29

94 14 2
                                    


"Apa yang something sangat tu kau nak cakap? Kat luar ni dah lah sejuk," Jia menggosok-gosok telapak tangannya. Walaupun sudah pakai padding coat, cuaca pada malam hari tetap dinginnya terasa. Juyeon menghulurkan hot pad pada Jia.

"Thank you,"  Jia berkata sambil memandang ke tanah. Juyeon mengeluh perlahan lalu mengambil tempat di sebelah Jia.

"Kau marah aku ke?" straight to the point. Juyeon malas hendak berbasa-basi lagi.

Jia tidak membalas pertanyaan Juyeon. Marah? Memang dia marahkan Juyeon. Tapi, kenapa?

"Jia, cuba rendahkan ego kau. Kau jujur saja pada Juyeon yang kau suka dia,"

Ayat Eric berlegar dalam kepalanya. Patutkah dia turunkan egonya? Adakah betul hatinya suka Juyeon?

"Jia, kalau kau marah aku janganlah sampai benci langsung tengok muka aku. Aku tahu perasaan benci kau masih lagi ada dalam diri kau. Disebabkan aku, sedar diri aku pindah. Aku taknak terhutang budi begitu lama dekat keluarga kau. Lagi pula kalau orang sudah benci aku untuk apa lagi aku tinggal sebumbung dengan orang yang benci aku,"

Jia masih menekur lantai. Entah mengapa tak sanggup melihat muka Juyeon. Tiba-tiba perasaan sebak menyelubungi dirinya.

"Aku-aku dah lama tak benci kau, Juyeon." perlahan suaranya menuturkan ayat itu. Dia mahu menoleh menghadap Juyeon tapi dia tak mampu.

"Look at me. Muka aku hodoh sangat ke untuk kau tatap?"

Air mata Jia turun dengan lebat. Cepat cepat dia lap supaya Juyeon tak perasan. Malangnya, Juyeon memerhati dirinya.

"Yah, why are you crying?" Juyeon menarik Jia dalam pelukannya. Jia tidak menolak malah lagi mengeratkan lagi pelukan mereka. Makin menjadi-jadi Jia menangis.

"Janganlah nangis. Kenapa ni, hm?" Juyeon mengusap lembut kepala Jia. Tangan sebelahnya pula sibuk menepuk belakang Jia dengan lembut menenangkannya.

"Kau dah janji dengan aku, taknak tinggalkan aku. Tapi kenapa kau tipu aku?" akhirnya Jia dapat meluahkan. Juyeon tersenyum nipis.

"Bukan kau jugak ke nak aku keluar dari rumah tu?" Juyeon meleraikan pelukan dan memandang muka Jia yang sembap. Jia makin kuat memeluk Juyeon.

"Janganlah tinggalkan aku. Please," Jia merayu kepada Juyeon walaupun dia sudah tahu sudah terlambat. Lagi sekali, Juyeon meleraikan pelukan mereka. Juyeon mengelap air mata yang tersisa di pipi Jia.

"Jia, kat sekolah kan kita still boleh berjumpa. Kalau hujung minggu aku free, aku baliklah rumah. Aku bukan keluar pindah terus. Barang-barang aku ada je lagi dalam bilik tu. Dah lah janganlah sedih macam ni. Aku pindah masih daerah yang sama cuma lain rumah je. Lainlah kalau aku pindah negara,"

"Haaaa, tak boleh!" Jia merengek. Kalau Sunwoo nampak ni mahunya dia bahan habis-habisan. Juyeon tergelak kecil apabila dia berjaya menyakat Jia.

"Dah lah. Berhentilah nangis tu. Hodoh tau tak," Juyeon orang kedua face shamming Jia harini. Dasar betul. Jia memukul dada Juyeon.

"Kau pindah kat mana?" apabila Jia sudah reda dari menangis, barulah dia dapat bertanya Juyeon dalam keadaan rasional.

"Aku pindah dekat rumah Minho dengan Bang Chan hyung. Diorang yang ajak aku tinggal sana sebab katanya diorang memang tengah cari roomate baru."

Jia hanya mengangguk faham. Jia memandang tangan Juyeon yang ada kesan calar. Lantas dia tarik tangan Juyeon.

Pada mulanya, Juyeon terkejut. Kemudian, dia membiarkan sahaja Jia memegang tangannya. Jia memegang dagu milik Juyeon pula. Membelek-belek setiap inci muka kacak Juyeon.

Silent Stealer | Lee JuyeonWhere stories live. Discover now