"Korang ok ke dekat bawah tuu??! " jerit Ejen Bakar dari podium pemerhati di atas. Latihan Kombat hari ini mengambil tempat di arena akademi.
"Kami okeyy! " balas Yaya dan Boboiboy yang berada di bawah. Tangan diangkat membentuk 'tumbs up'.
Untuk menjimat masa, bak kata Ejen Bakar, mereka akan menjalani ujian bersama-sama. Nampak tak jodoh di situu?? Aciaa ciaa~
"Sebelum kita mula, tolong berdiri di platform masing masing" arah Ejen Bakar dipatuhi kedua sahabat itu.
Sebaik sahaja mereka melangkah di atas platform berbentuk bulat itu, dari tengah arena, sebuah dinding nano lut sinar muncul dari lantai di tengah tengah arena, memebelah ruangan luas itu kepada dua bahagian. Kini Boboiboy dan Yaya berada di ruangan yang berbeza dipisahkan dengan dinding gergasi itu.
"Wuahh.. Dinding plasma ke ni?? " soal Boboiboy sambil mengetuk ngetuk dinding lut sinar tersebut. Nak kata kaca, bila ketuk bunyi macam plastik, nak kata plastik, keras sangat pulak macam dinding konkrit.
"Haa, pandai kau! Itu memang dinding plasma yang diperbuat daripada gentian nano khas ciptaan MATA. Benda ni dibuat memang untuk menahan sebarang serangan, dan selalunya jadi perisai kegunaan ejen ejen MATA. " terang Ejen Bakar panjang hanya mendapat Ooo daripada mereka berdua.
"Dinding ni kuat tau! Bazooka pun tak boleh lepas. So korang tak payahlah risau kalau serangan korang nanti terkena pelajar lain." sambungnya lagi.
Yaya menyentuh dinding lut sinar itu.
"Hmm.... Agaknya, dinding ni setanding tak dengan dinding tenaga Kapten Kaizo? " getus benaknya tiba tiba.
Eh, opkos lah tak! Dinding Kapten Kaizo tu teknologi alien tau!
"Apa sebenarnya ujian kami ni Ejen Bakar?? " tanya Yaya lagi.
Ejen Bakar tersenyum senang. Satu butang di podium itu ditekan lalu skrin gergasi di bahagian atas dinding arena itu menyala memaparkan gambaran jam digital yang masih berangka kosong.
"Heh, ujian korang hari ni mudah sahaja. Korang akan berlawan dengan 100 droid dan dron MATA. Dan kita nak tengok, berapa lama masa yang korang ambil untuk tumpaskan 100 droid-droid tu semua. Mudahkan? " jelas Ejen Bakar. Satu tayangan video demonstrasi ujian dipaparkan di skrin gergasi tersebut.
"Cuma kena musnahkan robot je kan? Ada apa apa syarat ke? " tanya Boboiboy pula. Manalah tahu dah penat penat lawan eh tetiba ujian tak sah. Haa kang naya satgi!
"Tak ada peraturan. Kamu boleh gunakan apa sahaja cara dan teknik berlawan untuk kalahkan robot ni semua. Asal jangan serang kami yang dekat atas ni sudah" jawab Ejen Bakar bersahaja.
"Ok, korang berdua dah sedia?!"
"Sedia! "
Boboiboy dan Yaya menjawab yakin sambil memasang kekuda masing masing. Ejen Bakar menekan satu lagi butang, lalu muncullah robot robot dan dron MATA dari lantai arena mengelilingi mereka berdua.
"Dalam kiraan 3. 3....2...1..."
"MULA! "
THEETTT!!
Sejurus selepas siren berbunyi, Boboiboy dan Yaya memecut ke hadapan ke arah robot robot itu. Boboiboy dengan pedang berkembarnya dan Yaya dengan sarung tangan berkuasanya.
Boboiboy maju, menebas dan menetak setiap sasarannya tanpa sebarang masalah.
Tembakkan para droid dielak dengan mudah berkat latihan gila dengan Tok Kasa dekat Planet Quabaq dulu. Adakalanya, tembakkan mereka ditahan menggunakan pedangnya.
YOU ARE READING
MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fanfiction
FanfictionSetelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberikan cuti yang diimpi impikan. Dah dapat cuti apa lagi? Balik bumilah Namun, sesuatu yang tidak terjangka berlaku sebaik sahaja mereka tiba d...