31

99 13 0
                                    


Eric mengajak Jia untuk makan malam bersama memandangkan mereka pulang dari tempat perlawanan pun sudah lewat petang.

"Kalau macam tu, makan dekat restoran ibu aku jelah. Malam ni shift Juyeon." Eric mengangguk setuju.

"Kita dah habis match. Bila kau nak confess kat dia?"

Jia mengeluh perlahan. Dia sudah janji dengan dirinya untuk confess dekat Juyeon selesai sahaja match harini.

"Ikutkan aku nak confess kat dia harini. Tapi, tengoklah camne,"

"Balik nanti kan, boleh?"

"Kau lupa ke? Dia kan dah tak duduk kat rumah aku."

Eric menggumam. Ye tak ye jugak. Eric memetik jari.

"Hah! kau confess lah time dekat restoran nanti," pendapat Eric mendapat pukulan dari Jia di lengan.

"Kalau kat restoran, dia busy. Bila masanya aku nak bercakap dengan dia?"

"Eric! Jia!" serentak mereka menoleh ke arah gerangan yang memanggil mereka berdua. Kening Jia bertaut.

"Juyeon. Kau asal ada kat sini? Bukan ke time ni kau dah masuk shift kau?" Jia bertanya sebaik sahaja sampai di tempat Juyeon berada.

"Aku nak teman kau balik. Sebab kau kan takut jalan balik seorang diri," jawapan dari Juyeon membuatkan Eric tersenyum. Nak berkias pulak dia ni.

"Aku kan ada. Kau tak payah lah risau pasal Jia." Eric memandang Juyeon yang sudah memegang lehernya.

"Tah kau ni. Kan ada Youngjae. Kau nak risau apa? Buat susahkan diri kau je nak ke sini," Jia setuju dengan apa yang dikatakan oleh Eric. Juyeon mengusap kepala Jia.

"Salah ke aku risaukan orang yang aku sayang?" gumam Juyeon perlahan.

"Ha?" Jia tidak faham. Dia seperti tak dapat catch up apa yang Juyeon cakap. Eric yang memerhati dengar dengan jelas apa yang Juyeon cakap.

"Eh jomlah. Kau kata nak pergi makan dekat kedai ibu kau." Eric menghapuskan suasana sweet mereka berdua. Bukan dia jeles, tapi perutnya sudah berbunyi.

"Err-Ah. Jom,"

| S I L E N T  S T E A L E R |

Han Jisung mencuit bahu Seungmin yang menatap phone sambil tersenyum sendiri. Okay ke idok kawannya ni?

"Yah. Kau buat apa tengok phone sengih-sengih. Nak kata tengok video lawak tak de pun. Screen pun tak menyala. Kau okay ke idok ni, Kim Seungmin?" Han membebel sambil menghulurkan Iced Americano pada Seungmin.

"Entahlah. Ha, Jisung. Kau macam dah lama kenal je dengan batter tadi tu. Aku tak ingat nama dia tapi aku ingat nombor jersi dia. Nombor 25." Seungmin cuba mengingati nama gadis yang dikatakan nombor 25 itu.

"Nombor 25? Yang mana?" Han Jisung cuba ingat. Siapa pula yang Seungmin cuba maksudkan ni?

"Tak silap aku kawan dia panggil Home Run. Jia eh nama dia. Kalau tak silap aku,"

Han Jisung menggulingkan biji matanya. Oh. Budak tomboi tu ke? Han yang tertarik dengan topik yang cuba Seungmin sampaikan tadi terus bersandar pada kerusi.

"Oh. Budak tu." balasnya malas. Mendengarkan nama Jia saja sudah naik api kemarahannya. Kejadian pagi tadi masih terngiang. Dimana, team mereka dikalahkan dengan mudah oleh player number 25 itu.

"Dah lama ke kau kenal dia?"

"Lama tak lama jugak lah aku kenal dia. Dia annoying. Manusia paling menyampah aku pernah jumpa. Asal?" nampak sangat bencinya Han Jisung dengan Lee Jia tu.

Silent Stealer | Lee JuyeonWhere stories live. Discover now