Setiap minggu, ejen ejen muda akan diberikan misi di luar akademi untuk diselesaikan. And here they are, berkumpul di briefing room untuk taklimat misi mingguan.
Dan seperti biasa, taklimat misi diberikan oleh Janeral Rama Rama terbanglah tinggi~
"Buat pengetahuan ejen muda baharu, setiap minggu kamu akan diberikan misi sebagai tugasan. Ia akan dijalankan secara berpasukan dan diketuai oleh seorang mentor. " suara garau ganeral rama mendominasi bilik breafing tersebut. Boboiboy, Gopal, Fang, Yaya dan ying mengangguk faham. Manakala ejen muda lain beriak biasa. Yelah tiap-tiap minggu asyik hadap muka sama, jemu dah balik balik nampak misai lentik ganeral tu.
"Misi kamu semua pada kali ini adalah misi jaga" tegas suara Janeral Rama bergema memulakan taklimatnya.
Pancaran hologram membentuk beberapa kawasan menerangi bilik tersebut.
" Hari ini, jam 2330, tiga buah lori syarikat C-Tech akan memindahkan teknologi baharunya ke kawasan baharu yang lebih selamat. Dan saya pasti, Komeng tidak akan mensia-siakan peluang ini" terang Janeral Rama dengan tegas.
"Teknologi apa pulak kali ni , janeral?" tanya Ali. Dah beberapa kali sebenarnya mereka dapat misi berkaitan dengan C-Tech ataupun Cyberaya Technology.
"Teknologi kali ini adalah satu ciptaan terbaru C-Tech iaitu senjata yang berasaskan azurium. Ada beberapa jenis senjata termasuklah pistol, bom, dan perisai. Tetapi, senjata-senjata ini masih lagi dalam percubaan dan belum disempurnakan lagi. Sebab itu, misi kamu semua adalah untuk mengiringi lori-lori yang membawa senjata ini ke tempat yang baharu dengan selamat." jelas Ganeral Rama lagi dengan penuh teliti.
"Wahhh, canggih betul reka bentuk senjata-senjata nii! Ni kalau meletup boleh terbang berapa meter, ganeral??" puji Gopal teruja melihat rekaan sebuah bom di hadapannya.
"Weh, itu senjata bahaya tau! Bukan buat main!" tingkas Ying jengkel.
"Wuishh, senjata baru lagi. Cyberaya ada rancang nak lancar perang ke?" seloroh Jet.
"Eh kau ni! Sedap mulut je cakap" marah Roza. Belakang kepala Jet dihempuk.
" Jadi apa rancangan kita Janeral?" Tanya Alicia tenang. Manakala Ejen Leon dah menggeleng kepala dengan sikap anak-anak murid dia tu.
" Hmp! Misi kamu semua hanya untuk standby di lokasi berbeza dan mengawasi lori tersebut. Jadi, kamu semua akan berpecah kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada empat orang ejen muda dan seorang mentor. "
"Ohhh, kiranya kita kena jadi bodyguard lah ni" ujar Yaya faham.
"Ganeral! Bukan ke Komeng ni cuma penjenayah profil rendah? Buat apa nak pergi ramai-ramai? Satu kumpulan je tak boleh ke??" Tanya Moon hairan.
"Entahnya. Banyak kali dah lawan dia. Bosan asyik lawan musuh sama" sokong Mika juga. Yang lain juga terangguk-angguk setuju.
Sementara itu geng Kokotaim yang tak tahu apa-apa, terpinga-pinga tak faham.
" Weh, siapa mamat pendek tu? Dah selalu ke korang lawan dia?'' bisik Gopal kepada Ali di sebelahnya.
"Oh, tu Komeng. Penyangak geng motor Cyberaya. Memang dah banyak kali kitorang kalahkan dia. Tapi tak serik serik jugak. Dah tua pun nak buat dosa." balas Ali dengan muka bosan. Gopal meng'O' kan mulutnya, menyendengkan badannya ke arah Boboiboy pula.
"Spesies kaum kerabat Adudu lah ni." bisik Gopal kepada Boboiboy, mebuatkan Boboiboy hampir tergelak.
"Betul, Komeng merupakan penjenayah berprofil rendah dalam server MATA, tetapi setelah melihat rakaman CCTV daripada bangunan BETA, tempat terakhir Komeng dilihat, syarikat C-Tech membuat keputusan untuk menggunakan tiga laluan yang berbeza untuk mengaburi mata-mata Komeng. Jadi, setiap kumpulan bertugas untuk mengawasi satu lori ke tempat perpindahan. "
YOU ARE READING
MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fanfiction
FanfictionSetelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberikan cuti yang diimpi impikan. Dah dapat cuti apa lagi? Balik bumilah Namun, sesuatu yang tidak terjangka berlaku sebaik sahaja mereka tiba d...