"Haa! Tu pun kauorang! " suara kecil milik si gadis bermata empat... eh....eh.. Si gadis berkaca mata merentap lamunan dua lagi sahabatnya yang elok termenung tak jauh mana pun.
Kelihatan bola kuasa berwarna kuning sedang menyeret(menarik) telinga Boboiboy dan Gopal bersama bagasi masing masing.
"Hai korang! Sorry lambat! Ni ha dua ekor ni buat hal pulak tadi" sapa Ochobot dengan nada ceria.
Jurus tarikan telinga sudah lama diturunkan membiarkan dua orang mangsanya menggosok telinga mereka yang kepedihan.
"Wuhuhuhuhuu~ telinga aku makin panjang" rungut Gopal tanpa kesudahan dramanya.
"Padanlah muka korang, siapa suruh buat Ochobot marah! " sindir si pengawal bayang a.k.a Fang a.k.a landak unggu tak popular.
"Aduhh.. Bukan salah kitorang ada mamat cuba nak jadi Sajat kedua dekat Malaysia. Aku cuma nak elakkan turunnya azab dekat negara terchenta kita ni" ujar Boboiboy membela diri. Haa kau terbersin Sajat kat umah dia!
"Eh, bukan kau je Sajat kedua dekat Malaysia? "
"Lahh.. Aku ingatkan kau punca Sajat berubah.."
"Sudah sudah jelah! Haa.. Korang bawak tak pasport?" Si gadis ayu berselendang merah jambu menenangkan perbalahan antara Landak Unggu dan Buah Oren dengan pertanyaanya.
Kedua dua Gopal dan Boboiboy menunjukkan buku kecil berwarna merah tersebut kepada mereka. Yaya mengangguk puas hati.
"Ok now.. Nah ambil tiket ni sorang satu. Lepastu kita terus pergi gate. Korang dah check in kan? " tanya Yaya sambil membahagikan tiket penerbangan mereka.
"Dahh~"
Ying mengambil tiket tersebut dan menelitinya.
"Hmm.. Cyberaya ni dekat mana ah? Macam tak pernah pula aku dengar" soal Ying tiba tiba.
"Adaa. Dia dalam Malaysia juga. Aku ada tengok dekat internet, ia merupakan satu bandar yang membangun pesat dengan teknologi terkini dan serba canggih. Cyberaya dikenali sebagai bandar pencetus teknologi dunia! Bandar robotik dan macam macam lagilah. " jelas Yaya penuh semangat.
"Wahh, kalau macam tu tak payahlah Ochobot menyamar jadi bola kan? Sebab bandar tu kan penuh robot? " kata Gopal.
"Haah! Sebab tulah aku pilih Cyberaya ni. Sebab aku nak Ochobot nikmati percutian kali ni tanpa perlu risau identiti dia nanti" kata Yaya lagi dengan senyuman manisnya.
Ochobot sudah tersenyum terharu. "Huhuhuuu bakal akak ipar baik sungguh hati mu~"
"Apa dia Ochobot? " Yaya yang tidak mendengar bertanya.
"Takde... Dia cakap wahaii bakal kakak ipa-" belum sempat Gopal menyudahkan bicaranya, si jejaka bertopi dino mecekup mulutnya laju.
"A-ahahhahaha! Tak-Takde ape pun Yaya dia ni lapar ni tunggu aku lama sangat tu yang merapu macam badut ni. Ahahhahaha~" dengan nada yang tidak meyakinkan Boboiboy memotong kata kata Gopal dengan senyuman plastiknya.
"Urffmmm! Hhmmpofff?? Hffmmpphh??!! "
Bunyi Gopal struggel nak hidup."Perhatian kepada penumpang pesawat Boing PR-2147 , pesawat dari Pulau Rintis ke Cyberaya telah dibuka untuk penumpang kelas Ekonomi dan Business "
"Haa.. Tu pesawat kita. Jom! Jom gerak! " ajak Boboiboy disambut kesemua rakannya.
Gopal dalam siku Boboiboy turut sama diheret dengan bagasinya sekali.
"Banganglah kau ni! Tak boleh jaga ke sia mulut tu?? Ade jugak yang aku sumbat potion Solar dalam mulut kau tu!!" perlahan Boboiboy mengugut Gopal dengan nada membunuh.
YOU ARE READING
MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fanfiction
FanfictionSetelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberikan cuti yang diimpi impikan. Dah dapat cuti apa lagi? Balik bumilah Namun, sesuatu yang tidak terjangka berlaku sebaik sahaja mereka tiba d...