Harini Juyeon pergi ke sekolah seorang diri. Jia masih belum dapat menghadirkan dirinya ke sekolah meskipun sudah keluar dari hospital. Keadaannya belum pulih sepenuhnya.Dalam perjalanan ke sekolahnya yang memakan masa selama 10 minit dengan berjalan kaki, dia masih mengenangkan ayat yang dia tanya kepada Jia semalam.
"Habistu, aku ni bukan kawan baik kau?"
Juyeon memberikan soalan itu kepada Jia kerana dia ingin tahu siapakah dirinya pada Jia sekarang ini. Kerana, Jia sepertinya tidak lagi membencinya seperti zaman sekolah menengah."Bagi aku, kau ni...." sengaja Jia menggantungkan ayatnya. Dia berfikir sejenak. Baginya, Juyeon bukan lagi musuhnya tetapi seorang pendengar yang baik dan seorang yang dia percayai apabila berkongsi masalah. Walaupun kadang-kadang dia terasa annoying. Tetap juga dia berkongsi masalahnya dengan desakan Juyeon.
"Bagi aku kau ni, penyibuk. Seorang yang suka menyibuk dan suka paksa orang untuk cerita masalah. Aku tak pernah suka kau. Sebabnya, kau tu dari dulu menyusahkan! Sumpah aku tak suka kau. Sekarang ni lagi suka menyusahkan aku. Ha itulah kau pada aku," Jia memberikam kenyataan yang jelas sekali bukan dari hatinya. Tetapi, dari mulutnya. Mulut kata lain hati kata lain.
Juyeon hanya memberikan senyumannya walaupun perit. Dia sangkakan yang Jia tidak lagi membenci dirinya tetapi Jia lafi bertambah rasa bencinya.
"Sampai sekarang kau masih tak boleh terima aku, Lee Jia. Aku ingatkan kau dah terima aku sebagai kawan kau sekurangnya," Juyeon mengeluh kuat. Dia mengomel seorang diri tanpa menyedari ada orang di belakangnya.
"HAH!" orang yang setia mengikuti Juyeon dari tadi menyergah Juyeon dari arah belakang membuatkan Juyeon memandang ke arah si pelaku. Juyeon tidak memberi sebarang reaksi apabila disergah begitu. Dia hanya menjelinh ke arah si pelaku.
"Ha.Ha. Not Funny. Ji Changmin-ssi," Juyeon ketawa palsu. Pagi-pagi dah buat hal Changmin ni.
"Relax lah bro. Awal pagi dah murung. Kau dah kenapa? Pagi macam ni patutnya dihiasi dengan senyuman bukannya masam macam baru lepas makan lemon sebiji," Changmin merangkul bahu Juyeon. Dia menepuk-nepuk bahu Juyeon supaya ceria di pagi hari.
Juyeon hanya mencebik. Dia meneruskan perjalanan dengan senyap. Dia mengabaikan Changmin yang seperti mulut murai menceritakan sesuatu yang memang langsung tidak menarik perhatian Juyeon untuk mendengar sebarang cerita yang keluar dari mulut Changmin.
Changmin yang sedar akan Juyeon langsung tidak memberi sebarang respon kepada jalan ceritanya itu bertanya kepada Juyeon yang membisu di sebelahnya.
"Kau dengar tak apa yang aku cerita tadi?" Changmin bertanya untuk kepastian.
"Dengar," Juyeon menjawab dengan malas. Sebenarnya dia tidak mendengar sepatah pun dari cerita yang disampaikan.
"Aku dapat rasa masalah yang kau tengah alami sekarang ni besar. Betul tak? Mengaku cepat. Kalau kau tak mengaku, aku tumpahkan milkshake atas phone kesayangan kau tu. Mana kau nak," Changmin mengugut Juyeon. Juyeon menggaru leher. Seketika, Juyeon mencebik.
"Ya, besar sangat."
"Tell me. Apa yang besar sangat tu? Pasal sunbae tu ke?" Changmin cuba menebak masalah Juyeon.
"Bukan. Pasal Jia dengan Eric,"
Terangkat kening Changmin mendengar nama dua orang kawan baiknya itu. Kenapa dengan mereka berdua sampaikan menjadi masalah besar kepada Juyeon.
"Eric dah confess kat Jia,"
"What? Bila? Kenapa kau tak confess dulu kat dia, Juyeon? Melepas lah camni," Changmin menepuk bahu Juyeon. Harap tabah kawan.
"Tapi, Jia tak terima Eric lagi--"
Belum habis Juyeon menghabiskan ayatnya, Changmin memotong.
"That means, kau ada chance, Juyeon-"
"Dia still bencikan aku, Changmin. How can I confess at her? While she hated me so much? " Apa yang terbuku dalam hatinya akhirnya terluah juga.
"No. Kau tak tahu apa yang sebenarnya dalam hati dia tu. Mulut kata lain hati kata lain. Jangan percaya bulat-bulat bila dia kata macam tu." Changmin masih lagi ingin menafikan apa yang Juyeon ceritakan padanya.
"Aku ingatkan dia dah okay. Sebabnya, bila aku panggil Aunty Chae tu ibu dia langsung tak marah and she seems like not care at all. Kalau tidak dia lah orang yang akan marah aku dan menentang. Lagipun Changmin, aku ni tak layak pun dengan dia,"
Tanpa sedar, mereka sudah sampai di hadapan kelas Juyeon. Haknyeon yang baru sampai menyampuk perbualan dua orang itu.
"Apa yang tak layaknya? Tak layak masuk kelas ke camne," Haknyeon mendapat jelingan dari Changmin kerana menyampuk tiba-tiba.
"Tak, takde apa. Eh, dah lah. Aku masuk kelas dulu eh, Juyeon. Dah jom Haknyeon. Ish sibuk jelah kau ni!" Changmin menarik Haknyeon masuk ke kelas. Sempat lagi Changmin menberi isyarat yang dia akan ke kelas Juyeon waktu rehat nanti.
Juyeon melangkah masuk dan mengambil tempat duduk asalnya iaitu di sebelah Jia. Apa yang Changmin katakan padanya tadi masih segar di ingatannya. Dia tetap mengharapkan Jia menerimanya dan bukannya orang lain.
"Kenapa, Lee Jia? Kenapa kau masih bencikan aku?"
| S I L E N T S T E A L E R |
YOU ARE READING
Silent Stealer | Lee Juyeon
Fanfiction"Eventhough you hate me, I'll always waiting for you to love me back. " Give up? tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia tetap menunggu dan tidak pernah putus asa untuk mencuri hati seorang perempuan yang dingin terhadapnya. Berjayakah dia men...