30

104 17 0
                                    

I am sorry if you guys find this chapter hambar.

Jia berasa gementar kerana sebentar lagi gilirannya untuk membaling bola. Coach besbol memilihnya untuk membaling bola dan bukannya memukul. Katanya takut Jia pukul bola sampai tembus ke tempat lain.

"Jia, nah. Tenangkan diri kau tu dulu," Eric menghulurkan sebotol air mineral suam kepadanya. Kemudian, meletakkan padding coat atas bahu Jia.

"Thank you," gumam Jia perlahan.

"Minum banyak sikit biar kau ada tenaga lebih untuk dapatkan home run." Jia tergelak kecil. Ada-ada sahaja lah Eric ni.

"Siapa pemukul pasukan lawan?"

"Jangan risau. Budak tu dia kalau pukul tak sejauh kau pun. Kalau kau dapat strike. Senang hidup." Jia tertawa. Walaupun dia sedang ketawa tapi dia sedang menahan rasa nervous.

"I know well you can do it. Just focus pada match. Jangan fikir benda lain. Kosongkan fikiran kau. Buang segala benda yang tak perlu untuk match ni. Okay?" Eric tahu Jia sedang memikirkan hal yang lain. Kerana, Jia tak pernah gentar atau gelabah kalau turun padang. Eric menggenggam erat tangan gadis itu untuk menyalurkan semangat.

"Dont show up your nervous face. Literally, this is so not you. Mana Jia yang tak kesah surrounding dia? Mana juga Jia yang high-spirit nak mampus bila cakap pasal match? Sampaikan target diri masuk final match? Find yourself right now, Jia. Masa untuk kau masuk padang ada lagi 10 minit. Kau sempat untuk cari diri kau sekarang ni,"

Jia mendengar dengan baik ayat Eric itu. Dia memandang ke arah countdown match digital yang besar itu.

'First round match begin within 9 minutes. Player please stand by.'

9 minit lagi sebelum perlwanan bermula. Jia menarik nafas dalam-dalam dan menghembus keluar secara perlahan. Dia menutup matanya untuk buat seperti apa yang Eric katakan padanya tadi. Pegangan tangan Eric masih belum dilepaskan. Dia mengambil masa sedikit lama untuk menenangkan dirinya sehingga namanya dipanggil. 9 minit berlalu begitu pantas.

"Lee Jia. Stand by," coach besbol memanggil nama Jia. Apabila namanya dipanggil Jia tidak begitu gementar dibandingkan dengan tadi.

"Thank you, Youngjae. Because of you, am not nervous anymore." Eric membalas dengan senyuman. Jia turun dari tempatnya dan bergegas menuju ke padang.

"Goodluck, my girl," Eric menggumam dengan perlahan.

"Sohn Eric. Please stand by at the back. Kalau Jia masuk padang mesti sekejap je first round habis," Eric hanya menganggukkan kepalanya. Dia juga setuju dengan apa yang dikatakan oleh coach besbol itu.

| S I L E N T  S T E A L E R |

Team Jia berjaya sampai ke final match. Masing-masing sudah gementar lutut. Seram nak menghadapi final match ni. Kerana, team rival mereka bukan biasa-biasa.

"Weh, Team Jegu Highschool tu dahlah team yang paling kita nak elak sekali. Aduh, seram lah weh. Diorang punya strike tu kalau boleh tembus tapak tangan aku ni, ha." Changmin selaku penangkap bola mula merepek. Tapi, apa yang dikatakannya tu ada benarnya juga.

"Kau lupa ke siapa yang jadi pemukul kalini? Kau jangan risau bola dia tu takkan sampai pun dekat glove kau." Changmin memandang Jia pelik. Bukankah pemukulnya orang lain?

"Eh, bukan batter dah officially Eric? Mana dia?" Jia mengetuk helmet yang dipakai Changmin. Dia ni lupa atau pura-pura lupa? Ataupun dia tak dengar pun coach bagitahu tadi?

Silent Stealer | Lee JuyeonWhere stories live. Discover now