Security

1K 88 20
                                    


Hari ni Ali kata nak jumpa Boboiboy dekat bilik Tekno sebab nak ubah suai sikit hoverboard Boboiboy. Katanya nak pasang ciri keselamatan.

Jadi di sinilah budak bertopi dino jingga di hadapan pintu bilik teras tekno.

"Eh, ada Ejen Geetha rupanya" ujar Boboiboy terkejut melihat Ejen Geetha di situ bukannya Ali.

"Oh, Boboiboy. Selamat datang" balas Ejen Geetha dengan senyuman manis.

Boboiboy melangkah masuk ke dalam bilik itu lalu mengambil tempat duduk di hadapan Ejen Geetha.

"Ejen Geetha buat apa tu?" Tanya Boboiboy memecah kesepian. Tanpa menghentikan gerakan jarinya pada papan kekunci, Ejen Geetha hanya membalas.

"Saya sedang meninjau feedback tentang akademi  untuk melihat jika ada penambah baikkan yang boleh dilakukan" balas Ejen Geetha lagi.

Boboiboy meng'O'  kan sahaja.

"Kamu pula, buat apa di bilik tekno?"

"Ehehe, saya nak jumpa Ali. Dia kata nak pasang ciri keselamatan apa entah dekat hoverboard ni. Tapi datang sini dia tak ada lagi pulak" jawab Boboiboy sambil menunjukkan hoverboard merah birunya.

Ejen Geetha tersenyum bangga dengan reka cipta anak murid dia. Dia tahu tentang semua upgrade yang Ali , Khai dan Bulat buatkan untuk Boboiboy dan kawan-kawannya. Dia pun ada tolong untuk buat but magnetik Yaya tu dengan Bulat.

"Sekejap lagi datanglah tu" kata Ejen Geetha. Boboiboy mengangguk mengiakan. Baru sahaja dia nak tanya lagi tiba tiba, Boboiboy ter'flinch'.

''Hah?" 

"Ya, kenapa Boboiboy?" tanya Ejen Geetha. 

"Eh, Eh tak.. takde pape. maaf maaf" Boboiboy tersengeh plastik nak cover malu dia terlepas tadi. Dalam kepala dia dah menyumpah seranah Solar yang tiba-tiba menjerit dalam kepala dia nak minta cakap.

.

.

.

.

~ Sagmen bersama Boboiboy Sori~

Sori : Haiiii semuaa~ kembali lagi kita di SAGMEN BERSAMA BOBOIBOY SORI!

Sori : Seperti yang semua tahu, elemental Boboiboy pernah dirampas semula oleh Retak'ka alien sialan takde hidung, tua tak sedo diri dah banyak dosa tak reti-reti nak taubat-*keep on cursing Retak'ka*

Frostfire : Err..Sori boleh teruskan lah kot

Sori : *stop cursing Retak'ka**cutely guilt pose* Oh hehe. Sori~ 

Sori: Okey sambung. Sewaktu elemental berada dalam penguasaan Retak'ka, si alien tua tu dah serang  beberapa planet yang ada tenaga elemental, dan serap kesemua tenaga kehidupan planet-planet tu....*stop reading scrip**squinting his eyes in disgusting look* Wehh bapak sampah masyarakat giler alien tua ni-!

Glacier : Sori, cepat teruskan

Sori : Opss, soriii~ untuk kuatkan lagi kuasa elemental yang ada padanya. Jadi secara ringkas, bila kuasa elemental dah kembali kepada Boboiboy penguasa tujuh elemental paling terbaik dalam galaksi,  kuasa elemen halilintar,taufan,gempa,duri, dan solar dah jadi lebihhhhhhhh berkuasa daripada dulu. 

Sori : Jadi Halilintar, Taufan, Gempa, Thorn dan Solar boleh bertukar dengan Boboiboy tanpa perlu bertukar keseluruhan. Tak payah ah nak jerit jerit "KUASA ELEMENTAL! BOBOIBOY HALILINTAR"  haaaa gitewwww~

Sori : dan Boboiboy pun boleh gunakan kuasa lima elemen ni tanpa perlu summon kuat-kuat.  Tapi kelemahnnya dekat sini, lima elemen ni lebih mudah sikit ambil alih badan Boboiboy. 

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now