5

141 20 0
                                    

Juyeon keluar dengan lengkap berpakaian uniform sekolah serta mask dimuka. Terpaksa dia menutup mukanya dengan mask untuk menutup lebam di tepi bibirnya.

Puan Chae yang perasan akan itu memandang Juyeon hairan. Kenapa Juyeon pakai mask? Tak sihat ke?

"Juyeon, kamu tak sihat ke? Kalau tak sihat rehat saja di rumah. Nanti Aunty bagitau guru kelas yang Juyeon tak sihat,"

Jia yang baru sampai di tempat Juyeon berada pantas menarik Juyeon pergi. Juyeon hanya mengikut langkah Jia ke pintu utama.

"Ibu, kami dah lambat pergi sekolah ni. Bye, ibu. Kerja elok-elok,"

Pantas mereka berdua keluar dari rumah usai memakai kasut sekolah. Sempat lagi Jia mencapai sandwich di meja makan tadi. Sandwich yang diambil tadi, diberi satu kepada Juyeon.

"Dah lambat? baru pukul berapa. Something's fishy la dorang berdua tu," Puan Chae melihat jam. Kemudian dia hanya mengangkat bahu dan bersiap untuk pergi bekerja.

"Thank you, Jia. Kalau kau takde tadi, mahunya tergagap-gagap aku nak menjawab,"
mask dimukanya dibuka. Dia terus memasukkan sandwich yang diberi Jia tadi ke dalam mulut.

"Kau berdiri tercegat je kat situ kenapa? Memang kena soal lah jawabnya. Tengok sikit lebam kat tepi bibir kau tu," Jia menarik muka Juyeon untuk melihat kesan tumbukan semalam. Juyeon hanya membiarkan saja Jia memegang dagunya.

"Dah jadi biru lebam kau ni. Perut kau okay tak? ke sakit lagi?"

"Dah okay. Jangan risau lah,"

Tampak jelas risau di wajah muka Lee Jia. Jia masih melihat lebam di tepi bibir Juyeon. Semakin lama, Juyeon menjadi tidak selesa dengan pandangan dari Jia. Segera dia berdehem agar Jia menjauhkan mukanya. Jia yang tersedar akan perlakuannya itu melepaskan dagu Juyeon.

"Kau dah letak ubat ke kat lebam tu?" Jia bertanya untuk memecahkan kejanggalan antara mereka.

"Sudah, Lee Jia," Juyeon berkata sambil memberikan senyuman. Lepas dia mrmberikan senyuman kepada Jia, tepi bibirnya yang lebam itu menjadi sakit. Terjerit sedikit apabila sakitnya menyerang.

"Tulah, senyum buat apa. Kan, dah sakit,"

Sudahnya, Juyeon hanya senyum senget saja. Tiba-tiba Juyeon berhenti. Jia yang berjalan bergandingannya juga turut berhenti.

"Kau kenapa berhenti? Ada benda tertinggal kat rumah, ke?"

Juyeon membuka zip bag sandangnya. Dia memakai bag sandangnya di hadapan. Juyeon mencari kotak kecil yang diberi Eric semalam untuk diberi kepada Jia.

"Nah, semalam Eric suruh aku pass kan hadiah ni untuk kau," Juyeon menghulurkan hadiah itu kepada Jia. Jia hanya memandang kotak kecil yang berada di dalam tangan Juyeon yang besar itu.

"For what? Sejak bila pulak Youngjae dah reti suruh orang lain pass hadiah ni? Tak boleh ke dia nak bagi sendiri?"

"Dia kata ni hadiah hari jadi kau. Eric tak dapat nak pergi sekolah harini, sebab dia ada hal. Aku ingat nak bagi kau malam tadi, tapi kau dah tidur awal, takdelah aku nak kacau kau,"

Jia hanya mengambil kotak kecil pemberian Eric. Dia tertanya-tanya apakah isi di dalam itu. Tahun sebelum ini, Eric hanya menghadiahkan dia coklat Hershey's takpun Peppero. Itupun, kalau dia rajin sangat dia akan balut, kalau dia tak rajin dia bagi macam itu sahaja.

Tapi kenapa tahun ini, berbeza? Tak sabar dia nak buka hadiah yang lain macam dari Eric.

Oh dah luku kepala baru nak bagi hadiah? Jia tersenyum seorang diri. Juyeon yang perasan akan itu, berasa sedikit.....jealous?

Silent Stealer | Lee JuyeonWhere stories live. Discover now