Jalan

2.2K 158 53
                                    

"Wahh~ cantikkan gelang ni,  Ying? " tanya Yaya sambil menunjukkan dua utas gelang yang diperbuat daripada tali berwarna.

"Yala~ jom beli.  Jadi tanda persahabat kita! " sokong Ying teruja.  Mereka bergelak ketawa.

Perbualan dua orang gadis itu diperhatikan oleh tiga orang rakan mereka yang lain. Yang sedang duk mencangkung dekat tepi jalan depan kedai yang menjual beraneka cenderamata.

"Haihh.. Perempuan memang suka benda benda macam ni eh? " kata Boboiboy yang duduk mencangkung macam kangkong dekat tepi jalan. 

"Nama pun perempuan.  Persahabatan pun kena ada tandalah,  amendelah.  Nasib baik aku lelaki. " jawab Fang yang bersandar pada tiang lampu. 

"Yalah... Tanda pun tanda jugak.. Berapa banyak tandalah dey diorang nak beli ni??  Aku dah lapor nih! " rungut Gopal kesal.  Ig dia dah tatal tatal sampai tak tahu nak tatal apa lagi.  Di sekeliling mereka terdapat beberapa beg kertas dan plastik pelbagai warna.

Al-Kisahnya.. Mereka pergilah jalan jalan ke bandar Cyberaya ni.  Yelah ko dah vacation takkan nak duk terperap dekat rumah kan?? 

Lepas tu Yaya dan Ying pergi shopping bersama manakala lelaki idaman Malaya tiga ekor tu pun okkan jelah.

Namun dah lebih empat jam mereka berdua bershopping,  tak siap siap lagi!  Gopal,  Boboiboy dan Fang dah tersandar tak berdaya untuk berjalan lagi.  Dah habis dah tenaga. Give up dah..

Nak pergi dulu,  kunci kereta dalam taklukan Yaya dan Ying.  Ini untuk mengelakkan mereka bertiga lari balik rumah senyap senyap.

Nak guna kuasa teleport  pun,  tak boleh pula...

Flashback

Boboiboy POV

"Aku nak ingatkan eh,  lagi sekali.  Jangan.  Guna. Kuasa.!" pesan Yaya sebelum mereka bertolak ke bandar.

Aku yang sedang mengikat tali kasut mendongak memandang gadis berselendang  di hadapan aku ni.  Haihh.. Lawanyer lawai bakal isteri aku nih.

"Kenapa?" tanyaku.

"Yelah.. Kita kan datang sini nak bercuti,  release stress.  Jadi aku tak nak lah ada antara kita yang tarik perhatian awam. Lagi satu,  dekat sini aku yakin orang tak kenal kita.  So korang bertiga...jangan nak buat hal ! " jelas Yaya panjang lebar dengan sedikit ugutan.

Haihh.. Bini aku ni  ugut orang pun comel!

"Tapi,  kalau dekat rumah boleh je guna kuasa.  Cuma bila kat luar,  kita buat je macam orang biasa" sambung Ying.

End flashback..

Inilah lumrah sang lelaki pabila pergi berjalan dengan perempuan.  Dok jaga barang yang diorang beli sambil tunggu diorang shopping lagi. Lebih kepada window shopping je.  Belinya tak pun!

Setelah empat jam ditambah dengan dua jam 30 minit,  akhirnya dua gadis itu kembali dengan dua plastik kecil di tangan.

"Yang lu orang dah macam kangkong Planet Quabaq ni kenapa? " tanya Ying dengan muka jengkel.

"Haaa??  Oh dah siap dah korang? Beli apa ja? "

Masing masing tunjuk beg  kertas kecil.

"Ituuuujee?? Dua jam setengah korang habiskan semata nak beli DUA BEG KERTAS KECIL TU JEEEE????!! " Fang setereshh .

Yaya dan Ying berpandangan sesama sendiri.

"Dah tu? " tanya mereka innocent .

Gopal, Fang dan Boboiboy dah pasrah.  Haa yelah. 

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now