Jia melambai ke arah Eric yang semakin menjauh dari pandangannya. Dia melepaskan keluhan berat. Kemudian, berjalan menunduk lantai masuk ke rumah."Aku, dah balik," Jia berkata dengan lemah. Juyeon yang sedang study di ruang tamu bingkas bangun dari duduknya meninggalkan meja kopi yang menjadi tempat belajarnya tadi.
Jia melangkh berat menuju ke ruang tamu dimana Juyeon berada. Dia menghempaskan badannya ke sofa panjang di ruang tamu itu.
"Jia, kau okay ke tak ni? Kenapa? Tak best ke keluar dengan Eric tadi?" Juyeon mendapatkan tempat di sebelah Jia.
"Entahlah. Aku takde rasa apa-apa pun. Biasa je kut," Jia berkata dengan malas. Kepalanya di sandarkan ke sofa dengan tangan menutupi matanya.
Juyeon merapatkan dirinya dengan Jia. Dia menarik tangan Jia daripada menutupi wajah Jia.
"Janganlah kacau aku, Yeon. Aku penat ni. Kalau kau nak suruh aku cerita esok jelah ye," Jia mencebik. Juyeon tetap mengacau Jia supaya Jia tidak terlelap di sofa.
"Kalau ye pun, pergilah tukar baju dulu. Mandi ke apa ke. Refresh balik badan kau tu baru lah boleh masuk tidur-" Jia memuncungkan mulut Juyeon. Menghentikannya dari terus membebel.
"Aku tak rasa nak buat apa-apa pun sekarang ni. Aku penat. Aku nak tidur. Dah, jangan kacau aku," Jia melepaskan tangannya daripada memuncungkan mulut Juyeon. Manakala Juyeon pula mengusap pipinya yang sakit.
Juyeon mengalah dan duduk di tempat dia belajar tadi. Dia membiarkan Jia tidur dalam keadaan selesa di sofa panjang itu.
"Juyeon," tidak jadi Juyeon hendak duduk sudah dipanggil oleh Jia. Dah kenapa? Sudahnya, dia memilih untuk duduk sahaja di tempat dia berdiri.
"Aku-"
"Apa? Kau kata taknak aku kacau kau. Aku lari lah tempat lain. Ha kenapa?"
"Aku nak tidur sebelah kau boleh?"
Juyeon memandang ke arah sebelahnya. Dia mengemas bukunya yang bersepah di atas lantai dan membiarkan sebelah kirinya kosong.
"Dah kenapa tiba-tiba?" Juyeon bertanya hairan. Semenjak kebelakangan ini perangai Jia semakin pelik terhadapnya. Dia menjadi semakin ingin dekat dengan Juyeon.
"Kalau tak boleh tak pe. Aku nak naik tapi takut. Takpe, aku tidur sini jel-"
"Haih, meh sini sebelah aku. Nak baring atas riba aku pun boleh je," Juyeon menepuk-nepuk ribanya seraya tertawa kecil. Jia mencebik. Dia berjalan dengan lemah ke arah Juyeon sambil membawa bantal kecil yang berada di sofa.
Elok sahaja Jia duduk hendak baring, Juyeon pula berdiri. Pantas Jia menghalang Juyeon dari meninggalkan dia keseorangan.
"Jia, kenapa? Aku nak pergi ambil selimut kejap dekat atas. Jangan risau kejap je. Aku tak tinggal kau kat sini seorang diri,"
Jia menunggu Juyeon dalam keadaan duduk. Kertas dari meja kopi dimana tempat Juyeon belajar terjatuh. Jia mengambil kertas putih yang jatuh itu ke meja kopi. Dia terasa ingin tahu dengan isi kertas yang ditulis Juyeon.
Baru sahaja dia ingin membuka kertas itu, Juyeon sudah sampai ke ruang tamu. Secara semulajadi, dia meletakkan kertas atas meja kopi tadi dan meletakkan pen atas kertas semoga tidak melayang.
"Maaflah, aku buat kerja sepah sikit. Nah, selimut untuk kau," Juyeon menghulurkan selimut ke arah Jia.
Juyeon duduk kembali ke tempat tadi. Dia membelek kertas yang dipegang Jia tadi.
'Go tell her about your feelings towards her -Jichang-'
Membulat mata Juyeon membaca isi kandungan kertas tersebut. Nasib baik Jia tidak sempat membaca isi surat ini. Kalau tidak, mahunya Jia menyoal siasat.
Jia membuka selimut dan baring di sebelah Juyeon. Dia merapatkan dirinya dengan Juyeon. Dia sendiri pun tidak tahu mengapa dia clingy sampai begini sekali dengan Juyeon.
"Baik kau baring atas riba aku ni. Hah, sedap sikit," Juyeon menepuk ribanya. Jia tidak cakap banyak dan hanya menurut. Lama kelamaan Jia terlelap di riba Juyeon.
Juyeon menyambung aktivitinya yang tertangguh tadi. Dia perlu siapkan nota ini dan beri kepada Jia esok hari. Ya, dia sedang menyiapkan nota untuk Jia. Selesai menyiapkan nota untuk dirinya, dia dengan secara sukarela menyiapkan nota Jia tanpa disuruh oleh gadis itu.
Malam semakin larut Juyeon masih belum jumpa penghujung perkataan bagi nota yang sedang dia buat. Matanya pula sudah semakin berat. Tanpa sedar, dia sudah siap menyelesaikan nota.
Jia yang sudah nyenyak tidur di ribanya diangkat sikit kepalanya perlahan agar tidak mengejutkan Jia dari tidur. Dia bangun dengan perlahan menuju ke dapur dan menutup lampu di ruang tamu.
"Juyeon-"
Jia memanggil Juyeon setelah menyedari Juyeon tiada disitu. Jia melihat keadaan sekelilingnya yang gelap. Jia mulai dihurung rasa takut.
"Juyeon..."
Dia berasa amat takut ketika ini. Dia takut akan keadaan gelap seperti ini. Dia memeluk lututnya dan menangis dalam gelap dengan teresak-esak.
"Juyeon...Hiks- kau kat-mana," suaranya tenggelam timbul. Entah kenapa dia teringat akan zaman silamnya yang mengerikan apabila berseorangan dalam gelap. Semenjak ibunya ke Jepun minggu lepas, takutnya bertambah apabila Juyeon juga tiada di rumah.
Dia tipu Juyeon bahawa dia okay saja seorang diri di rumah. Walhalnya dia amat takut untuk melelapkan mata di malam hari. Kadang-kadang di sekolah dia curi-curi tidur kerana mengantuk.
Juyeon yang baru datang dari arah dapur terdengar seperti suara orang menangis. Dia yakin itu suara Jia. Tetapi, mengapa Jia menangis? Terus dia meluru ke arah Jia.
"Jia, kenapa ni? Hm? Kenapa menangis ni?" Juyeon mendapatkan Jia yang sedang menangis teresak-esak. Juyeon mengelap air mata Jia dengan hujung lengan bajunya. Kemudian dia memeluk Jia dan mengusap belakang Jia.
"Kau pergi mana?" Jia bertanya setelah dia reda dari menangis. Juyeon meleraikan pelukannya dan memandang wajah Jia dalam gelap itu.
"Aku tak pergi mana-mana pun, Jia. Aku-"
Jia mencantas ayat Juyeon. Dia memandang Juyeon dengan muka sembapnya.
"Kau tipu! Kau pun macam appa tipu aku! Dia kata dia takkan tinggalkan aku. Tapi, dia tinggalkan aku dalam gelap. Dia...dia..." Jia tidak dapat menghabiskan ayatnya malah sambung menangis. Juyeon memegang bahu Jia.
"Tak, aku tak tipu. Aku kat sini Jia. Nampak ni, aku kat sini. Depan mata kau ni." Juyeon cuba memujuk Jia dengan sabar. Juyeon tidak menyangka Jia akan teringat kembali peristiwa itu apabila dia tidur.
"Tapi appa janji dengan aku. Dia takkan tinggalkan aku. Dia suruh aku tunggu dalam kereta. Dia.....kena bunuh bila aku dah keluar dari kereta. Dia...tipu. Dia tinggalkan aku dalam gelap. Lepastu...kau pun tinggalkan aku nanti sebab kau...."
"Tak, Jia. Aku takkan tinggalkan kau. Aku janji aku takkan tinggalkan kau. Dah, jangan nangis. Esok nak sekolah. Habis mata kau sembap nanti." Juyeon mengelap lagi air mata Jia. Dia memeluk Jia erat.
"Janji tau, Juyeon. Jangan tinggalkan aku. Aku takut bila kau takde. Aku taknak kau kena bunuh macam appa," Juyeon mengusap belakang Jia menenangkan gadis itu.
"Kau mimpi apa Jia, sampai kau jadi macamni sekali," timbul rasa bersalah dalam diri Juyeon kerana membiarkan Jia keseorangan dalam rumah ini seminggu yang lalu.
| S I L E N T S T E A L E R |
YOU ARE READING
Silent Stealer | Lee Juyeon
Fanfic"Eventhough you hate me, I'll always waiting for you to love me back. " Give up? tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia tetap menunggu dan tidak pernah putus asa untuk mencuri hati seorang perempuan yang dingin terhadapnya. Berjayakah dia men...