part 20

123 17 0
                                    

Jihyo kini teruja menuju ke sekolah sambil menghayunkan bekal makanan sekolahnya. Pagi tadi, awal awal lagi Jihyo sudah bangun awal untuk menyediakan sarapan bibimbap buat dia dan juga Sehun. Jihyo tahu, pasti Sehun akan terharu dengan air tangan yang disediakan oleh dia sendiri.

"Hi, Jihyo noona! " tegur pelajar junior disitu, Cha Eunwoo sambil melambaikan tangannya.
Dia masih lagi meminati Jihyo dalam diam walaupun Jihyo sudah berpunya namun jauh disudut hati, Eun Woo merelakan sahaja Jihyo dengan orang lain asalkan dia gembira.

"Oh hai, " balas Jihyo ditambah lagi dengan senyumannya yang manis. Kalau tak dibalas, nampak sangat kurang ajar dan dia taknak diperli oleh pelajar lain.

(p/s:Eun woo buat cameo guys)

Seperti biasa, Jihyo pasti akan ditegur pelajar lelaki lain dan Jihyo sudah pasti jemu dengan semua itu. Bila Jihyo bersendirian tanpa Sehun, pasti sahaja mereka mengambil kesempatan untuk memulakan perbualan dengan Jihyo. Jihyo yang rasa bersalah hanya melayan sahaja karenah 'peminat'nya. Tetapi Jihyo juga risau kalau mereka cuba untuk bersikap lebih rapat dengan dirinya.

Pernah satu ketika, seorang pelajar lelaki senior setahun dari Jihyo mendesak Jihyo untuk menerimanya. Sehun yang mendengar berita pantas itu serta merta menyerang pelajar itu walaupun senior sehingga lelaki itu terpaksa dikejarkan ke hospital kerana cedera teruk. Sehun pula menipu dengan guru disiplin kononnya mempertahankan Jihyo daripada serangan buli. Dari situ, nampak sangat Sehun seorang yang posesif.

Jihyo pun seperti biasa menunggu di tempat duduknya sambil menunggu Sehun tiba.

Lama Jihyo menunggu namun Sehun masih belum tiba. Hampir tiba waktu sesi pembelajaran Sehun masih lagi lambat dan itu membuatkan Jihyo berasa sedikit terkilan. Bukan apa, semalam Sehun sudah berjanji untuk datang awal agar mereka boleh breakfast sama.

Jihyo pun mengeluh kecewa. Kalau macam tu, sia sia sahajalah dia bangun seawal 5 pagi dan datang awal semata mata untuk membazirkan waktu satu jamnya.

"Eh, Jihyo. Sehun mana? Ingatkan dia dah datang sini dengan awak tadi. " tegur Kai yang perasan Jihyo termenung dari tadi.

"Yalah. Tadi kita nak ajak dia turun sekolah sama dia dah tak ada. Mana Sehun nie? " soal Xiumin hairan.

"Tch. Entah entah dah jumpa orang baru. Mana tak nya dia datang lambat." kata Jihyo perlahan. Kalau benar apa yang Jihyo fikirkan dari tadi, tentu dia akan benar benar patah hati.

Ahli Exo lain berpandangan antara satu sama lain. Mereka pun hairan sambil menahan ketawa. Haih... Sampai situ sekali Jihyo berfikir. Benar benar marah ke cemburu tu?

"Nah korang makanlah bibimbap ni. Saya dah hilang selera." Jihyo menghulurkan bekas makanan itu kepada DO lalu membungkamkan kepalanya atas meja.

Kringg! Loceng berbunyi tanda sesi kelas pertama bermula baru Sehun masuk. Itu pun dia tergopoh gapah masuk ke kelas kerana penat berlari dari tadi.

"Mian seongsaengnim, saya lambat. " kata Sehun tercunggap cunggap.

"Takpa, lain kali jangan lambat. "

Sehun pun mengambil tempat duduknya sebelah Jihyo. Jihyo pula malas ingin berdepan dengan Sehun tiap kali Sehun cuba menarik perhatiannya.

"Habislah kau lepas nie, Sehun." bisik Chen perlahan cukup sekadar Sehun mendengar.

'Kenapa? Apa aku dah buat?'

Sewaktu rehat, Jihyo terus pergi meninggalkan Sehun apabila Sehun tidak sedar.

Sedikit sebanyak, Jihyo agak kecewa apabila Sehun sepertinya tidak kisah.

Sewaktu Jihyo mendapatkan makanan, seorang pelajar menghadiahkannya air susu kotak sambil senyum.

The Last Gumiho [OSH X SJH]Where stories live. Discover now