Juyeon dan Jia keluar dari bilik disiplin. Rupanya Jia dipanggil masuk ke bilik itu kerana dilantik sebagai Pelajar Contoh Sekolah dan mendapat Anugerah Pelajar Terbaik.Eric dan Sunwoo yang berada di koridor tersentak apabila mereka berdua keluar dari bilik disiplin. Jia memandang Eric dan Sunwoo silih ganti.
"Korang asal kat sini? Bukan kelas dah mula ke?" Jia bertanya kepada mereka berdua.
"Err-kitorang-kitorang..."
"Ikut korang. Saja nak jadi busy body."
Sunwoo menjawab pertanyaan Jia dengan selamba badak. Manakala Eric pula, tergagap-gagap.
"Dah jomlah masuk kelas." Juyeon yang tadinya diam menyampuk perbualan mereka.
"Alah, rilek lah. Cikgu mana masuk subjek lepas ni. Semua cikgu sibuk meeting untuk exam 2 minggu lagi." Sunwoo menolak pelawaan Juyeon untuk masuk ke kelas.
"Taknak. Aku nak study. Aku tak sebijak kau untuk study last minute." Jia pula yang bersuara.
"Kalau macam tu, kita buat study group. Aku yakin cikgu tak masuk sampai waktu rehat nanti." Eric pula yang memberi cadangan.
"Study group? Aku tak yakin kita study bila dalam group," Juyeon menolak pelawaan Eric.
"Bila kita study group, kita boleh tahu mana yang tak tahu. Bila kita study group jugak kita boleh bincang soala-"
"HOI"
Ayat Sunwoo tak dapat nak dihabiskan kerana ada manusia yang menjerit dengan lantang dari arah jauh.
"Siapa pulak yang potong bila aku tengah membebel ni? Minta free kick dari aku manusia jenis begini," Sunwoo menolak lidah ke pipinya. Dia memandang ke arah manusia yang menjerit dengan lantang.
"Disebabkan kau dah potong apa yang aku sedang bebelkan kat dorang ni, hari kau pagi ni akan dimulai dengan tapak kasut aku dimuka," Sunwoo bersedia untuk menyepak orang yang memotong percakapannya.
"Yah, Sunwoo. Sabar. Jangan buat hal pagi-pagi. Nanti bukan orang tu yang kena tendang. Tapi kau yang kena tendang dengan aku," Jia menahan Sunwoo dari bertindak melulu. Sunwoo berundur ke belakang dengan perlahan.
"Yes? Sunbae mau apa?" Eric yang berada di sebelah Sunwoo menegur orang itu.
"Aku nak jumpa dengan Lee Jia. Aku taknak korang ada sama. Ini antara aku dengan dia. Yang lain boleh blah," ucap orang itu dengan kasarnya.
"Boleh tahan cara bercakap dia ni. Tak pernah belajar adab agaknya," Eric berkata dengan nada berbisik tapi dapat didengari Sunwoo di sebelahnya.
"Right? Nak kita ajar dia tak? Sebab dia macam kurang pengetahuan pasal adab-adab dengan manusia." sempat lagi Sunwoo dan Eric mengutuk senior itu.
"Sunbae takde hak untuk halau mereka. Sunbae boleh terus cakap kat sini. Tak perlu kut nak halau kawan-kawan saya ni." Jia menahan barannya daripada meletus.
"Kau rasa kau layak ke terima anugerah pelajar tu? Sedangkan muka kau ni dah familiar dengan membuli. Pembuli jadi image sekolah? Tak lama lagi cemar habis nama sekolah ni,"
"Lagi busuk nama sekolah ni dengan nama-nama kawan kau yang pembuli tegar. Eh, pembuli tegar ke. Tak. Pembuli sekolah yang two faced," Jia tidak lagi menggunakan kata nama formal dengan orang yang berhadapan dengannya.
"Macamni rupanya pelajar contoh sekolah kita. Takde kata hormat dengan senior sendiri. Kau jangan berlagak baguslah!" Kaki kiri Jia disepak oleh pelajar itu. Terus terduduk melutut Jia jadinya. Juyeon di sebelahnya terkejut dengan perlakuan senior itu.
"Kenapa tak lawan balik? Dah lembik? Oh lupa. Kau punya sakit kan belum sepenuhnya sembuh. Bagus lah kalau kau belum sembuh," Kaki sebelahnya di layangkan ke muka Jia. Tapi, belum sempat sampai ke muka Jia, senior itu pula jatuh terduduk.
"Eh, bodoh. Kau kenapa nak pukul dia? Dia ada kacau hidup kau ke? Kau jangan ingat dia tak dapat balas balik, kau sesuka hati nak belasah dia. Nope. You were wrong. Aku , Sunwoo dan Eric boleh belasah kau gantikan dia. Kesah lah pulak kau tu senior atau bukan." Juyeon membalas apa yang senior itu buat kepada Jia tadi membuatkan Eric dan Sunwoo tercengang.
"Aku nak report kat cikgu. Kau dah tendang aku," pelajar itu mengeluarkan handphone untuk menelefon cikgu.
"Oh, bagitahu benda-benda palsu ni kerja kotor kau rupanya. Patutlah image kitorang kat sekolah ni busuk. Kau rupanya yang membusukkan keadaan. Kalau camtu, aku pun nak buat jugaklah. Khas untuk kau. Macam best," Sunwoo pun mengeluarkan handphone. Kononnya nak buat report.
"Apa masalah kau? " Jia bertanya dengan kasar.
"Masalah? Takde. Cuma aku nak balas dendam dengan apa yang kau dah buat kat kawan aku,"
"Kawan? Siapa kawan kau? Oh! yang pelajar contoh talam dua muka tu eh? Apa khabar dia dekat sekolah pemulihan akhlak tu?" Juyeon berkaya dengan senyuman yang dibuat-buat.
"Dia cari masalah sendiri. Bukannya aku heret dia masuk dalam masalah tu. Jomlah kita masuk kelas. Banyak dah masa terbuang kita berdiri saja dekat sini," sambil berkata, Jia mengusap-usap kakinya yang ditendang tadi. Boleh tahan sakit.
Mereka berempat berjalan melepasi senior itu. Dari arah belakang, kolar baju Jia ditarik oleh senior itu membuatkan tindakan refleks Jia membaling senior itu seperti apa yang dia belajar dalam kelas taekwondonya. Jia sendiri terkejut dengan tindakannya.
"Alamak. Sunbae okay? Aduh. Maaflah saya tak dapat nak kawal tindakan refleks saya tu. Mari saya tolong sunbae bangun," Jia buat-buat concern dengan senior yang sudah terbaring mengaduh sakit itu. Dia menghulurkan tangannya untuk memberi bantuan.
"Takpayah! Aku boleh bangun sendiri!"
Jia sengaja menyepak kaki senior yang terbaring itu.
"Eh, sorry. Tersepak pula. Kami pergi balik kelas dulu eh. Saya harap takkan berjumpa lagi dengan sunbae. After this. Not nice to meet you, sunbae." selepas mengucapkan ayat itu, Jia dan mereka bertiga berlalu meninggalkan senior itu seorang diri.
"ARGH LEE JIA! TAK GUNA KAU!" ditepuk-tepuknya lantai yang tak bersalah itu dengan kuat kerana geram melampau dengan Jia.
YOU ARE READING
Silent Stealer | Lee Juyeon
Fanfiction"Eventhough you hate me, I'll always waiting for you to love me back. " Give up? tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia tetap menunggu dan tidak pernah putus asa untuk mencuri hati seorang perempuan yang dingin terhadapnya. Berjayakah dia men...