MATA

2.4K 144 28
                                    


Sedutan episod lepas....

"Apakah?! "

Robot robot tersebut mengeluarkan senjata masing masing mengacukannya ke arah mereka.

Mereka berada dalam keadaan siaga sambil dikelilingi robot bersenjata tersebut.

Apa sebenarnya berlaku ni??!
•••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••••

"Gopaall..... Ini sebahagian dari hadiah tu kee?.... " tanya Boboiboy perlahan sambil memandang tajam robot merah yang sedang mengelilingi mereka.

"A-Apa aku tak tahu?!!"

Tanpa sebarang amaran,  robot robot itu menluru ke arah mereka secara mengejut menyentakkan mereka semua.

Zzzinggggg!!-_

"Warghjhhhhhh!! Jangan tembak akuu!! " kerana terkejut dan ketakutan, cawan yang berisi teh tarik yang masih berasap di tangannya disimbah ke arah robot terbamg tersebut.

'Skkzztt-Bzztt..skkkttzzz--'

Akibat teh tarik panas itu, robot merah tersebut kelihatan tersentak sentak rosak. Bunyi statik elektrik terdengar, sebelum semua robot itu kembali kepada keadaan sedia kala.

Lampu merah tadi juga sudah diganti dengan lampu putih semula.

"a... Pe.. Kah... "

Boboiboy, Gopal, Fang, Yaya dan Ying terpinga pinga dengan apa yang baru berlaku. Semuanya terlalu pantas untuk dihadam sekaligus.

"Jap.. Apa tengah jadi nih? " tanya mereka bingung.

Beberapa saat kemudian, robot robot bulat kecil tadi muncul semula. Geng Kokotaim membuka langkah bersedia, namun tiada tanda tanda penyerangam  yang berlaku.

"Aikk? Tak serang pun? " desis mereka khairan.

Robot itu mengeluarkan laser meng scan badan setiap seorang dari mereka. Lalu berlakulah keajaiban yang hanya teknologi mampu hasilkan.

Secara slow motion...

Robot tersebut membebaskan partikel partikel nano ke setiap inci tubuh mereka. Seiring itu, pakaian yang mereka pakai tadi berubah menjadi satu sut unik yang moden dan sangat canggih. Setiap dari mereka mendapat sut yang berbeza warnanya.

"Wahh~ Cantiknya sut ni! " sorak Yaya dan Ying teruja.  Sut Ying berwarna kuning hijau dengan sarung tangan berwarna hijau manakala sut Yaya pula berwarna biru.  Hijab pinknya juga sudah bertukar warna menjadi pink lembut.

Boboiboy memandang mereka yang sedang bersorak teruja sambil memperagakan sut baru masing masing.  Dia memandang badannya sendiri yang dilapisi sut canggih .  Matanya memandang dua gadis itu semula.

'Warna baju kitorang sama.   Nampaknya warna tema pernikahan dah ditentukan'
Desis hatinya sendiri sambil tersenyum nipis.

"Oi! Oi! Oi!  Nanti kejap!  Kenapa sut aku sorang je warna putih??! " tiba tiba suara bingit Fang menjerit menghancurkan imaginasi kebahagiaannya Ish landak nih!  Aku baru nak sarung cincin!

"Bukan kelabu ke ni? " soal Gopal sambil membelek belek sut Fang.

"Tak kesahlah kelabu ke putih ke... Masalahnya sekarang ni........KENAPA WARNA SUT GOPAL SAMA DENGAN YING??! " ohh. Ohh.. Landak mengamuk..

"Haahlah.  Baru aku perasan" sokong Ying sendiri.  Sut di badannya dan Gopal dipandang silih berganti.

"Wah~ warna kuning hijau.  Macam warna kita yang digabungkan, kan Ying? ~" kata Gopal dengan suara gedik sengaja nak menyakat Fang.

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now