudah ketakutan kerana membuatkan Sehun marah.

Sehun tengah marah. Dia sangat marah apabila memikirkan semula kata katanya tadi. Memang betul apa yang dia luahkan. Sejak akhir akhir ini, Jihyo sering sekali dibual bualkan werewolf namja dan tampaknya mereka sudah kemaruk dengan Jihyo. Kata kata mereka agak kurang ajar apabila berbincang tentang topik Jihyo. Perbualan mereka juga didengar oleh pembantu Sehun, Namjoon dan seterusnya Namjoon pula memaklumkan hal tersebut terhadap Sehun. Sehun yang mendengar apatah lagi mengamuk dan menyerang setiap mereka sehingga mereka cedera parah disebabkan sikap agresif Sehun.

Melihatkan suasana yang dingin, Suho memberikan petanda dengan Exo lain untuk beredar

"Err.. Perut laparlah pula ... Kami pergi dulu yer.. " kata Chanyeol kekok.

Exo segera beredar meninggalkan Sehun dan Jihyo bersendirian.

Sehun yang tidak tahan lagi terus melepaskan tangan Jihyo kasar dan berjalan pergi. Dia sangat marah apabila Jihyo tidak mempedulikan kata katanya. Jihyo pula yang rasa bersalah lalu mengejar Sehun.

"Sehun! Sehun! Aku minta maaf... Mian... Mianhae... " kata Jihyo bersalah. Dia menghentikan Sehun dan pantas lengan Sehun dipeluk Jihyo lembut.

Sehun pula masih tidak memaafkan Jihyo kerana egonya yang mengunung.  Sekali dia sakit hati, dia akan tetap lama mengambil masa untuk memaafkan orang tu. Melihatkan Sehun tidak memberi apa apa tindak balas, Jihyo mencubit lengan Sehun kuat. Sehun pun semakin marah dan menolak kasar badan Jihyo menjauh dari dia.

The Last Gumiho [OSH X SJH]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang