28

87 16 0
                                    


Juyeon sibuk mengemas barangnya yang perlu untuk pindah ke rumah Bang Chan dan Lee Know. Puan Chae mencadangkan kepadanya supaya bawa apa yang patut dibawanya saja. Jangan kosongkan terus biliknya. Bila-bila masa Juyeon boleh balik ke rumah mereka.

Sepanjang seharian Juyeon dan Lee Know mengemas, batang hidung Jia langsung tidak kelihatan. Ketika sarapan pun, Jia tiada. Dia mahu bertanyakan hal itu kepada Puan Chae, tetapi Puan Chae sudah ke restoran selepas sarapan tadi.

"Minho, kau ada nampak Jia tak harini?"

Lee Know memandang ke siling bilik. Cuba mengingati adakah dia terserempak dengan Jia harini.

"Takde pulak. Asal?"

"Aku pelik. Selalunya waktu begini waktu dia melepak depan tv. Takkanlah dia tak keluar langsung dari bilik," Juyeon mula berasa risau.

"Tapi, tadi aku macam nampak dia keluar dari rumah. Aku ternampak sekilas camtu jelah kat tingkap,"

Juyeon mengeluh. Jia seperti mengelak dari dirinya. Kalau Jia marah padanya atau cuba nak elak diri dari Juyeon, dia akan keluar dari rumah awal pagi dan pergi berlatih besbol dengan Eric.

Tapi kenapa Jia hendak marah padanya? Selama ni dia okay saja. Apa aku dah buat sampai dia marah dekat aku?

|S I L E N T  S T E A L E R |


Changmin memandang muka Jia dengan pandangan tidak puas hati. Harini baru hari Sabtu. Bukan ke latihan besbol bermula minggu depan?

"Ji Changmin cepat lah. Kau pandang aku macam mana sekali pun ada aku kesah ke? Cepat! Warm up."

Jia meneriak nama Changmin. Dia tahu Changmin tengah menahan geramnya. Tapi, ada dia kesah?

"Aku ada hal tau tak harini! Disebabkan kau, aku terpaksa batal benda tu! Dah la susah nak dapat chance tu! Bila dah dapat kau rosakkan. Urgh! Boleh je kan ajak Eric. Apa masalah kau nak ajak aku bagai? Dah la awal pagi macamni!" Changmin melepaskan geramnya.

"Aku ajak berlatih sekali biar kau tak kekok bila dah start latihan. Kita ni dah lama tak berlatihnya. So, start from now on kena latih diri biar tak awkward bila nak mula game."

Changmin mencebik.

"Tapi Jia, semalam aku dah text dengan Jiyeon yang aku nak keluar dengan dia harini. Besok aku janji aku ikut kau berlatih." Changmin cuba untuk memujuk agar Jia bagi pelepasan pada dirinya.

"Boleh lah,"

Eric yang terlewat berlari anak menuju ke arah mereka. Bukan dia terlewat, tapi Jia yang mengajaknya terlalu awal. Jadi, dia terpaksa excuse datang lambat.

"Kenapa ni?" soal Eric apabila kedua-duanya hanya memandang satu sama lain tapi tidak bersuara.

"Aku pergi dulu eh, bye!" Changmin terus beredar meninggalkan mereka berdua.

"Yah! Ji Changmin!" Jia menjerit nama Changmin dengan kuat. Dasar betul.

"Jom lah. Warm up,"

|S I L E N T   S T E A L E R|

Masuk pukulan kalini, Jia memukul bola dengan kuat. Hampir terbelah bola besbol yang dipukul olehnya. Eric tertanya-tanya mengapa Jia seperti melepaskan geram? Adakah sebab Changmin?

"Jia, jom rehat dulu. Nanti otot tangan kau kejang." Eric menahan Jia daripada meneruskan memukul bola besbol. Jia hanya membaling bat besbol ke tepi dan berlalu meninggalkan Eric ke bangku berdekatan.

"Kau kenapa harini? You seem moody. Is something went wrong?"

Jia mengelap mulutnya kesan dari dia minum air dengan begitu rakus tadi. Kemudian dia mengeluh kasar.

Silent Stealer | Lee JuyeonWhere stories live. Discover now