Ost diatas relatable dengan update kali ni. Kepada yg belum dengar, author recommend korang dgr - nanti😌"Hari ni aku balik lambat." kata Sehun sambil mengatur necktie nya. Hujung anak matanya memandang Jihyo yang duduk menghadap cermin. Jihyo sebenarnya masih segan dengan Sehun tadi tapi dibuat tenang sahaja.
"Tahu. Jadi, buat apa beritahu? Saya bukannya isteri awak ke apa, setakat tahanan je. " kata Jihyo, suaranya kedengaran semakin mengendur.
Sehun menghampiri Jihyo lalu mengangkat dagunya agar menghadap dia.
"Aku saja je bagitahu, mana tahu kau lari. Lagi satu, boleh tahan juga kalau kau jadi isteri aku." kata Sehun tersenyum sinis.
"But that won't ever happen." Sehun pun pergi menjauh dari Jihyo dan menuju ke pintu bilik tidur untuk keluar.
"Hoi! Kau ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau tu huh?! Siapa lah dapat awak nanti, bolehlah saya ucapkan selamat malang dengan perempuan tu nanti huuuu... " sindir Jihyo puas sambil menghantar Sehun pergi dengan pandangan matanya.
Mujur sahaja Sehun telah pergi senang sahaja Jihyo menyindirnya. Namun itu semua salah. Sehun masih lagi mendengar sindiran Jihyo itu kerana pendengarannya yang tajam.
Walaubagaimanapun, Sehun mendengar sahaja sindiran Jihyo itu kerana kini dia bergegas ke jet peribadinya yang menunggu di luar pejabatnya.Jihyo meninjau ke sekitar penthouse itu. Pekerja Sehun begitu ramai dan sibuk dengan kerja mereka di sana sini. Kini, dia sedang merancang strategi untuk melarikan dirinya nanti.
Jihyo melihat sekelilingnya lalu mengukirkan senyuman lebarnya.
Jihyo pun menghampiri seorang pekerja kebun berdekatan yang tekun mengubah bunga mawar putih disitu."Wah..... Dah lama tak tengok mawar putih!" kata Jihyo ceria.
"Cik, ni siapa ya? Saya tak pernah tengok pun kat sini." tegur pekebun itu sebaik sahaja mengesan kehadiran Jihyo itu.
"Er... Saya... Anak tukang masak kat sini. " 'goreng' Jihyo.
"Ohh.... Pakcik tengok anak ni cantik orangnya. Kalau Tuan Sehun jumpa cik ni, tentu dia terpikat."
Jihyo mula tersengih kekok. Ni yang rasa janggal ni. Mana mungkinlah Sehun tu boleh sukakan dia yang gumiho ni? Haish. Mengarut... Benci ada lah.
Tanpa sengaja tangan kiri Jihyo terpukul kuat dengan alat pemotong dahan milik pekebun itu.
"Argh! " Jihyo mengerang sakit. Dia terlupa yang tangannya masih sakit disebabkan hal malam tadi.
"Kenapa ni? " tegur pakcik itu
"Takda apa apa, pakcik. Saya pergi dulu ya."
Jihyo pun ke bilik tidur lalu mendapatkan peti kecemasan.
Lukanya itu masih lagi belum sembuh tambahan pula rasa sakitnya masih jelas terasa.
Jihyo pun menukar balutan itu namun tindakannya terhenti seketika. Tiba tiba dia teringatkan Sehun yang menolong merawat lukanya malam tadi. Jihyo pun tersenyum kecil
YOU ARE READING
The Last Gumiho [OSH X SJH]
Romance"Awak siapa sebenarnya?? " Fantasy ff. Song Jihyo x Oh Sehun. Nonsense story line but worth to read it. "I won't let you go for the rest of my life. " /////////////////////////// [Reedit] "Pure flowers aren't mine, yet it's dangerous to be touched...