Mr Oh memandang bengis ke arah ketiga-tiga pelajar contoh yang dilantiknya beberapa bulan yang lalu. Sungguh dia tidak menyangka pelajar yang disanjung-sanjung itu adalah pembuli sebenar di sekolah. Sungguh, lidahnya terkelu tidak dapat mengeluarkan sebarang kata-kata."Mr Oh, kalau nak tahu, mereka yang mulakan dulu. Kitorang lawan lah balik. Betul tak, korang," Il Nam mencuba untuk menafikan bahawa mereka belasah tiga orang tadi bukan atas kesalahan dirinya.
"Betul tu Mr Oh. Kami lalu je kat situ. Tiba-tiba dorang cari pasal kat situ," kawan Il Nam yang juga kononnya pelajar contoh sekolah itu menyokong Il Nam.
Sedaya upaya mereka cuba untuk membuatkan Mr Oh percaya dengan mereka. Tapi, sangkaan mereka meleset sama sekali.
"Kalau diorang yang mulakan dulu, kenapa diorang tak lawan balik? Biasanya, orang yang cari gaduh dulu bila lawan dia belasah, mestilah dia akan lawan balik," Mr Im yang setia di sebelah Mr Oh mula bersuara.
"Mana tahu, mereka saja tak lawan biar kami ni nampak jahat," lagi, ayat yang sangat tidak munasabah diberikan oleh kawan Il Nam lagi seorang.
Mr Im tersenyum senget. Ingat orang akan percaya apa yang keluar dari mulut mereka tu. Semua bukti ada dalam tangannya. Tak usah nak bikin cerita palsu. Berkat Sunwoo memberitahu hal sebenar kepadanya.
"Saya nak tanya kamu bertiga ni," Mr Oh yang sekian lama mendiamkan dirinya kembali bersuara. Mereka bertiga sudah kecut perut.
"Kamu, Kwon Hyunric kan? Kamu yang lapor pada saya yang Lee Jia membelasah kamu sebab dia peras ugut duit kamu, bukan?"
Kwon Hyunric pelajar di sebelah kiri Il Nam mengangguk. Tekaknya terasa kering untuk mengeluarkan suara.
"Kamu report tu untuk menutup keburukan kamu yang sebenarnya kamu tu yang peras ugut duit budak junior tahun 2 bukan? Ataupun saya salah? Ataupun cerita ni palsu yang saya dapat? Jia membelasah kamu sebab kamu tu yang buli kawan satu batch dia. Betul? Jawab pertanyaan saya ni dengan jujur," tegas sekali suara yang dikeluarkan oleh Mr Oh. Kalau bukan Mr Im yang memberitahu hal ini kepadanya semalam, sampai bila-bila lah dia tidak tahu. Dan, harini memang dia mahu mencari tiga serangkai itu.
Hyunric kehilangan kata-kata. Bagaimana cerita ini boleh sampai kepada Mr Oh? Siapa pula yang melaporkannya?
"Mana saem dapat cerita macam ni? Mesti Lee Jia kan? Saem jangan mudah percaya apa yang Lee Jia sampaikan,"
Kwon Hyunric cuba untuk menuduh Jia. Mr Im hanya memerhatikan Hyunric yang sudah tidak senang itu.
"Dimana saya dapat info tu semua tak penting. Yang pentingnya sekarang ni, saya nak kamu bertiga jawab dengan jujur. Adakah betul kamu melaporkan tentang Lee Jia kepada saya hanya semata untuk menutup kesalahan kamu? Dan, saya dapat tahu Jung Il Nam, bekas ketua pasukan bola keranjang membuli ahlinya dan melarang mereka dari berlatih. Betul atau tidak?" mata Mr Oh tidak lepas memandang ketiga-tiga pelajar itu.
Jung Il Nam meneguk liur dengan payah. Dia pasti bahawa Jia lah orangnya yang melaporkan hal ini. Tangan kanannya digenggam erat.
"Bukan Lee Jia yang melaporkan hal ini pada Mr Oh. Tapi, coach kamu sendiri yang melaporkan hal ini kepada Mr Oh. Dan, meminta pendapat dari saya untuk melantik Lee Juyeon aka pelajar yang kamu buli itu mengambil tempat kamu," Mr Im, selaku guru yang menguruskan hal-ehwal sukan di sekolah itu bersuara. Agaknya Il Nam sudah lupa bahawa apa-apa yang datang dari mulut coach mereka tak kesahlah pasukan apa pun, semuanya di atas arahan dan tanggungjawab Mr Im. Coach mereka hanya menyuarakan usul dan pendapat kepada Mr Im.
Il Nam menggigit bibir. Tembelang sudah pecah! Dia tak tahu mau kelentong apa lagi pada guru-guru dihadapannya itu.
"Kamu bertiga layak dihukum gantung sekolah dan sijil tamat belajar. Kerana, memukul pelajar lain sehingga mereka cedera parah,"
YOU ARE READING
Silent Stealer | Lee Juyeon
Fanfiction"Eventhough you hate me, I'll always waiting for you to love me back. " Give up? tak pernah wujud dalam kamus hidupnya. Dia tetap menunggu dan tidak pernah putus asa untuk mencuri hati seorang perempuan yang dingin terhadapnya. Berjayakah dia men...