Kisah Ali

1.7K 112 8
                                    

Lokasi : Rumah D. Ghazali
Masa.  :  9:02 p.m

Ali pov

"Urghh... Akhirnya siap jugak! "

Pen dibaling tepat memasuki bekas pensel aku.  Tablet yang sudah panas kerana digunakan terlalu lama aku tutup dan cas semula.  Biarlah dia rehat kejap.  Kesian dia kerja lama sangat.  Apa kau ingat manusia je ke tahu penat??

Badan aku yang dah mula sengal sikit diregangkan ke atas.  Ni efek duduk lama sangat lah ni.

"Ughmmmm.. Nasib baik tak susah mana kerja kali ni.  Kalau macam minggu lepas punya fuhh!   Mau pepagi aku cari Viktor dekat sekolah! " omel aku perlahan pada Comot.  Kucing kelabu itu hanya menderam manja di atas meja.

"Purrr~"

Aku tersenyum kecil tengok Comot.  Dan tiba tiba sahaja ingatan aku terarah kepada ejen ejen baru di akademi petang tadi.

"Hey,  Comot!  Tak sabarnya aku nak pergi akademi esok!  Aku nak tunjuk dekat budak budak baru tu kemahiran terbaru aku!  Hehehee mesti diorang terkejut nanti kan?? " cerita aku dengan bersemangat.

Yelah!  Sejak dari aku mula mula masuk akademi,  hanya aku sahaja yang asyik direndahkan.  Mentang mentang aku budak baru masuk, dan tak tahu apa apa tentang akademi,  senang senang aja aku diejek dan dibuli.  Nasib baik, masih ada lagi yang boleh menerima keberadaan aku seperti Alicia,  Khai Iman dan lain lain tu. Walaupun Alicia masih cari pasal dengan aku lagi kadang kadang..

Ditambah lagi selepas insiden serangan Niki ke atas Dato Bandar.  Sejak kejadian tu,  posisi aku dalam akademi makin teruk pula.  Lagi lagi bila aku dah tak dibenarkan menggunakan IRIS lagi.  Semua orang pandang aku macam pengkhianat terbesar negara! 

....

Oklah fine!  Aku pernah khianat MATA,  tapi aku dah taubat okey?? Lagipun sape je boleh tahan dengan Dato Othman sekarat tuu??  Aku berani kerat kuku kaki yang Janeral dan Ketua Teras pun kalau boleh nak biar je Niki bunuh dia!  Kann????

Tapi aku sedar,  semua tu salah aku juga.  Jadi aku bangkit dan berusaha bersungguh sungguh sepenuh nyawa aku.  Sebab aku dah janji dengan mama.  Aku dah janji dengan Ejen Zain,  dan ketua teras yang lain,  aku akan jadi lebih kuat!  Dan jadi super ejen terbaik MATA!

Setahun lebih..

Setahun lebih aku jalani latihan neraka!  Aku paksa diri aku untuk jadi lebih baik,  lebih hebat! Segala latihan intensif MATA aku buat. Semua ujian aku hadapi.

Aku cuba baiki hubungan aku dengan ejen ejen muda yang lain.  Dan yeahhh.. Itu semua bukan mudah! Aku dah khianat MATA kutttt!!  Kau nghasee????!

Aku jatuh banyak kali,  tapi aku tetap kena bangkit! Lagipun,  Uncle dan Alicia sentiasa ada sokong aku dari belakang.  Aku tak boleh putus asa!  Aku tak boleh lemah semangat! Aku nak buktikan pada MATA yang mereka tak salah pilih orang.  Aku dah dapat peluang kedua,  dan aku takkan sia siakan peluang tu lagi!

Dekat dua tahun,  dan sekarang aku dah boleh lawan tanpa harapkan IRIS!  Tak adalah sehebat Alicia dan Rudy tu tapi bolehlah untuk jalankan misi.  Kemahiran mencipta aku pun dah bertambah hebat tau!  Aku dah upgrade Yoyo aku dan gasing arwah mama dengan kebolehan baru.

Oh ya!  Sekarang aku guna dua senjata,  satu yoyo yang aku selalu guna dan lagi satu,  gasing mama!  Gasing tu susahh wooo nak master serius aku cakap!  Banyak kali aku sendiri kena hentam dengan gasing tu waktu berlatih.  Aku pun tak tahu macam mana aku boleh guna gasing tu smooth gila time lawan Niki dulu.  Oh yaa,  override enn. 

Dan akhirnya,  segala seksaan dan penat lelah aku selama hampir dua tahun itu membuahkan hasil bilamana,  aku berjaya mendapatkan semula kepercayaan MATA dan ketua ketua teras.   And guess what??  Aku dapat pakai IRIS balikkkk!!  Yuhuuuuu!!!!  Bukan apa.. Tapi tu jela antara peninggalan arwah mama tau!  Astu suka suki je kau nak ambil mana boleh!  Mak aku yang buat,  so aku punyalah kann??  Hehehhee~

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now