Boboiboy Taufan POV"Yaya, cuba rasa ni sedap tak? " Boboiboy Taufan a.k.a habe dah dapat fusion yeayy a.k.a aku lah tu menyodorkan sebatang senduk yang melekat adunan biskut di atasnya ke arah Yaya.
Manakala Yaya yang sedang mencetak biskut menghentikan aktiviti nya. Adunan pada sendok itu dicalit sedikit lalu dimasukkan ke dalam mulut. Aku menunggu tindak balasnya dengan rasa tak sabar.
"Hmmp~ Sedapnya Taufan! " puji Yaya dengan mata bersinar. Aku pula tersengih gembira.
"Ehehe, terima kasih~" tersipu sipu anak Amato sorang ni.
"Kau dah makin mahir buat biskut sekarang. Taklah sehebat aku, tapi kau dah banyak meningkat. Tak sia sia aku ajar kau dulu, kan? Kan? " kata Yaya dengan senyuman bangga nya buat aku tersedak air liur.
Aku tersenyum plastik sambil cuba menahan ekspresi wajahku daripada nampak horror sangat.
"Ah-Haah! Thanks ajar aku dulu... " balas aku cuba berbunyi ikhlas.
Yaya menghulurkan pula adunan dohnya kepada aku.
"Nah, cuba kau rasa aku punya pula~" dengan suara dan muka dan senyuman innocent bersinar sinar, Yaya menghulurkan bekas adunannya.
Ah, sudah...
Walaupun muka Yaya bersinar bercahaya , tapi aku boleh nampak daripada doh biskut Yaya, doh itu membebaskan gas gas radiasi kematian berwarna hijau. Gas gas itu bergabung sesama sendiri lalu membentuk bentuk tengkorak.
!!!!Aaaaaaaaaaahhhhh!!!!
Tengkorak itu tiba tiba menjerit sebelum tengkorak itu hilang berkecai di udara.
Aku dengan wajah berkerut berpeluh peluh takut sedaya upaya mengekalkan senyuman plastik ni yang dah makin cair akibat jeritan gas tengkorak tu.
'MAMAA! TOLONGG ANAKMU INII!!'
Suara hati ku menjerit dengan tangisan air mata.
Aku perlahan lahan mengangkat tangannya separas muka menolak tawaran itu.
"T-ta... k tak apalah, Yaya. M-man..a mungkin aku mampu.. Na..k tandingi kesedapan b-biskut kau. Aku ni cuma beginner jee. Kau dah master~" aku menolak tawaran bunuh diri itu dengan penuh kesopanan seperti Boboiboy Sopan yang tersangat sopan daripada yang tersopan. Bro, aku masih nak tengok matahari lagi ni.
Yaya mula pout. Aku sudah berpeluh makin banyak. Aku tahu gerakan ni! Gerakan sama yang Yaya gunakan satu masa dahulu yang dah mengheret aku ke dalam bidang membuat biskut ni!
Gerakan yang sama yang dah menyebabkan Tok Aba paksa aku tolong dia.
Gerakan sama penyebab aku jadi Taufan hari ni..
Yaya membulatkan matanya, meletakkan tangan di bawah dagu, memandamg aku dengan sepenuh perasaan mengharap.
Itu dia!! ~Puppy Eyes Attackk!! ~
"Alaa cubalah. Aku nak tahu pendapat kau, kau rasa diorang suka tak biskut aku buat ni~" Yaya cuba memujuk lagi aku dengan puppy eyes attack dia tu. Bekas adunan diacukan betul betul di depan muka kacak terkacak ku ini.
"Aaaaahhhhhh~ Thorn, kau ke yang ajar dia nii??!!! " rintihku sendiri.
Aku terpaksa menoleh ke belakang memejam mata sekuat hati tak mampu menahan sinaran mata tu. Tak! Tak boleh! Aku tak boleh kalah lagi!!
Tidak lagi,bilamana kali ini, aku dapat lihat dengan sangat jelas, gas gas hijau itu berubah menjadi warna ungu, bergumpal lalu meletus membebaskan gas ungu gelap yang membentuk batu nisan dengan ukiran nama Boboiboy Taufan di atasnya~
YOU ARE READING
MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fanfiction
FanfictieSetelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberikan cuti yang diimpi impikan. Dah dapat cuti apa lagi? Balik bumilah Namun, sesuatu yang tidak terjangka berlaku sebaik sahaja mereka tiba d...