Inviso

1.6K 131 38
                                    

Fang POV

Bilik yang gelap hanya diterangi cahaya suram dari celahan tingkap kecil pada pintu di hadapan aku ini.

Dua orang pengawal tergantung terbalik berjalan di atas siling macam spiderman tu. Berjalan terbalik haa faham? Dan mereka akan menjeguk aku untuk memastikan aku masih dekat dalam bilik ni setiap 10 minit.
Pelik aku kenapa diorang jalan atas siling. Lantai kan ade??

Eh jap..

..

..

..

..

Oh, lupee.. Aku yang tergantung terbalik sebenarnya. Sob sobb~

Kanan dan kiri aku perhatikan bilik kecil yang suram ni. Bau hapak pun ada juga.

"Hmm.. Simulasi diorang boleh tahan hebat. Tempat ni memang nampak real" bisikku perlahan mengkomen.

Flashback beberapa minit kejap..

Latihan Inviso Fang pada hari ini, bertempat di bilik simulasi. Latihan dia mudah sahaja. Dia perlu menyelinap masuk ke dalam markas penjenayah ini, dan mencuri intel mereka.

Awal awal tadi macam dah elok, entah macam mana dia boleh terlanggar dinding lalu ditangkap. Rosak muka kacak idaman para readers ni.

Al-kisahnya, kenapa sekarang dia tergantung dekat siling macam kelawar dah .

Ok, sambung balik pada landak popular seantero galaxy ni..

Otak aku berligat memikirkan srategi untuk keluar dari sini. Seorang pengawal baru sahaja menjenguk aku tadi, maknanya aku dah ada 10 minit untuk lepaskan diri.Usai berfikir, satu tarikan nafas panjang aku ambil.

"Ok, lets start! "

Aku cuba melembutkan badan(ewww) membentukan tubuh aku ke atas untuk membuka ikatan di kaki aku. Sebaik sahaja berjaya, aku jatuh dan mendarat dengan bergayanya. Satu tarikan sinis terukir di bibirnya.

"Ppfftt.. Halah Fang... Macam tak biasa pulak~"

End Fang POV...

Dua pengawal di hadapan pintu bilik sedang berjaga memastikan tahanan mereka tidak terlepas. Salah satu pengawal mengerling jam di pergelangannya.

"Oi, dah 10 minit. Pergi tengok budak tu" arahnya pada pengawal lagi satu.

"Eh, eh? Asal aku pulak? Tadi aku dah sekarang kau lah! " bantasnya tak puas hati.

" Macam biasaa~"

Pengawal lagi satu ru dah mencebik bila dengar perkataan 'macam biasa' itu. Sebelah tangan disorokkan ke belakang badan dan pengawal tadi pun melakukan aksi yang sama.

"Gunting-Batu-Kaaaaaainnn!! "

Kain vs Batu

Pengawal mengarah menang! Yang diarah menjerit stress. Dia tak pernah menang kalau main permainan ni .

"Haaha! Aku menang! Kauu" pengawal itu dah sengih sengih sinis menggerakkan dua jarinya ke arah pintu. Yang lagi satu buat muka menyampah.

"Fine! "

Langkah diseret mendekati tingkap kecil pada pintu. Malas betul asyik asyik dia je kena!

Tingkap itu dijenguk malas untuk memastikan tahanan mereka berada di tempatnya.

....

Aik? Hilang dah?

"Woii! Woii!! Budak tu dah tak adalah! " kalut pengawal itu melambai memanggil mamber dia.

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now