Lagi sekali, Jia berhadapan dengan pelajar senior yang disepak oleh Juyeon tempoh hari.Pada mulanya, dia malas nak layan. Tetapi, pelajar itu semakin menjadi dia menghalang jalan Jia membuatkan Jia bengang.
"Please, sunbae. Jangan kacau saya. Esok saya ada exam."
Pelajar lelaki itu tergelak sinis.
"Heh, kesah pulak aku esok kau ada exam ke apa ke. Urusan kau dengan aku belum habis lagi tau. Kau jangan ingat aku nak lepas tangan senang-senang je dengan orang macam kau ni,"
Changmin dan Haknyeon yang kebetulan lalu di lorong itu ternampak pelajar lelaki itu sedang berhadapan dengan Jia. Haknyeon memukul bahu Changmin dan menuding jari ke arah pelajar lelaki itu.
"Changmin, budak tu macam dah get ready nak belasah Jia je,"
"Juyeon mana? Asal Jia seorang diri kat situ?" Changmin kalut apabila nampak Jia seorang diri di situ. Tenaga Jia bukan seperti selalu. Keadaannya belum sepenuhnya pulih lagi.
"Kalau ada Juyeon budak tu kecut. Bila takde Juyeon tu yang dia berani nak dekat dengan Jia,"
Haknyeon menarik tangan Changmin untuk mendekati Jia dan pelajar itu. Changmin tiba-tiba berhenti.
"Asal kau berhenti tiba-tiba ni? Eh, cepatlah kita ke sana,"
"Kau tengok sebelah dia. Dia bawak geng." Changmin menuding jari ke arah sekawan pelajar yang bersedia di sebelah dan belakang pelajar lelaki itu.
"Weh cepat. Jia tu dah lah tengah weak lagi-"
Tiba-tiba datang seorang pelajar lelaki dari arah belakang Jia. Membulat mata Haknyeon dan Changmin.
"Lee Juyeon?"
Sudahnya mereka berdua lamgsung tidak berganjak dari tempat mereka sekarang ini.
"Yah, boleh ke tepi tak? Sumpah semak mata memandang korang berama-ramai dekat koridor ni." suara kasar milik Juyeon bergema satu lorong itu.
"Juyeon dah berubah. Dia bukan lagi Lee Juyeon yang dulu." Changmin memandang ke arah Juyeon dengan muka yang terkejut dan tidak percaya dengan apa yang dia nampak.
"Eric, bawak Jia pergi tempat lain. Sunwoo kau tolong aku selesaikan budak-budak bermasalah ni,"
Eric dan Sunwoo hanya mengangguk faham. Eric menarik Jia ke belakang untuk lalu ke laluan yang lain.
"Eh, kau asal suka sangat masuk campur hah? Semak lah!"
Lelaki itu bengang. Juyeon memberikan pandangan tajam ke arah lelaki itu. Bukan dia tak kenal dengan lelaki di hadapannya itu.
"Sebab dia kawan aku. Sudah semestinya aku masuk campur. Aku malas nak bergaduh. Sebelum aku bagitau saem yang korang ni pun sebenarnya pembuli, baik korang blah. Memang tak takut ek sijil graduate kena gantung?"
Mendengarkan sahaja pasal sijil itu, sekumpulan itu menjadi gerun. Juyeon tersenyum sinis. Heh, takut lah tu. Mereka terus beredar dari tempat itu.
"Semudah itu je dorang blah? Pergh. Gempak siot kau Juyeon. Tabik ah. Aku ingat kau ni manusia paling tenang." Sunwoo menyiku lengan Juyeon. Juyeon hanya tersenyum sedikit.
"Aku cuma takut dorang belasah Jia macam haritu. Sudahlah aku takde kat sekolah masa tu. Aku rasa bersalah bila aku tak dapat nak tolong dia,"
"Kau---dah bagitau Jia, yang kau suka dia?" Sunwoo bertanya dengan berhati-hati. Pertanyaan dari Sunwoo itu membuatkan Juyeon mengeluh perlahan.
"Belum. Aku masih belum berani nak bagitau isi hati aku pada dia. Aku tak layak, Kimsun. Changmin pun ada paksa aku untuk bagitau dia. Tapi, Eric kan suka dia? Takkanlah aku nak rampas dari dia?" mendatar saja suara Juyeon.
"Eric dah confess haritu. Tapi, Jia-"
"Terima dia kan? Kalau aku bagitau dia pun, bukan aku boleh bersama dengan dia. Aku memang betul-betul sayangkan dia."
"Jia tolak Eric. Dia anggap Eric tu cum kawan baik dia je. Tak lebih dari tu. Eric try untuk move on sekarang ni. Aku dapat rasa yang dia suka kau, Juyeon. Kalau kau nak tahu, waktu dekat hospital tempih hari, dia asyik sebut nama kau bila kau takde. Even depan Eric pun dia tanya pasal kau."
"Tengoklah-"
"Takde masa nak tengok-tengok dah. Kalau kau betul sayangkan dia. Make her as yours. Dia tolak atau terima tu belakang cerita."
Juyeon mengeluh. Dia menjadi kasar begini di hadapan musuh Jia pun sebab Jia. Tapi nak ke Jia terima dia? Sedangkan sudah bertahun Jia membenci dirinya.
"Aku tak rasa Jia terima aku. Dia kan benci aku."
Sunwoo memegang bahu Juyeon.
"Belum cuba belum tahu, bro."
S I L E N T S T E A L E R
YOU ARE READING
Silent Stealer | Lee Juyeon
Fanfic"Eventhough you hate me, I'll always waiting for you to love me back. " Give up? tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia tetap menunggu dan tidak pernah putus asa untuk mencuri hati seorang perempuan yang dingin terhadapnya. Berjayakah dia men...