Soo here is special chap for those yang rindu Baby Ali ucukk ucukk kitee~ enjoy§
.
.
.
"WAAAHHHH~✨✨✨✨"
Keempat-empat ejen ejen tekno menglilingi Ochobot dengan mata bulat bersinar sinar dan keterujaan tahap maksimum. Habis dengan Ejen Geetha sekali keliling Ochobot.
Ochobot pula dah sweatdrop menyorok belakang Cattus.
"Hai, aku Ali. Siapa nama kau? " sapa Ali mesra. Tangannya dihulur untuk bersalam.
Teragak-agak Ochobot mahu menyambut tangan Ali yang sedang bersinar sinar dengan eye-smile nya.
"Kau janganlah takut. Kitorang semua ni orang-orang baik je. Lagi lagi aku. Hehe~"
ujar Ali lagi masih dengan senyuman yang sama. Aishshhshs comellah Ali ni!Melihat Ali yang tak ada rupa macam Retakka kee Kapten Vargoba ke oh jap ada lah sikit Kapten Vargoba dengan Borara sebab sama sama merah /lol/
Tapi sebab Ali comel, Ochobot perlahan lahan menyambut tangan itu.
"Hi! N-nama aku Ochobot. Yang ni pulak, Cattus "
"Meoww~"
"Fuyoooooohhh! Cara dia jawab sapaan nampak natural gilerr! Naisuuu~" puji Khai dengan tagline iconik dia tu.
"Canggih giler rekaan dia ni" puji Bulat pula.
"Eh, Ochobot. Nak tanya boleh? Boboiboy ke yang cipta kau? " tanya Ali laju. Matanya bersinar sinar teruja.
Ochobot terkelat kelat tak tau nak kelentong macam mana. Tak akan lah dia nak cakap,
'Oh, aku ni power sphera ganerasi ke-9 yang diciptakan di Pulau Apung, berasal dari luar angkasa. Ada alien yang bela kuda botak gunakan aku untuk rampas kuasa 7 elemental daripada bekas kawan baik dia a.k.a kembar beza mak Voldemort. Lepas tu ada atuk aku namanya Klamkabot wasiatkan aku kuasa teleportasi dia, tapi dia dah mati sekarang. Adalah hulk warna merah bunuh dia time tu.'
Takkan lah kan?
"Er.. Bukan Boboiboy . Tapi 'Atok' jauh dia yang cipta aku " jawab Ochobot. Tak adalah tipu sangat. Yang cipta dia ialah Lansfera Kuasa,( sape tak ingat pi tengok balik BBBM 1. Yang bentuk macam CCTV tu) so atuk dia atuk Boboiboy jugak lah kan?
"Alahh.. Baru aku ingat nak tanya Boboiboy macam mana nak cipta robot macam kau. Aku pun nak R-O macam ni juga! " ujar Khai sedikit kecewa.
"Khaii~!" robot AI merah yang tersangatlah kiut itu pun berbunyi seperti setuju dengan tuannya.
"Ohh.. Jadi maknanya, Boboiboy lah tuan kau sekarang, kan? " teka Bulat.
Soalan itu membuatkan mata biru Ochobot menjongket.
"Ehh? Boboiboy bukan tuan aku. Boboiboy kawan Terbaikk aku! Kan Cattus? " balas Ochobot ceria. Cattus mengiau mengiyakan kata kata Ochobot.
"Kawan? Robot pun nak berkaw-uphm aduh! " belum sempat Bulat habis bercakap Ali awal awal dah pijak kaki dia sambil bagi death glare. Manakala Khai cepat cepat membelakangi Bulat lalu memberikan Ochobot satu senyuman manis.
"Kann? R-O ni pun kawan terbaik aku! Untung kau dapat diorang jadi kawan baik kan? " ujar Khai .
"Hmm! Betul tu! " balas Ochobot gembira.
Sementara itu Bulat diheret oleh Ali ke sudut bilik tekno itu.
"hishh! Apasal kau pijak kaki aku? Sakit tau tak? Kau dahlah pakai aeroboost! " dengan nada berbisik Bulat merungut sambil masih menggosok hujung kakinya yang berdenyut.
YOU ARE READING
MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fanfiction
Hayran KurguSetelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberikan cuti yang diimpi impikan. Dah dapat cuti apa lagi? Balik bumilah Namun, sesuatu yang tidak terjangka berlaku sebaik sahaja mereka tiba d...