6

132 18 0
                                    

Lee Jia asyik memandang kertas kecil yang berwarna pink itu. Jasadnya sahaja disitu tetapi fikirannya menerawang entah kemana. Dia masih lagi memikirkan tentang ayat yang hendak di tanya kepada Eric tadi.

Juyeon menolak daun pintu bilik Jia kerana Jia tidak menutup pintunya. Puas Juyeon menjerit memanggil namanya. Dia terpaksa sergah masuk ke bilik Jia.

"Lee Jia. Termenung apa tu?" Juyeon menyentuh lembut bahu Jia. Kelam-kabut Jia menyimpan kertas yang dipegang dari tadi ke dalam kotak.

"Tak..tak ada apa. Kenapa?"

"Aunty Chae suruh panggil kau makan sekali. Katanya, nanti dia ada nak bagitau something. Eh, jomlah. Lama dah ibu kau tunggu kat bawah dari tadi,"

Tanpa banyak kata, Jia keluar dari bilik mengikuti jejak Juyeon di hadapan.

👑

"Ibu, apa yang something sangat ibu nak bagitahu tu?" sebaik sahaja Jia duduk di kerusi, terus dia bertanya kepada ibunya.

Puan Chae yang sibuk menghidangkan makanan di atas meja itu menggelengkan kepalanya. Tak sabar betul. Juyeon yang datang bersama Jia tadi membantu Puan Chae menghidangkan makanan.

"Ibu kena pergi Jepun. Atuk sakit. Pagi tadi nenek call ibu yang atuk pengsan tak sedar diri terus kena tahan ward. Ibu kesian dekat nenek kena jaga atuk sorang kat sini. So, ibu nak minta tolong dua orang anak kesayangan ibu ni, jagakan kedai untuk ibu boleh? Gaji jangan risau. Ibu charge lebih,"

Jia yang sedang makan itu terhenti. Matanya membulat apabila ibunya kata atuk kesayangannya masuk ke hospital. Selalunya dia akan membentak apabila ibunya inckude Juyeon as anaknya. Tetapi, dia tidak kesah kerana berita tentang atuknya itu lebih mencemaskannya.

"Ibu, Jia nak ikut. Jia nak jaga atuk," matanya mula berair. Dia taknak kehilangan atuknya. Dia nak jaga atuknya sampai sembuh.

"No, Jia kena pergi sekolah. Kalau atuk dah sihat ibu bawak atuk dengan nenek datang Korea. Okay, sayang? Janganlah sedih depan rezeki ni. Ibu pergi kejap je jaga atuk. Jia duduk kat Korea ni dengan Juyeon, ye?"

Jia hanya memandang mangkuk yang berisi nasi. Dikuisnya nasi itu menggunakan sudunya. Sungguh hilang terus selera makannya.

"Jia, dont play with your food. Ni yang ibu malas nak cerita terus kat Jia. Nanti ibu malaslah nak bawak atuk ke sini," sengaja Puan Chae mengugut Jia. Kadang-kadang Jia ni kena ugut macam budak kecik baru nak dengar cakap.

"Hm. Yelah yelah. Jia nak makanlah ni," suara Jia makin jauh ke bawah.

"Berapa lama ibu dekat sana?" Juyeon bertanya kepada Puan Chae. Waktu keemasan ini sepatutnya dia ambil untuk memanggil Puan Chae dengan panggilan ibu dihadapan Jia. Selalunya dia akan memanggil Puan Chae dengan panggilan ibu tanpa pengetahuan gadis itu.

"Tengoklah selama mana atuk dekat hospital. Juyeon jangan risau, nanti ibu call lah korang berdua bila atuk dah sihat,"

👑

Selesai sahaja makan, Jia termenung seorang diri di taman berdekatan dengan rumahnya. Pada waktu begini ramai orang datang ke taman berdekatan dengan rumahnya kerana ada gerai burger berdekatan.

Fikirannya masih memikirkan tentang atuknya di Jepun. Walaupun sudah call neneknya sebentar tadi, dia tetap tidak puas hati kerana tidak bersemuka dengan atuknya.
Sekurangnya dia berasa lega sedikit kerana dapat mendengar suara atuknya walaupun dalam keadaan lemah.

Silent Stealer | Lee JuyeonWhere stories live. Discover now