20

120 12 3
                                    


Juyeon terasa berat ingin memberitahu tentang apa yang jadi malam tadi kepada Jia. Juyeon dapat merasakan Jia masih dihantui oleh peristiwa dimana ayahnya dibunuh dan dia ditinggalkan seorang diri di dalam gelap.

"Jia, boleh aku tanya something tak?"

Juyeon memandang ke arah Jia yang sibuk menyiapkan kerja sekolahnya di sebelah. Disebabkan Juyeon sudah menyiapkan nota untuknya malam semalam, dia kena buat latihan yang cikgu beri.

"Kalau aku cakap tak boleh pun, kau tetap tanya jugak kan. Ha, apa dia," Jia tidak memandang muka Juyeon. Dia sibuk menulis dan tiada masa untuk melihat muka Juyeon di sebelahnya.

"Dah lama ke kau mimpi benda tu balik?" suara Juyeon seolah-olah sedang berbisik. Dia memandang ke belakang tempat Sunwoo dan Eric. Mana tahu, mereka berdua tu sedang pasang telinga.

"Mimpi apa?" Jia bertanya kerana dia kurang fokus pada pertanyaan Juyeon. Dia begitu khusyuk menulis dan tidak begiru fokus dengan Juyeon.

"Mimpi pasal appa kau,"

Jia berhenti menulis apabila Juyeon berkata sebegitu. Dia mencari muka Juyeon yang berada di sebelahnya.

"How can you know that? Kau ceroboh masuk mimpi aku ke, Juyeon. Menarik gila," Jia juga bercakap seperti Juyeon. Separa berbisik.

"Sejak bila kau mimpi benda tu balik?"

Juyeon mengulang soalannya membuatkan Jia mengeluh. Jia menyambung apa yang dia tulis tadi.

"Eeeihhh! Bagitahu lah, Lee Jia! Cepat lah bagitahu," Juyeon menggoncang badan Jia mendesaknya untuk memberitahu. Jia menepis tangan Juyeon yang besar itu.

"Yah! Jangan kacau aku lah! Tak siap jugak, kerja aku ni kang," Jia memukul tangan Juyeon yang berada di bahunya. Juyeon ingin menggoncang Jia lagi.

"Kau goncang aku lagi sekali, aku gigit kau sampai tinggal kesan biru,"

Terus Juyeon mengalihkan tangannya dari bahu Jia. Jia pula tersengih kemenangan.

"Kau jangan ingat kat sekolah kau boleh lepas. Kat rumah pun aku boleh desak kau. Ingat, yang kita ni hidup sebumbung," sejak bila tah Juyeon sudah pandai mengugut Jia.

"Oh, iya ke?" Jia berkata dengan muka yang seperti sedang mengejek Juyeon.

"Iya lah! Kalau kau tak bagitahu aku, aku baru je baik hati nak ajak kau ke Starbucks lepas sekolah. Kononnya nak belanja kau lah kan. Eh, takpelah tak jadi. Selamat duit aku," Juyeon menepuk-nepuk poket coat sekolahnya dimana dompetnya berada.

"Haish, kau ni kalau tak mengugut aku tak sah lah, Lee Juyeon! Okay. Balik nanti aku cerita kat kau. Puas?" Jia mempamerkan muka sebal. Geram dengan Juyeon yang suka mendesak itu.

"Lambat. Tawaran aku hanya sekali. Kalau kau beritahu awal kau nak bagitahu hal tu balik nanti, aku boleh consider lagi. Tapi, kau lambat. Balik ni aku nak pergi restoran terus. Walaupun shift aku pukul 6,"

"Alaaaaaaahhhh....Lee Juyeon. Kan, aku dah kata, aku nak bagitau kau balik nanti. Dekat Starbucks Cafe pun boleh. Pleaseeee," Jia cuba lagi memujuk Juyeon. Dia memegang lengan Juyeon dengan lembut dan menggoyang-goyangkannya.

Juyeon pura-pura berfikir. Kemudian, dia memberikan senyuman manis kepada Jia.

"Kau kalau bab membodek nombor satu. Okay. Baiklah," Juyeon mebgusutkan rambut Jia yang elok kemas lepas tadi. Kink, sudah kusut dek Juyeon.

"Lee Juyeon! Betulkan balik rambut aku. Kau ni! Eish!" Jia marah Juyeon. Juyeon hanya melepaskan tawanya dan menbetulkan kembali rambut Jia.

"Meh sini getah rambut kat wrist kau tu. Aku ikatkan rambut kau. Nanti takdelah kau rimas time belajar," Jia hanya akur dengan arahan Juyeon. Tanpa berkata apa-apa, Lee Jia memusingkan badannya. Memudahkan Juyeon untuk ikat ranbutnya.

Juyeon mengikat rambut Jia dengan gaya pokok kelapa. Jia mengambil cermin di bawah mejanya dan melihat pokok kelapa buatan Juyeon.

"Erm, agak senget ke tepi. But, it's okay. I like it. Thank you," Jia menyentuh ikatan rambutnya itu. Juyeon memberikan senyuman bangga.

"Kalau tak selesa, kau ikatlah sendiri,"

"Eh, tak. Okay dah ni. Cute."

Entah kenapa, Juyeon berasa malu. Dia menggosok perlahan lehernya dan kembali memusingkan mukanya menghadap ke depan. Manakala, Jia pula sambung menyiapkan kerja sekolahnya.

Dalam pada masa yang sama, di belakang mereka ada yang memerhati Juyeon dan Jia dalam senyap. Dia berasa sedikit cemburu melihat Juyeon dan Jia sebegitu dekat.

"Yah, Eric. Kau asal? Cemburu ke?" Sunwoo menepuk bahu Eric yang sedang khusyuk melihat dua orang kawannya dihadapan mereka.

"Entahlah, Kimsun. Aku still mengharapkan yang Jia tu terima aku lepas aku dah confess kat dia. Eventhough, dia reject aku, tapi aku tetap tunggu dia-"

"Tapi, sampai bila Eric? Cuba kau tengok betul-betul Jia bila dengan Juyeon. Dia walaupun dingin dengan Juyeon, aku dapat rasakan yang dia suka Juyeon cuma Jia tu tak perasan dia suka Juyeon,"

Eric mengeluh. Bukan mudah untuk dia melupakan first love dia yang satu itu. Selepas dia mendengar hujah dari Sunwoo dia berasa down.

"Eun Jia!" suara sumbang lantang dari hadapan kelas memeranjatkan Jia yang sedang buat kerja sekolahnya.

"Eun Jia?" Eric memandang Sunwoo disebelahnya dengan muka petak. Siapa pulak Eun Jia? Setahunya dalam kelasnya ada nama Lee Jia saja.

Pelajar yang memanggil Eun Jia itu menuju ke arah Jia dan Juyeon. Jia berdiri dan bertanya sesuatu kepada pelajar itu kemudian Jia diikuti Juyeon meninggalkan kelas dalam keadaan tergesa-gesa.

"Eh asal diorang keluar terus? Ada apa? Apa yang terjadi?" Kim Sunwoo terus bangun dari tempatnya dan ingin mengekori langkah dua orang kawan baiknya. Eric yang juga sedang bingung mengikuti langkah Sunwoo.

"Asal pulak Eun Jia? Bukan dia Lee Jia ke? " Eric masih lagi tidak berpuas hati selagi soalannya belum ada jawapan.

"Nanti aku jawab. Sekarang ni kita ikut Juyeon dengan Jia dulu,"

[ S I L E N T  S T E A L E R ]

Silent Stealer | Lee JuyeonWhere stories live. Discover now