Geng Kokotaim sudah kembali ke villa penginapan mereka dalam keadaan.... tak terurus.
Boboiboy terbongkang atas sofa dengan jaket dia di kepala. Yaya dan tersandar tak bertenaga. Rambut Ying dah serabai macam sarang burung dengan spek dia senget tepi. Gopal dah pengsan awal awal depan pintu masa nak masuk tadi. Fang pula.... dia je yang duduk dengan paling rasional dan bergaya atas sofa single. Btw, tangan kanan dia patah. Hohoho~
"Urghhhh!!! Ejen-ejen tu semua poyo!!! " Ying orang pertama bangkit dari pembaringan lantang menjerit penuh frustasi. Penumbuknya dikepal geram pabila teringatkan latihan tadi.
Boboiboy terus terbangun sebaik sahaja mendengar jeritan Ying.
"Weeyyyyyy!!! Iiiiiiyeeeee doeee!!!! Kau nak tahu tak, Ejen-ejen Kombat tu, manipulasi masa latihan aku dengan Yaya! Korang tau tak , kitorang lawan robot-robot tu dekat 1 JAM!! 1 JAM!! Penaattttt nak MATI!!!! " sokong Boboiboy meluahkan rasa tak puas hatinya.
.
.
.
.
Flashback ~
Ktang!!
Ktang!!Boboiboy menghalang tembakkan droid menggunakan bilah pedangnya. satu tendangan kuat dihantar melayangkan robot it ke dinding dan berkecai.
pant..pant..
''Haah..hah..hah...berapa banyak lagi robot-robot durjana ni ??!!'' Boboiboy mengeluh kasar sambil tercungap memperbetulkan pernafasan. Dirinya sudah lencun bermadikan keringat. Butir keringat yang mengalir deras di wajahnya diseka kasar.
''HAARGHHH!!!!''
DUSH!DUSH!
Boboiboy menoleh ke arah Yaya yang tak berhenti menghancurkan robot robot itu di seberang sana. Jelas kelihatan gadis itu kelelahan.
''Argh!'' DUSH!
Disebabkan dia terleka sekejap, satu tumbukan roket salah satu robot itu menghentamnya jauh sampai terlentang. Ni lagi satu! Awal-awal tadi semua robot kurus-kurus je! Mana pulak datang robot gemuk macam gergasi yang suka tumbuk orang guna tumbukan roket dia tu muncul?? Boboiboy terbaring kesakitan.Matanya mula tertutup.
Aku tak cakap eh 'BusterDroid' pun dikeluarkan oleh tiga ejen kombat tu Tak? My bad..
''BOBOIBOY!! Bangunn! Aku tau kau tak mati lagi!!'' jerit Yaya di sebelah sana.
Boboiboy mencebik dengan mulut muncung . Alahhh...bagilah aku rehat kejapp¬
''Yaya! Aku penatlaa! Kau tolonglah eh musnahkan robot-robot ni. Makaseh¬'' balas Boboiboy masih tak nak bangun walaupun segala jenis robot dan droid yang tak kunjung habis semakin menghampirinya.
Yaya mengetap geram dengan jawapan mamat tak matang bertopi dinosour tu. Tapi dia tak boleh salahkan dia, latihan ni sudah mengarut!! Dah 40 minit mereka berlawan dengan robot robot ini! MATA nak diorang mati kepenatan ke apa?
Skrin gergasi di dinding dikerling.
TIME : 00:41:56
BOBOIBOY - 493
YAYA - 482''OII!! Kalau kau mati, aku bagitau Tok Aba kau gagal paper Addmath Papazola minggu lepas!''
''Yaya!!''
Yaya mempedulikan Boboiboy.
Di Podium..
" Ermmm.. korang. Sudahlah tu.. Diorang dah penat. " kata Iman dengan wajah resah melihat Boboiboy dan Yaya yang struggel berlawan dari tadi.
YOU ARE READING
MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fanfiction
FanfictionSetelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberikan cuti yang diimpi impikan. Dah dapat cuti apa lagi? Balik bumilah Namun, sesuatu yang tidak terjangka berlaku sebaik sahaja mereka tiba d...