"Baiklah, untuk hari ini, kami para mentor dah sepakat untuk uji kemahiran semua pelajar baharu dulu. Jadi pelajar lain, boleh duduk di sini dan tengok sahaja. " terang Ejen Leon sebaik sahaja mereka tiba di sebuah ruangan yang agak luas.
Ying dan Gopal juga berada di satu ruangan luas seperti dewan. Senang cerita arena yang lain. Tapi berbeza dengan Boboiboy dan Yaya, mereka berdua tidak dipisahkan.
"alahh.. Cuti-cuti pun nak kena uji jugak. Apa maksud cuti , kalau kau ada tusyen apa segala tu kan? " rungut Gopal malas.
Punyalah susah mereka nak dapatkan cuti daripada TAPOPS, tiba tiba terjebak dengan segala latihan ejen ni pulak.
Ying di sebelah sana menjelingnya tajam.
"Oi! Kita semua dekat sini sebab lu juga tau??! So tak payah nak banyak songeh sangat! " balasnya geram dengan ton perlahan. Takut ejen lain terdengar perbualan mereka. Gopal pulak dah tersengih-sengih bersalah.
Manakala di atas podium pemerhati, Ejen Leon baru sahaja selesai memancarkan hologram demonstrasi menandakan latihan akan bermula. Ying dan Gopal berdiri sedia.
"Baiklah, latihan kamu berdua hari ini ialah Latihan Strategi! "
Satu butang ditekan lalu sebuah meja petak keluar secara perlahan ditengah-tengah ruangan itu. Beberapa objek terletak elok di atas meja kelabu itu, manakala di hadapannya terdapat sebuah droid yang duduk di situ.
Gopal menghampiri meja itu sebelum terbelalak terkejut.
"Buah catur? " soal Ying aneh.
Ya! Di atas meja itu tersergam satu set lengkap catur hitam dan putih.
"Apa maksudnya ni Ejen Leon?? " tanya Gopal pelik. Kepala tak gatal digaru sekejap.
Jet, dah tersengih- sengih tengok dari atas. Roza di sebelahnya menyembunyikan senyuman sinis.
"Heh" Alicia terlepas tawa kecilnya sebaik sahaja melihat meja catur itu.
"Wahhh.. Ejen Leon guna ' Pressure Set' lah! Boleh tahan untuk latihan pertama budak baru ni! " ujarnya teruja.
"Kejam jugak Ejen Leon hari ni" ujar Roza pula selamba. Bubble gum berperisa oren di mulutnya diletupkan.
Ejen Leon sekadar memekakkan telinga dengan kata-kata pelajarnya. Diorang dah tahu, memanglah cakap macam tu. Ying dan Gopal di bawah yang tengah belek belek droid dan meja catur itu ditenung tajam.
"Latihan ni yang paling sesuai untuk pastikan tekaan Ejen Karya, benar"
Ejen Leon berdehem beberapa kali sebelum meneruskan penerangannya.
"Hari ini, latihan kamu cukup mudah. Kamu perlu berlawan catur dengan droid yang telah diprogramkan khas untuk sesi ini. Asalkan kamu menang, kamu lulus! Mudah!" terangnya sepatah dan sejelas mungkin.
"Lahh... Main chess je pun! Aku ni dulu wakil Catur Galaxy Bimasakti tau!! Jokertu pun kalah dengan aku! Heh! " kata Gopal dengan penuh bangga. Ying di sebelahnya sekadar menjeling menyampah.
"Sejak bila Jokertu main chess?? " bisik Ying jengkel.
"Disebabkan ini latihan pertama kamu, kamu dibenarkan untuk lawan berdua. "
Meja dihampiri, lalu Gopal terus duduk dihadapan droid putih merah itu dengan muka penuh yakin.
"Heh, aku sorang je dah cukup hancurkan robot durjana ni! Ying, kau boleh duduk tepi! " ujarnya dengan keyakinan setinggi Bruj Khalifa.
Ying dah menjeling entah keberapa kali dah.
Manakala Gopal meregangkan jemarinya.
"Jadi.. Kamu berdua dah sedia?? "
YOU ARE READING
MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fanfiction
FanficSetelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberikan cuti yang diimpi impikan. Dah dapat cuti apa lagi? Balik bumilah Namun, sesuatu yang tidak terjangka berlaku sebaik sahaja mereka tiba d...