10

130 14 2
                                    

Jia mengeluh dengan kuat sambil menatap siling putih biliknya. Harini terasa begitu penat sekali.

Dia merenung siling itu bagaikan nak tembus. Tak pasal-pasal harini dia dan Eric didenda membasuh semua tandas yang berada di sekolah kerana kesalahan yang mereka buat. Dia terpaksa meminta Aunty Yoon untuk menutup restoran pada harini. Memandangkan pada harini mereka memang merancang untuk membuka restoran di sebelah petang kerana Aunty Yoon juga ada hal di sebelah pagi.

Disebabkan dia didenda selepas waktu tamat sekolah tadi, dia memberitahu awal kepada Aunty Yoon bahawa harini tidak perlu buka restoran.

Telefon bimbitnya yang tadi hanya dibiarkan di tepinya mula mengeluarkan bunyi yang lama. Dia memandang ke tepi melihat telefonnya.

Juyeonnie is calling....

Terangkat alisnya apabila nama yang tertera itu membuat panggilan. Sudah 3 hari tiada khabar berita dari dia. Harini dapat pula panggilan dari Juyeon. Tanpa membuang masa dia menekan icon hijau dan membuka loud speaker. Kerana dia malas untuk memegang telefonnya.

"Yah, Lee Jia. Kau dah tidur ke tadi?"

Kedengaran suara Juyeon dihujung talian dengan nada bersalah. Takut pula dia kalau mengganggu waktu tidur Jia kerana sudah lewat malam.

"Tak, aku tengah tenung siling ni. Tak boleh nak tidur. Kepala aku serabut sangat ni and aku rasa penat sangat harini,"

Tanpa sedar Jia terluahkan perasaannya yang sememangnya sedang serabut dan bercelaru. Apabila dia tersedar cepat-cepat dia menampar mulutnya. Mudah betul mulutnya itu meluahkan apa yang sedang dia rasai sekarang.

"Yah, just forget about it. I'm just talking gibberish and nonsense."

"Is something happening at the school when I'm not around? Tell me. What happens? Il Nam sunbae kacau kau ke kat sekolah?"

"Takde apalah. Budak tu tak kacau pun aku kat sekolah. Aku okay je, dont be worry too much,can you?"

Dari suara Jia pun Juyeon dapat cam yang Jia sedang sorok sesuatu darinya. Pasti ada benda yang mebuatkan dia marah dan bengang tak tentu pasal. Kalau tidak takdenya dia dingin sampai begini sekali. Memang selama ini Jia dingin terhadapnya tapi tidaklah sampai begini sekali. 

"Jangan tipu aku Jia. Aku taunyang kau tak okay. Baik kau cerita sekarang apa masalah kau. Ini bukan PMS. I know you well, Jia. Aku bukan kenal kau dua tiga hari tapi dah bertahun."

Jia mengeluh berat. Juyeon ni kalau tak memaksa bukan Juyeon lah tu. 

"Eh Yeon. Aku dah ngantuklah. Bye. Aku letak dulu eh." Jia mengambil phone yang berada di sebelah telinganya untuk menekan icon merah di screen.

"Eh jap jap. Jangan letak dulu. Kau bab mengelat cepat saja. Esok aku balik. Esok juga aku nak kau cerita masalah kau tu. Okay?"

Jia mendecit. Nak juga suruh cerita. Ish!

"Hm. Tengoklah kalau mood aku okey, aku cerita. Kalau tidak, malas." terus sahaja dia menekan icon merah. Malas mahu mendengar Juyeon membebel panjang berjela!

S I L E N T  S T E A L E R

Harini Choi Chanhee sudah datang ke sekolah setelah berminggu-minggu tidak ke sekolah kerna menjaga ibunya di hospital. Yerin tersenyum panjang apabila deskmate kesayangannya sudah kembali ke sekolah.

"Chanhee!" dari pintu hadapan Yerin menjerit memanggil nama Chanhee. Dia berlari anak ke arah Chanhee. 

" Kau dah kenapa Rin? Rindu sangat kat aku ni. Aku cuti seminggu je kut. Aloh aloh."

Silent Stealer | Lee JuyeonWhere stories live. Discover now