Jia membuka perlahan matanya. Dia merasakan kepalanya begitu berat sekali untuk bangun. Eric yang sentiasa berada di sebelah Jia ketika Juyeon dan Sunwoo tiada di ruangan itu perasan akan Jia yang sudah sedar."Jia? Kau dah sedar?" Eric bertanya dengan lembut sekali. Dia membantu Jia untuk bersandar pada kepala katil hospital itu. Jia memegang kepalanya berat.
"Youngjae..." Jia memanggil nama Eric dengan lemah. Tekaknya terasa begitu kering seperti dia sudah lama tidak membasahkan tekak dan tidak mengisi perutnya.
"Sabar kejap ye, Jia. Aku panggil doktor yang kau dah sedar," Eric menekan button merah untuk memanggil doktor. Tidak lama kemudian, doktor dan diiringi nurse memasuki ruangan Jia dan Sunwoo. Tetapi Sunwoo tiada di situ. Dia sudah keluar sejak awal pagi lagi. Katanya bosan. Maka, Juyeon lah yang menemaninya.
Setelah selesai check keadaan Jia, doktor dan nurse yang memasuki ruangan itu meninggalkan mereka berduaan. Sebelum pergi, sempat lagi doktor meminta nurse ubtuk membawakan makanan berprotein untuk Jia. Kerana sudah 3 hari dia tidak makan apa-apa.
"Lepas makan ni, awak kena makan vitamin ni dengan ubat ni sekali. Awak ada minor gastrik. Jadi, nak tak nak kena paksa juga diri makan ubat sebelum minor gastrik tu makin teruk.
Jia memandang Eric yang sedang sibuk menolongnya membetulkan meja di katil hospital itu. Mulutnya seperti hendak bertanya sesuatu kepada Eric.
"Jia? Kenapa pandang aku camtu?" Eric yang perasan Jia memandangnya langsung bertanya. Makanan siap dihidangkan atas meja.
"Kau okay?" tanya Jia dengan keadaan yang lemah. Eric hanya tersenyum manis mendengar soalan Jia.
"Aku? Ofcourse lah okay! Aku kuat kot. Halah, setakat berlawan dengan bebudak tu, hmph bawah jari kaki aku je," kata Eric dengan nada berlagak membuatkan Jia tergelak perlahan. Eric dengan perangai berlagak dia tu takleh pisah!
"Yelah, Youngjae,"
"Eh, makan cepat. Sejuk pulak kang makanan ni.Nanti bila dah sejuk tak sedap," Eric menyuruh Jia makan. Jia hanya mengangguk sahaja tanpa membantah.
Jia mencapai sudu dengan perlahan. Bila nak ambil makanan asyik tak dapat je. Frust jadinya dia. Sudahnya dia fed up. Eric yang memerhatikan Jia tergelak kecil.
"Meh lah sini aku tolong kau. Sian pulak dia aku tengok," Sudu beralih tangan. Eric menyuap makanan ke mulut Jia dengan berhati-hati.
"Terima kasih, Youngjae," ucap Jia dengan mulut yang penuh dengan makanan dan memberikan senyuman kepada Eric.
"Makan elok-elok. Tak elok bercakap bila mulut tengah penuh dengan makanan," Eric menyuakan lagi sudu di hadapan mulut Jia. Jia hanya membuka mulut.
"Biarlah!" sempat lagi dia memarahi Eric apabila mulutnya penuh dengan makanan. Eric mengusap mukanya apabila mukanya terkena nasi yang terkeluar dari mulut Jia.
"Yah! Kan aku dah kata jangan makan sambil bercakap bila mulut tu penuh! Euw kau ni!" Jia ketawa dengan kuat. Dia menghulurkan tisu kepada Eric.
Eric hanya mengambil tisu dari Jia. Dia mengelap mukanya. Dasar betul anak Lee ni!
"Yah, Youngjae. Ada lagi kat situ."
"Mana?"
"Bibir," Jia menunjuk bibirnya.
"Bibir? " dia mengelap bibirnya. Kemudian melihat di tisu. Mana?
"Ish, meh sini aku lapkan," Jia merampas tisu dari tangan Eric. Dia mendekatkan mukanya dengan muka Eric untuk mengambil nasi di mulut Eric. Camne tah boleh kena situ.
YOU ARE READING
Silent Stealer | Lee Juyeon
Fanfic"Eventhough you hate me, I'll always waiting for you to love me back. " Give up? tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia tetap menunggu dan tidak pernah putus asa untuk mencuri hati seorang perempuan yang dingin terhadapnya. Berjayakah dia men...