Cuti

5K 211 26
                                    

"Ish!  Mana Boboiboy ni?  Kenapa tak keluar keluar lagi?? " omel seorang remaja berbangsa india dengan topi merah di kepalanya. 

Sweater hijau kuning ditarik tarik ke bawah membetulkan kedudukan di tubuh gempalnya.  Bibirnya sedari tadi mencebik menjerit tak sudah sudah memanggil rakannya. Heishhh... Nak bersiap pun lambat mengalahkan perempuan! 

"Sabarlah,  Gopal.  Kejap lagi mesti dia keluar." ujar si robot bulat berwarna kuning  dengan teknologi canggih membentuk badannya.  .  Mata biru neonnya bersinar mengabadikan setiap ekspresi emosinya. Robot ganerasi kesembilan atau lebih dikenali sebagai Ochobot setia terapung apung di remaja india itu. 

Remaja itu mencebik lagi.  " Dey!  Macam mana tak sabar,Ochobot?  Dah dekat 10 minit kita tunggu dekat luar ni tau tak?  Dahlah panas! Kalau kapal terbang terlepas macam mana??" Gopal merungut geram. Jam hijau gelap di pergelangan tangannya dikeling kejap.

"Bersiap mengalahkan perempuan!  Bukannya hensem pun.  Aku lagi hensem!  Kan kan??"

Ochobot hanya mampu meng'rolleyes' menyampah.

"Haih.. Aku pun tak tau nak buat apa.. Kan Cattus?? "

Beberapa minit terseksa di bawah jemuran 'Solar' a.k.a Matahari, keluarlah gerangan jejaka terkacak Pulau Rintis yang sedari tadi setia ditunggu oleh mereka.

Seorang remaja lelaki berbaju T-Shirt putih dan berseluar jeans biru tua terjogol di hadapan pintu.  Jaket oren tanpa lengan dengan beberapa 'button bangge' tersemat di situ sebagai hiasan dibiarkan tidak berzip tersarung kemas pada tubuhnya. Tidak lupa topi dino jingga iconic  melindungi keunikan surai coklat gelap dengan sejalur putih miliknya. Iris coklatnya bersinar keriangan melihat kawan baiknya masih menunggu.

"Dey, Boboiboy!  Kau pergi ambil beg ke pergi buat kilang beg??  Berjam jam kitorang tunggu kat luar ni tau!  Cair dah makeup aku!  Huhuhuhu~" marah Gopal dengan drama air mata selepas menghambur kawanya yang satu itu.

" Sorrylah,  Gopal.  Tadi aku lupa cari headphone  aku ni,  tak ada.  Rupanya bawah katil.  Nasib baik jumpa" balas Boboiboy sambil menunjukkan headphones  hitam jingga di tangannya sebagai bukti.  Haa.. tak tipu tak tipu!

Gopal hanya mampu menggulingkan biji matanya menyampah. 

"Sudahlah kau!  Semua benda nak lupa, dah macam datuk aku je"

"Bukan salah aku!  Dah dia yang nak sembunyi bawah katil.  Semalam elok je aku letak atas katil"

"Eh,  dahlah tu.  Jom cepat kita ke airport  . Yaya, Ying dan Fang mesti dah lama tunggu tu.  " tiba tiba suara Ochobot menamatkan perbalahan dua kawan baik itu.  Ni kalau dibiarkan sampai Boboibot hidup balik pun tak sudah!

Mujur sahaja mereka berdua tak banyak songeh.  Laju sahaja tangan remaja bertopi jingga itu memasukkan bagasi dan begnya ke dalam bonet kereta sewa sebelum mereka bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Rintis.

▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️▫️🔹

Sebaik sahaja bagasi selesai diturunkan,  kereta sewa itu berdesup laju meninggalkan penumpangnya terbatuk batuk makan asap.

"Uhuk!  Uhuk!  Tsk...tsk.. Tsk... Tak mesra alam dan penumpang betul!  Lepas ni tak nak dah aku sewa kereta tu lagi. " Gopal melepaskan batuknya lagi manakala Boboiboy sudah menapak ke hadapan dengan telefon di tangan.

"Hmm.. Semalam Yaya cakap kita berkumpul dekat department  penerbangan.  Persoalannya sekarang ni... Kata mana benda alah partmen partmen  tu?? " ujarnya sendiri. Matanya tak lepas membaca semula chat bersama Yaya malam semalam.

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now