Nak Marah Tapi Kena Sabarrr

1.6K 121 63
                                    

     Buah catur Block hitam digerakkan dua kotak ke hadapan.  Tidak mengambil masa yang lama,  droid merah putih itu menggerakkan Queen tiga kotak ke kiri. Gopal berkerut gusar.

Nampaknya droid ni dah dapat baca rancangan perangkap Gopal.

Gopal menarik nafas dalam dalam.  Dia perlu kekal rasional walaupun keadaan sekeliling dia dah macam rumah Tok Aba bila semua Elemental Boboiboy keluar.

Tenang.... Tenang...

Zuupp!

Satu tembakkan leser betul betul melintas depan muka dia.

.

.

.

Tak!  Dia tak boleh tenang!

"WUHUHUUHUUU!!!  YINGGGGG!!!  Aku nak balikkkkk!! "

Ying yang tengah sedaya upaya melawan segala jenis robot yanuncul, mendengus geram dengan Gopal . Ni dah kali ke-396 Gopal merengek nak balik.  Dah berdarah telinga dia sebab Gopal je. 

Kaki empat persegi warna merah muncul lagi di kepala Ying entah kali ke berapa.  Gopal di pandang dengan senyuman palsu.

Nak marah~ tapi kena sabarrrrrrr

Nak maaaarahhh.... Tapi kena  saaabarrrrrrr

"Gopal~ baik lu berhenti  dan tumpukan pada game depan lu aah, supaya aku dan  lu dapat baLIK LENGKAP SEMUA ANGGOTA BADAN!!!!!"  marah Ying geram. Dah tak mampu sabar dah.

Disebabkan Ying terleka sebentar, sebuah busterdroid tiba- tiba muncul dihadapannya tak bagi salam.Ying terkejut terus melepaskan anak panahnya namun sayangnya ia tersasar ke sisi Busterdroid itu.

Al-hasilnya, muka gebu Ying makan penumbuk roket robot gemuk tu sampai terpelanting jauh.

"Adoiiiii~ wo de tou~ ( aduhh...kepalaku)"  Ying terlentang kesakitan.

"Deyy Ying!Macam mana kau tembak tu?? Panahlah betul betul!" Jerit Gopal di meja chess.

Aihh...ada jugak yang kena kerat 12 kejap lagi ni karang!

Ying pejamkan mata cuba mencari saki baki kesabaran yang masih setia dengannya. Fuhh~ rilek Ying. Orang selalu marah cepat tua.

"Ying!! Depan kau!"

Secara rifleks, Ying bergolek ke tepi sekali gus mengelak peluru balistik Alicia.

Ying merengus marah pada Alicia yang memandangnya dari jauh dengan senyuman di wajahnya.

"Hmm... boleh tahan kau ni"

Dalam masa yang sama, tanpa sebarang amaran, Gopal menembak ke atas kepala Ying membuatkan gadis itu terkejut beruk.

"Erghh!! Manusia terbang ni lagi!"

Jet dalam posisi menembak mencebik kerana gagal menembak Ying. Manakala Gopal buat muka marahnya sambil tolak bishop empat petak ke kiri.

''Ish, tajam betul mata si gemuk ni!'' rungut Jet kesal.

Selain daripada tembakan pertama awal-awal tadi, dia tak pernah berjaya daratkan walau satu serangan pada mereka berdua.

Sebab Gopal sentiasa dapat patahkan serangan tu. Entah ada mata celah mana dekat belakang kepala jejaka India itu, sentiasa nampak sahaja tembakan dia. Pastu siap sambil gerakkan buah catur pulak tu!

Heeey, hey,heey! Jangan pandang rendah instinct Gopal ni tahu??

''Ciss! Budak-budak baru ni boleh tahan hebat jugak'' dengus Jet geram. Peluru dia habis sebab Gopal je!

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now