Jia dan Eric sibuk mengemas di belakang. Manakala, Juyeon dan Chanhee berada di hadapan. Mereka yang lain semua sudah pulang ke rumah. Hanya mereka berempat saja masih berada di restoran termasuk Puan Chae."Korang berdua boleh ke habiskan kerja kat dapur ni? Sebab Ibu kena pergi tempat lain ni. Ada orang nak jumpa," Puan Chae bertanya kepada anak perempuannya yang sibuk membasuh pinggan.
"Boleh je ibu. Youngjae pun ada boleh tolong Jia."
"Haah, aunty. Baik aunty pergi sekarang. Nanti puas orang tu menunggu,"
Puan Chae tersenyum senang kemudian tergesa-gesa keluar dari ruangan dapur.
Suasana senyap setelah Puan Chae keluar dari ruangan dapur."Erm, Jia. Aku balik dulu eh dengan Chanhee. Boleh ke?" Juyeon memandang Jia dengan pandangan serba-salah.
"Kalau tak boleh, kitorang tunggu kau dengan Eric habis kemas dapur. Kena cepat sikitlah,"
"Kenapa tergesa-gesa?"
"Sebab Chanhee kena balik sekarang. Adik dia takde siapa nak jaga kar hospital tu," Juyeon menerangman lebih lanjut.
"Oh. Ha, takpe. Kau balik je dengan Chanhee dulu. Aku boleh je balik dengan Eric."
| S I L E N T S T E A L E R |
"Jia, aku rasa semua dah settle ni. Jom," Eric mengajak Jia untuk pulang. Sibuk mengemas di dapur restoran sampaikan tidak sedar sudah menginjak ke pukul 12 tengah malam.
"Ha, okay."
Jia menutup segala suis di dapur dan bahagian depan memandangkan Eric sudah berada di luar restoran menunggunya.
"Okay dah. Jom."
Sepanjang perjalanan keadaan senyap sunyi. Mereka berdua berasa kekok kerana sudah lama tidak berborak panjang bersama.
"Sejuk." Jia memecahkan kesunyian. Dia menggosok-gosok badannya. Menyesal pula pakai hoodie saja.
Eric mendekatkan dirinya dengan Jia. Tangannya memeluk bahu Jia. Jia terkejut Eric memeluk bahunya. Terkebil-kebil matanya memandang Eric
"Kenapa? Kata sejuk,"
"Jangan lah peluk aku. Aku okay," Jia menolak lembut tangan Eric yang memeluk bahunya. Tapi, Eric lagi kuat memeluk bahunya.
"Nanti kau demam." jawab Eric prihatin.
"Sorry," Jia berkata dengan nada perlahan. Eric memandang Jia pelik.
"For?"
"Reject kau. Aku suka kau. Sayang kau. Tapi bukan lebih daripada tu. Aku nak minta maaf kalau action aku terhadap kau selama ni buatkan kau berharap pada aku," Jia berkata sambil menundukkan wajahnya.
Eric menarik Jia terus masuk ke pelukannya. Dia mengusap lembut kepala Jia. Manakala, Jia terkejut dengan tindakan drastik dari Eric.
"No. Tak perlu minta maaf. Aku yang bersalah sebab buat kau rasa bersalah. Aku yang suka kau. Bukan sebab dari action kau. Bukan. Tapi aku yang menaruh harapan pada kau. Jangan risau aku takkan paksa kau untuk terima aku. Aku cukup gembira yang kau anggap aku kawan baik kau. It was enough for me," Eric berkata sambil memeluk erat Jia. Meskipun kata-kata yang diungkapkan berbaur penipuan tapi itu adalah dari hatinya sendiri. Walaupun sakit.
"Kau terima aku atau tak, aku tetap sayangkan kau." Eric mengeluh perlahan. Kemudian, dia meleraikan pelukan dengan perlahan. Jia masih diam terkaku.
"Maaf sebab peluk kau tiba-tiba,"
| S I L E N T S T E A L E R |
YOU ARE READING
Silent Stealer | Lee Juyeon
Fanfic"Eventhough you hate me, I'll always waiting for you to love me back. " Give up? tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia tetap menunggu dan tidak pernah putus asa untuk mencuri hati seorang perempuan yang dingin terhadapnya. Berjayakah dia men...