After 4 years.4 tahun sudah berlalu sejak kejadian itu berlaku. Kini, mereka sudah menginjak umur 18 tahun. Lee Juyeon yang berisi itu sudah berubah menjadi jejaka yang kurus dan handsome.
Lee Jia masih lagi menjadi seorang yang dingin dan kasar. Tidak sah kalau tak balik rumah dengan keadaan yang tidak serabai.
"Lee Jia! Kamu bergaduh lagi ke disekolah? Jia, kamu tu perempuan bukannya lelaki. "
"Jia tak tahan lah ibu. Siapa suruh cari pasal dengan Jia. Memang kena lah jawabnya." Jia menghempaskan tubuhnya di sofa. Juyeon yang berada di belakang Jia turut mengikuti langkah Jia ke ruang tamu.
"Heish kau ni. Cuba jangan semak kat tempat aku." Jia terus bangun dari tempat itu. Belum sempat dia meninggalkan tempat itu, Juyeon memanggilnya.
"Jia.." lembut sahaja suara garau itu memanggil Jia.
"Apahal"
"Hujung minggu ni Sunwoo dengan Eric ajak keluar pergi library sebab nak cari bahan untuk assignment. Mereka ajak kau sekali. "
"Tengoklah kalau aku rajin"
Tanpa membuang masa terus dia meninggalkan Juyeon keseorangan.
👑
"Jia, aku keluar dulu pergi restoran Aunty Chae. Kau kalau lapar, aku ada masakkan sikit untuk kau tadi,"
"Ish, tau lah aku. Kalau rasa lapar pandailah aku makan," Jia tidak memandang muka Juyeon ketika bercakap hanya menatap tv sahaja.
"Cuba lah say thanks ke apa ke. Ni tak taunya nak dingin. Kalau cakap tu cuba pandang muka aku. Aku dah hensem macam ni pun tak nak pandang." sengaja Juyeon menguatkan keluhannya itu.
"Aku dengar eh, Juyeon! Nak membebel tu bukan kat sini!"
"Oh, dengar ke. Sorry lah Miss Lee Jia, terkuat pula. Kalau tak dengar tadi sah pekak."
"YAH LEE JUYEON!"
"Ye, aku pergi dulu. Jangan rindu. Kalau rindu datang je ke restoran nanti aku treat kau ye sayang~"
Cepat sahaja Juyeon keluar dari rumah sambil ketawa mengekek. Puas rasanya dapat menyakat Lee Jia.
Juyeon memang sudah berubah. Asalnya pendiam menjadi tukang menyakat. Bertambah benci lah jadinya Lee Jia terhadap Lee Juyeon.
Sejak Juyeon bergaul dengan Eric dan Sunwoo perangainya yang dahulu kini bertukar 80%. Kenapa 80%? sebab dia masih lagi dibuli di sekolah. Perangainya yang rela dibuli itu tidak dapat diubah lagi.
YOU ARE READING
Silent Stealer | Lee Juyeon
Fanfic"Eventhough you hate me, I'll always waiting for you to love me back. " Give up? tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia tetap menunggu dan tidak pernah putus asa untuk mencuri hati seorang perempuan yang dingin terhadapnya. Berjayakah dia men...