Balas (BEL) 3

1.3K 87 60
                                    

Slightes warning. Chapter ni akan ada sedikit ayat terbelit. Sila gunakan otak untuk membayangkan. okey enjoy~

.

.

.

Ali membuka langkah meneruskan larian. Peluh yang mengalir di dahi diseka. Sedaya upaya dia cuba menyamakan langkah lariannya dengan Rudy di sebelah. Destinasi mereka sama. Kembali ke base.Nafas pemaikai asal IRIS itu sedikit termengah memaksa dia berhenti seketika.

''Oi, Rudy! Berhentilah kejap!" panggil Ali kuat.

Rudy yang sudah beberapa langkah dihadapan terhenti lariannya. Ahli pasukannya dibelakang dijeling .

"Apa?"

"Berhentilah sekejap! Aku penat nih"

Rudy menggulingkan matanya.

"Dahlah kaki pendek, nafas pun pendek"

Rudy dijeling geram.

"Kau ni. Kalau satu hari tak bagi ayat-ayat cili ghost paper kau tu tak boleh ke?!" rungut Ali jengkel sambil menjegilkan biji mata ke arahnya. Tapi Rudy langsung tak terkesan.

"Siapa makan cili, dia rasa pedas. Kalau kau tak nak terasa cepat sikit meninggi. Apa funtion kau buat iklan susu Pedi*Sure Optiheigh* tu kalau kau sendiri tak sure pun optimumkan height kau?"perli Rudy lagi menembak tepat pada hati nurani Ali.

"Isk, kau ni tak boleh jujur lagi ke?" balas Ali geram. Ada aja nak menjawab anak landak ni!

Dengan penuh selamba Rudy menjawab.

"Oh,boleh. Mungkin kau dah bantut"

Zaaappp~ CRITICAL HITT!!! Rudy hanya membiarkan Ali menyendu di situ dengan bermacam-macam fikiran kenapa dia tak meninggi.

TTEEETTT!!

Bunyi siren yang kuat tiba-tiba mengejutkan mereka berdua. Ali dan Rudy bertukar pandangan sebelum mereka bergerak beriringan mencari punca bunyi siren kuat tersebut.

"Weh, Ali. Tu bukan ke bunyi siren tanda droid latihan dilepaskan?"tanya Rudy sangsi. Ali scan sekeliling kawasan itu seraya mengangguk mengiakan. Tak lama kemudian, dua ejen muda itu tiba di medan pertempuran menyaksikan perlawanan sengit antara kumpulan Alicia dan Gopal.

"Fuyooo! Diorang tengah lawanlah!"

Perlawanan antara dua kumpulan itu sangat sengit. Mika terus terusan menyerang dan menghancurkan setiap droid yang menyerang mereka. Fang dan Alicia bersaing sesama sendiri di mana, Alicia cuba menghampiri menara intel manakala Fang sedaya upaya menghalangnya. Gopal bersama Ejen Geetha menembak droid daripada mendekati mereka sekaligus cuba menghalang Bulat hilang daripda pandangan mata.

"Uishhhh... nampak gaya sengit betul diorang lawan" komen Ali sambil tekun melihat corak perlawanan kedua dua kumpulan. Tapi dia lebih tertarik dengan kelincahan Gopal mengelak setiap tembakan droid dan dalam masa yang sama headshot droid-droid tu. Tak ada satu pun serangan droid tu yang kena dia. Sempat dia memintas satu tembakan droid yang hampir-hampir mengenai Ejen Geetha.

"Boleh tahan budak gemuk tu. Nasib baik dia pandai jaga Ejen Geetha" komen Rudy pula. Ejen Geetha sudah bagaikan 'ibu' bagi setiap ejen muda di akademi. Sikapnya yang lemah lembut, prihatin tetapi tegas itu menjadikannya sebagai mentor kesayangan semua.Terutamanya Rudy yang sudah kehilangan kasih sayang ibu bapa sejak kecil.

Sedang asyik mereka berdua menonton , secara tiba-tiba IRIS mengeluarkan singal bahaya di visor biru ali membuatkan dia terbeliak.

''Elak!''

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now