"Wait.. Jap..jap.. Chotto matte kundasai! A... Ape semua ni? " Gopal orang pertama yang mendapat rasionalnya bertanya dengan terpinga pinga. Masih belum menghadam situasi sekarang.
Ok.. Tadi diorang masuk akademi ni, astu tetiba nampak bangunan yang macam baru lepas kena rompak, astu Ejen Bakar tertimbus batu, astu kena serang dua perompak misteri bertopeng putih, dan tiba tiba zombie Ejen Bakar yang disangka dah mati kene timbus pintu runtuh muncul tiba tiba melindungi perompak misteri tu. Astu bil elektrik baru lepas bayar, suasana terang dan ada ramai lagi ejen lain tengah dok perhati diorang dari atas.
......
Apa kejadahnya tengah jadi ni???!!
"Simpan dulu dengan soalan korang tu. Jom kita naik atas jumpa yang lain" kata Ejen Bakar menghentikan segala spekulasi yang bermain di fikiran Gopal. Dia menyembur sesuatu cecair ke arah dua perompak bertopeng yang dah melekat bersama tu.
Beberapa saat kemudian, cecair melekit tersebut muka mencair dan akhirnya membebaskan mereka berdua.
Geng Kokotaim mula membuka kekuda mereka.
"Janganlah risau. Ni Ejen Karyalah" ujarnya tenang seperti tahu apa yang mereka fikirkan.
"Aduhh.. Sakit belakang aku. Kaulah ni gemuk sangat, Fit! " Lelaki misteri bertopeng putih yang bisu tu bangun meregangkan tubuhnya. Jubah putih yang dipakai perlahan lahan berubah menjadi sut ejen inviso milik Ejen Karya.
"Ejen Karya?!! " terkejut besar kelima lima makhluk tersebut.
"Ergh... Jaga sikit mulut tu. Aku tough bukan gemuk! " giliran lelaki berhoodie merah itu bangun membersihkan sisa sisa cecair melekit di badannya. Baju hoodienya juga mula berubah menjadi satu sut ejen berwarna merah.
"Perkenalkan. Ini Ejen Fit" kata Ejen Bakar sambil menunjuk ke arah Fit yang buat muka.
"Haa dah jom naik"
Skipp... Naik tangga etc blahh blahh...
Sebaik sahaja tiba di bilik tersebut, terdapat ramai ejen ejen muda yang menanti kedatangan mereka. Ejen ejen dengan sut dan senjata masing masing.
"Boboiboy! " satu suara statik memanggil budak dino.
"Ochobot! Kau selamat! " Boboiboy membalas lega sambil mendakap erat Ochobot. Takkan lepaskan lagi.
"Hehe..aku dibawak naik atas ni. Aku tengok je korang dari sini dengan diorang semua" terang Ochobot gembira.
"Haihh.. Lain kali jangan buat aku risaulah, Ochobot! " Boboiboy membalas dengan suara yang dibuat buat marah.
" Mereka semua ni siapa Ejen Bakar? " tanya Fang. Rasa kekok pula bila berhadapan dengan ramai orang dalam satu masa. Semua mata memerhati mereka membuatkan Fang perasan dirinya begitu Popular!
"Haa.. Inilah kawan kawan baru kamu semua. Selamat berkenalan, nama saya Ejen Geetha, mentor bagi teras Tekno" jawab wanita india yang bersuara di mic tadi. Dia mengenakan sut merah putih laknasa kot makmal dengan rambut diikat satu dibawa ke hadapan.
"Kamu mesti dan berjumpa dengan Ejen Karya, mentor bagi teras Inviso.. "
Ejen Karya menunduk gaya ahli silap mata.
"Dan Ejen Bakar, mentor bagi teras Kombat"
Ejen Bakar tersengeh sambil angkat topi.
"Saya harap kamu boleh berusaha bersungguh sungguh untuk menyaingi kawan kawan kamu yang lain, memandangkan kamu baru sahaja masuk" satu suara garau dan tegas menarik perhatian. Dan suara itu datangnya daripada seorang lelaki yang agak rendah berkaca mata dan bersut kuning hijau.
YOU ARE READING
MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fanfiction
FanficSetelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberikan cuti yang diimpi impikan. Dah dapat cuti apa lagi? Balik bumilah Namun, sesuatu yang tidak terjangka berlaku sebaik sahaja mereka tiba d...