2

184 26 0
                                    


Lee Jia menuju ke gelanggang bola keranjang yang berhampiran dengan padang tempat dia berlatih besbol tadi.

"Kalau Kim Sunwoo tu berani menipu aku siaplah dia aku ketuk kepala dia guna kayu besbol,"

Pintu masuk gelanggang terbuka sedikit. Dengan langkah berjaga-jaga dia masuk ke ruangan gelanggang itu supaya tiada siapa perasan. Laju sahaja dia membawa dirinya ke tangga yang berhampiran untuk melihat dari jauh.

"Hei pemain simpanan!" kedengaran suara seseorang dari arah bertentangan dengannya. Jia segera mencari tempat untuk menyorok. Dia mencuri dengar perbualan tadi.

"Sunbae, panggil saya ke?"

Macam suara Lee Juyeon. Ah, bukan dia je suara camtu.

"Asal kau terpilih untuk compete dengan sekolah Incheon? Kau bodek coach kan? Senang je coach bagi kau masuk team. Kau tu pemain simpanan je kut. Mana layak nak dibandingkan dengan aku yang memang player basketball ! "

"Saya tak bodek sesiapa pun sunbae. Saya pun terkejut bila coach umum nama saya sebagai player Basketball,"

"Penipu! Harini kau bersihkan gelanggang tak payah ikut latihan," Pelajar yang digelar sunbae itu kelihatan sangat bengang dengan Lee Juyeon.

"Tapi, perlawanan tu 2 hari lagi, mana boleh saya tak ikut latihan sekali," Juyeon cuba memujuk.

"Kau tengok muka aku ni. Ada aku kesah?"

"Tapi sunbae, ni untuk team kita juga! Kalau saya tak ikut latihan, team kita kalah, sampai bila-bila pun takde universiti nak rekrut kita jadi player diorang! Saya ada impian dan sunbae pun ada impian macam tu juga," suara Juyeon sudah naik satu oktaf. Mukanya kelihatan sudah bengang dengan perangai lelaki dihadapannya itu. Dia terus meninggalkan lelaki itu dalam keadaan bengang.

"Bagus Lee Juyeon. Patutnya dari dulu kau macamni, bukannya rela kena buli,"

👑

Leher Changmin menjadi panjang seperti zirafah mencari Jia entah dimana. Setahunya, Lee Jia berada di sebelahnya. Tiba-tiba hilang begitu saja. Aneh.

"Yah Eric. Nampak home-run tak?"

"Home-run? Bukan tadi sebelah kau ke? Mana pulak minah tu pergi tiba-tiba?" Eric juga bingung. Baru saja tadi mereka berborak bersama.

Nasib baik mereka sudah habis latihan. Kalau tidak mahunya Lee Jia di denda oleh ketua mereka.

"Changmin, basketball punya latihan tau tak habis pukul berapa? Aku nak bagi benda kat Juyeon. Tadi, masuk kelas pun dia takde,"

"Tak tahu lah. Juyeon takde pulak bagitau tadi dia habis latihan pukul berapa. Sebelum mula latihan tadi aku lepak dengan dia kat kat belakang sekolah,"

👑

"Okay team. Kita berhenti latihan sampai sini saja. Esok kita mula latihan pada pukul 3 petang. Jangan lupa ye. Lee Juyeon dengan Bae Sungkyu tunggu sekejap yang lain boleh balik,"

"Terima kasih, coach!"

Lee Juyeon dan Bae Sungkyu bergandingan menghampiri Coach Basketball mereka. Perasaan gentar apabila bersemuka dengan jurulatih mereka yang agak tegas itu.

"Lee Juyeon, Bae Sungkyu..." Jurulatih itu memanggil mereka sambil mencatat sesuatu di kertas.

"Disebabkan saya belum lagi decide captain untuk team, saya rasa kamu berdua memang layak. Prestasi kamu berdua sangat memberangsangkan,"

Silent Stealer | Lee JuyeonWhere stories live. Discover now