MISI

2K 157 32
                                    

Beberapa minit berjalan, akhirnya kami tiba di hadapan sebuah ruangan. Namun, isi kandungan ruangan itu dilindungi dinding besi tebal a.k.a pintu lah apae korang pikir?

"Kita dah sampai.  Silakan masuk" jemput  ejen berkaca mata itu,  dengan tangan mempersilakan kedatangan kami.

Dinding besi itu automatik, terbuka ke ketepi mempamerkan kandungan yang dinding itu lindungi selama ini.

Sebuah bilik besar yang sangat canggih bertemakan moden. (amende aku ngarut nih) .. Sebuah meja berada menjadi pusat bilik tersebut.  Di sekelilingnya,  dihiasi dengan papan papan litar  dengan tema biru.

Di sebalik meja,  berdirinya membelakangi kami , seorang lelaki berjaket kulit hitam.  Rambut berjambulnya tersembul keluar dari kepalanya.  Uishh retro ah pakcik nih.

"Janeral,  saya bawakan laporan misi yang lepas" panggil Ejen Karya mengamit perhatian lelaki besar itu.

"Wuah~ nostalgia retro" dalam diam Gopal terlopong kagum.

Dengan misai lentiknya,  dengan rambut jambulnya,  dengan jaket kulitnya.  Mamma Mia~

"Iya,  Ejen Karya.  Terima kasih"

Uishhhh!!  Dengan suara dan loghat indianya!!  Kayak artis Hollywood!

Janeral yang baru menyedari kehadiran budak budak memandang mereka.

"Hmm...Karya, Siapa mereka yini? " tanyanya kepada Ejen Karya.

"Mereka ejen muda baharu,  Janeral Rama" jawab Karya sambil menunjuk ke arah kami yang tengaj buat peace.

"Ejen baru?  Kenapa saiya tak dapat apa apa informasi dari sesiapa? " tanya Rama dengan suara keras mengerutkan dahinya memandang kami lagi atas bawah. Uishh garang!  Takut mak!

Lima remaja itu sudah mula berpeluh.  Alamak,  macam mana ni?

"Hmm.. Cuba Janeral periksa semula? " cadang Karya. Ganeral Rama menyemak tablet di tangannya,  memeriksa sama ada,  terdapat info yang dia terlepas.

"Wey... Macam mana ni Gopal? " bisik Boboiboy kaget. Mampuslah kalau rahsia mereka terbongkar.  Mati katak je kalau kene tangkap satgi.

"Err.. Er.... " Gopal pun tak tahu nak buat apa.

Sedang memeriksa,  tiba tiba air muka Janeral Rama berubah pantas memandang kami dengan pandangan keras.

"Haa?!! "

Mengundang janeral rama rama di dalam setiap perut remaja remaja yang dah ceroboh hak asasi rahsia kerajaan ini.

'Mak,  ayah ampunkan dosa anakmu yinih~Yaya maafkan kanda tak dapat menikahimu sebelum ajal '

'Ya,  Tuhan~ bagi aku minum air hot chocolate Tok Aba sebelum kau amil nyawaku~'

' Bagi aku kawin dengan Ying dulu, aku tak terlalu popular untuk mati muda~'

Dah tau ah kot sape pov tiga ekor kat atas tu kan??

"Boboiboy- "

"Ya Saya! " sangkin terkejut,  anak Tomato-ehh.... Amato ni terlepas.

Janeral Rama buat muka.

"- Fang,  Gopal,  Yaya dan Ying" lelaki india bermisai lentik itu menyebut satu persatu nama mereka.  Aik?  Mana tau?

"Itu kamu semua? " tanya nya lagi.

"Ya,  Tuan Ganeral" balas kelima lima mereka serentak dengan tabik TAPOPS.  Dah terbiasa punya pasal

"Erk? "

Ganeral Rama menggeleng gelengkan kepalanya pening.

"Hmmp!  Saya sudah jumpa maklumat kamu. Perkenalkan,  nama saya Rama.  Janeral Rama.  " Rama memperkenalkan dirinya.

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now