part 34

88 14 3
                                        




Jihyo sudah bersiap siap untuk melarikan dirinya.

Tidak lama kemudian, Jihyo berjaya menyusup keluar dirinya dari company Sehun.

Jihyo yang tergesa gesa melarikan diri hampir sahaja dilanggar kereta.

Kereta kereta disitu pun membunyikan hon.

"Mianhae, mianhae." Jihyo pun menyeberang jalan yang masih dilalui kereta kereta disitu.

Sebaik sahaja Jihyo pergi agak jauh, dia bagaikan sesat di lautan ramai werewolf. Dia melihat sekelilingnya dan orang disitu lalu lalang. Jihyo kini mula buntu dan hilang arah tuju.

Dia tidak tahu ke arah mana dia harus pergi.

Sekali sekala, Jihyo berselisih bahu dengan penduduk disitu. Dia menjadi agak kekok apabila orang lalu lalang memerhatinya dengan sedikit hairan.

Rakyat disitu melihat wajah Jihyo yang agak luar biasa. Bagaimana mungkin seorang werewolf memiliki raut wajah sebegitu cantik?

Jihyo segera membawa dirinya ke tempat yang sedikit sunyi.

Hari semakin senja, Jihyo mula menyesal kerana melarikan dirinya dari Sehun. Namun dia tiada pilihan lain untuk menuju ke rumahnya semula. Tapi, Jihyo pula tiada wang tambang untuk menaiki mana mana kenderaan di lebuh raya itu.

Jihyo tidak sedar, bahaya bakal menimpa dirinya. Dari belakang, terdapat beberapa orang lelaki menghampirinya.




"Mpmhh!!" teriak Jihyo berharap agar ada orang yang mendengar namun semuanya terlambat apabila kepalanya semakin pening
dan Jihyo pun meronta lemah ditangan seseorang.

Mulutnya telah ditekup dan Jihyo akhirnya pengsan akibat cecair yang meresap pada kain itu.























































































































"Minggu depan company kita-"

Crack!

Lengan Sehun berlanggar dengan cawan kaca sehingga jatuh dan pecah atas lantai. Entah kenapa, jantung Sehun berdegup kencang sekarang bagaikan dia berlari laju 100 meter.
Tiba tiba, dia berasa resah. Jantung dia berasa lemah.









"Tuan, tuan okey ke? " tegur Taeyong 

"Kita berhenti dekat sini. Taeyong, awak teruskan buat masa sekarang."



Sehun sekarang memikirkan seseorang di fikirannya.


"Jihyo. "






Sehun bergegas mendapatkan officenya berharap agar Jihyo masih disana.


"Jihyo! " Sehun memerhatikan sekelilingnya namun kosong tiada sesiapa.

Sehun segera mendapatkan tempat duduknya untuk mengisi udara yang terasa sempit di dadanya. Mungkinkah Jihyo masih berdekatan?


Sehun segera mencapai coffee latte atas mejanya untuk membasahi tekaknya.

Sehun terpempan dan kaku di tempat duduknya.

Segala deria rasanya mula berkerja apabila Sehun mengesan sesuatu yang kuat dari dalam minuman itu.

The Last Gumiho [OSH X SJH]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang