MUSUH BARU?

1.8K 100 55
                                    


"KE TEPIII!! BERI LALUAN!! BERI LALUANN!!"

Suara jeritan Ejen Bakar memenuhi ruangan kecemasan MATA itu. Di belakangnnya terdapat sebuah katil dengan Boboiboy di atasnya. Bersama katil itu, Fang dan beberapa lagi ejen MATA menyorong katil Boboiboy ke bilik rawatan cemas.

"Boboiboy!! Boboiboy!! Bangunn! jangan tidur woii! Bangun aku kata!!" Fang turut sama menolak katil beroda itu terus menjerit di telinga Boboiboy cuba mengelakkan sahabatnya itu hilang kesedaran. Kerana dia tahu, dalam situasi macam tu, andai Boboiboy tertidur dia mungkin tak akan nampak budak tu bangun sampai bila-bila.

Ah..tapi dah pejam mata dah budak ni.

"Apa terjadi pada dia??" pantas doktor yang in charge Boboiboy bertanya.

"D-dia kena tembak dengan senjata azurium masa lawan Komeng! " Balas Ejen Bakar. Mata Doktor itu membulat besar.

"Code blue! The patient is a 16 years old boy with multiple cuts and bruises. He got shoots by azurium weapon, i need dose for Az-11 now!!" laung ejen berkot putih itu.

Belum lagi doktor itu menyentuh Boboiboy, dia dapat rasakan radiasi haba yang keluar daripada tubuh remaja itu.

"He got fever, doctor"

"Inject the Az-11"

Urat dicari sebelum jarum suntikan ditusuk. Omboh ditekan mengalirkan bahan kimia itu kedalam arteri Boboiboy.

"Doctor! No respone"

"Inject another dose"

Boboiboy terbatuk. Darah terpercik ke sut putih itu.

Doktor itu terhenti sebentar perbuatannya. Bacaan jantung Boboiboy masih tak normal walaupun dah inject dua dose antidote azurium. Malah menunjukkan sebaliknya.

Wajah pucat Boboiboy dan monitor yang memaparkan detak jantung, nadi dan bacaan lain ditilik silih berganti, akhirnya menyebabkan berubah air muka doktor 30-an tersebut tatkala dia baru menyedari sesuatu.

"His body... reverse the antidote for azurium???" Getus hati doktor tersebut memandang Boboiboy dengan wajah tak percaya.

'Tak mungkin!'

"Doktor! Dia akan okey kan? Kawan saya akan okey kan??" jeritan kebimbangan Fang menyentakkan semula doktor itu ke realiti. Wajah ejen muda inviso itu penuh dengan pengharapan.

"Adik, tolong keluar sekarang!" Pinta salah seorang ejen medik di situ. Tubuh Fang ditolak lembut kepada dua ejen pengawal yang ada di situ.

Dalam keadaan itu, Fang hanya mampu membiarkan tubuhnya ditarik keluar daripada bilik tersebut. Di sebalik tingkap lut sinar pintu bilik yang semakin tertutup, anak matnya meninggalkan imej Boboiboy yang terbaring tak sedar di atas katil dikelilingi oleh para ejen berkot putih sedaya upaya cuba menyelamatkan sahabatnya itu.

"Kamu tunggu di sini. Kami akan cuba sedaya upaya untuk bantu dia" tegas ejen itu sebelum kembali menghilang di sebalik pintu besi yang bertanda
'EMERGENCY ROOM ' itu semula.

Fang hilang kata-kata, hanya mampu menggenggam penumbuknya erat. Bibirnya diketap kuat sehingga rahangnya kelihatan .Dahinya disandarkan pada pintu besi itu sebelum ditumbuknya perlahan.

"Jangan kau berani mati Boboiboy! kalau kau mati aku sendiri yang akan bunuh kau!" bisik Fang di hadapan pintu itu dengan harapan sahabat orennya itu akan mendengar.

"Fang" panggil lembut Ejen Bakar membuatkan Fang menoleh ke arah mentornya itu. Ejen Bakar memberikan segaris senyuman.

"Jangan risau. Boboiboy akan okey. Dia kan kuat~" ujar mentor kombat itu sedikit sebanyak menenangkan gulana jiwa Fang.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 07, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now