part 24

136 19 11
                                        

Pada musim luruh












Sehun membawa dirinya ke tempat persembunyiannya untuk menenangkan hatinya yang gusar. Entah mengapa, hati dia sentiasa berasa kosong seolah olah kehilangan sesuatu yang berharga.
Seolah olah ada seseorang yang dia perlukan sekarang.

"Aku ada terlupa sesuatu ke..? " Sehun termenung sambil tapak kakinya terus sahaja berjalan tanpa henti. Hatinya tidak tenang sejak lima bulan berlalu. Dia sudah cuba sedaya upaya untuk menepikan perasaannya namun sia sia jadi Sehun pun membuat keputusan untuk 'melarikan' diri buat sementara ke tempat yang dia sahaja tahu.

Pak!

Sebiji ketulan batu yang agak besar tepat terkena di kepala Sehun.

"Shit!! Sakitlah!! Siapa baling benda bodoh nie?! " bentak Sehun lalu melihat sekelilingnya. Sunyi. Tiada apa apa yang ada di pandangannya.

Tiba tiba..

"Heh. Ingatkan serigala liar apalah yang datang. Tengok rupa awak pun macam.. Are you a werewolf??" soal seseorang dari belakang.

Sehun segera menoleh ke belakang dengan perasaan geram yang teramat. Kini dihadapannya muncul seorang perempuan bergaun putih paras lutut yang entah dari mana datangnya sedang tersenyum sinis. Mata Sehun terus saja mencerlung tajam lalu pantas mencengkam leher perempuan itu.

"Kau dah kenapa?! Huh? Sakit tahu tak kepala aku?!"

Perempuan itu sedaya upaya melepaskan cengkaman Sehun yang semakin ketat. Nafas perempuan itu mula sempit dan itu membuatkan Sehun tersenyum sinis kemenangan.

"Kau ingat muka kau tu cantik boleh sejukkan hati aku? Heh. You're mess up with wrong guy, girl."

Tiba tiba sahaja Sehun berniat untuk membunuh perempuan di depan matanya. Hatinya masih ada perasaan geram dan egonya mengunung.

Namun pandangan mata perempuan itu seolah olah mengingatkan dia sesuatu yang dia sendiri tidak tahu. Hati dia seolah olah disapa sesuatu yang halus dan mata Sehun yang tajam tadi terus berubah. Akhirnya cengkaman tangan dia mula melonggar namun lain pula yang terjadi. Menyedari cengkaman Sehun mula melonggar, perempuan itu mengambil kesempatan untuk menggunakan tenaganya lalu melemparkan Sehun sehingga belakang badannya terhempap pada pokok.

"Arghh!" Badan Sehun terasa sakit lalu Sehun segera bangkit dan menggunakan tenaga wolfnya lalu menyerang perempuan di hadapannya. Anak matanya bertukar merah gelap menandakan yang dia tercabar.

Perempuan itu pula bereaksi tenang lalu mengeluarkan ekornya dan pantas mengelak tumbukan padu Sehun. Sehun membeliakkan matanya lalu  tangannya terlepas membuatkan Sehun tersungkur ke tanah.

Sehun terkejut. Tidak dapat menerima kenyataan yang dia ketahui baru sahaja tadi.

"Gumiho?!"

Jihyo terus bergerak menuju ke Sehun dengan pandangan yang serius.

"Ya.. Aku memang gumiho. Kenapa? Terkejut? Ke... Tak pernah tengok? " soal Jihyo dengan anak matanya berubah ungu.

Mereka saling berpandangan. Mata mereka berpaut lama dan Sehun terus menatap anak mata Jihyo lama dan tidak dapat berhenti.

Sehun tidak sedar, dia terpesona dengan kuasa tarikan gumiho Jihyo. Mata Sehun kembali bertukar hitam lalu dia mengelengkan kepalanya.

"Jangan hasut aku lah perempuan! Aku takkan terpengaruh dengan godaan kau tu! " marah Sehun lalu bangkit.

Dia bertukar ke mode wolf nya dan bergelut dengan gumiho di depannya.

Jihyo terlepas dari cengkaman Sehun dan melarikan diri. Namun Sehun laju sahaja mengejar Jihyo dan berjaya mencapai rambutnya yang panjang membuatkan Jihyo tersungkur ke tanah.

"Aku kena bunuh kau."

Dia harus menghapuskan perempuan dihadapannya. Ya! Dia harus. Gumiho kena dihapuskan dari muka bumi werewolf.

Sehun mengeluarkan pedangnya yang panjang dan halus lalu dihalakan ke leher Jihyo. Tatapan mata Sehun tajam sahaja.
Pedang Sehun sudah menanti untuk menjalankan tugas dan kini rahang Sehun mengeras. Tidak sabar untuk menamatkan riwayat gadis dihadapannya.

Pedang dihayun ke atas dan mendarat tepat di atas kepala gadis itu.


















Clang!

Namun, sayang sekali dia tidak sanggup. Kenapa dia tidak mampu?

'because She's your lover and you're her lover'

Dia menatap kembali pandangan lemah perempuan itu dan mengundurkan diri. Pedang itu terlepas dari tangannya dan dilempar ke tepi. Dia meraup rambutnya kasar.

"Sh*t! Kenapa dengan aku nie?!"

Apabila dia membuka matanya semula, perempuan di hadapannya sudahpun hilang melarikan diri.

"Tak guna!! " jerit Sehun. Dia menumpaskan pokok di hadapannya dan pokok itu pun patah.

"Aku patut bunuh je gumiho tu tadi!!" Sehun kesal dengan diri dia sendiri.





End of flashback

Sejak dari hari itu, Sehun dan Jihyo mula membenci antara satu sama lain. Masing masing ada niat untuk menghapuskan lawan namun sentiasa ada penghalangnya.

Jihyo pula benci dengan perkembangan Sehun dan setiap kali mereka bertembung Jihyo harus melarikan dirinya.

Namun, dia kini sedar, Sehun mula menjejakinya dan dia tahu lambat laun, pasti dia akan ditemui Sehun.

"Aku takkan biarkan nyawa aku berakhir sia sia. Tengok sahaja Sehun apa aku akan buat nanti. Let's see then.. "
Jihyo terus cover kepalanya dengan hoodie dan beredar setelah menonton berita yang dia perhatikan dari tadi. Dia tahu, dia sekarang dijejak oleh werewolf mulai dari sekarang. Dan dia tahu apa yang dia akan lakukan.

~~~~~~~~~~




































To be continued...

The Last Gumiho [OSH X SJH]Cerita yang buat anda obses. Terokai sekarang