Teeeetttt!!
Bunyi siren yang bingit menandakan ujian sudah bermula. Robot robot berbentuk manusia itu mengeluarkan senjata mereka dan terus menembak.
Boboiboy maju. Satu droid menembak dari kiri, ditahan peluru tersebut menggunakan pedangnya, pedang di tangan kanan dilibas membelah droid tersebut.
Tiga droid mendekati dari belakang sambil menembak. Berkat ajaran jurus jurus aneh daripada Tok Kasa, setiap tembakan berjaya dielak dengan mudah dengan aksi akrobatiknya.
Dengan kepantasan kilat, dia melompat ke arah droid di tengah sambil melempar kedua dua pedangnya ke arah droid yang lain, droid tunggangannya diputuskan kepala dengan sadis. Kelihatan irisnya berkilau merah dengan ekspresi mengerikan. Haa maghohh punya pasal.
Manakala, dari atas, Ejen Karya, Fang, ,Gopal, Yaya dan Ying hanya memerhatikan segalanya.
"Pergerakan dia sangat pantas, dan mempunyi refleks yang hebat. Pengawalan dia terhadap pedang pedang berkembar tu pun sangat smooth dan berkemahiran. Seperti dia dah biasa menggunakannya. Bukan senang nak kawal pedang dengan kedua dua belah tangan. " komen Ejen Karya perlahan.
Disebabkan dia juga merupakan pengguna senjata pedang, jadi dia tahu bagaimana sukarnya mengawal senjata panjang tersebut. Sebab itu, senjata utamanya ialah kad. Kalau Satu tangan pun dah susah apatah lagi dua sekali gus!
"Aku yakin itu Hali" kata Gopal tiba tiba.
"Yeah, dan lepas ni mungkin kau pulak mangsa seterusnya" balas Fang pula sinis.
Dua lagi droid menyerang dengan cara menumbuk, namun dengan mudah, tangan robotik itu ditepis sebelum kepala kedua duanya dipenggal sadis.
Ujian baru bermula seminit, namun Boboiboy sudah berjaya menewaskan 20 buah droid. Namun begitu,masih banyak robot yang setia menyerangnya dari pelbagai arah. Takpe..lagi banyak dia boleh lepaskan marah.
Tembakan secara tiba tiba dari hadapan membuatkan dia berdecit jengkel.
"Tch! Robot ni dari tadi asyik tembak je tak berhenti. Menyusahkan betul! " omel dia geram.
Dia membuka langkah seribu ke arah kumpulan droid lain yang cuba menyerangnya. Dan seperti yang dijangkakan, tembakan itu tidak dihentikan, lalu kesemua kumpulan droid tersebut mati ditembak.
Tiba tiba satu idea muncul di benaknya. Dia meneliti segenap ruangan tersebut. Setelah dapat apa yang dicarinya, dia tersenyum penuh makna.
Tanpa sebarang amaran, remaja itu menghentikan lariannya, sebelum tiba tiba menjerit kuat.
"Woiiii robot Qu puteh!! Ribut PETIR nak mengamukkk!!!!!Hahahahahhaha!!! Cubalah serang akuuu!! Dasar robot takde otak!! " jeritnya dengan olokkan yang TiBe.
Penonton yang menonton semuanya terpana dan blank dengan tindakan mengejut budak Oren tu.
"K-kenapa dengan dia? " Ejen Karya bertanya dengan sweatdrop disambut dengan keluhan empat sekawan itu.
"Makin teruk budak ni" omel Yaya.
"Haih.. Lu punya pakwa makin TiBe lah Yaya" kata Ying dengan slack.
"Fang, mulai hari ni kau sahabat baik dia" ujar Gopal pasrah sambil pegang bahu Fang.
"Koko-Komata tak ade woiii!! " Fang menjerit dari situ mengejutkan Ejen Karya. Dah kenapa budak budak ni main jerit jerit??
Manakala di bawah, Boboiboy yang mendengar balasan daripada Fang tersenyum senang. Nampaknya mereka semua faham kod yang dijeritkan tadi.
Sekarang rancangannya boleh dimulakan. Dia menjeling 4 robot bulat kecil yang sedari tadi asyik terapung mengelilinginya dari pelbagai arah. Dia tahu itu merupakan kamera yang merakam pergerakannya di dalam ruangan ini. Sama ada untuk penilaian dan sebagainya, dia pun tak tahu.
Droid Qu Puteh a.k.a Droid tembak tak berhenti tu, meangangkat senjatanya lagi. Dengan kelincahannya, Boboiboy membawa tembakan droid tersebut ke arah dua daripada robot bulat pemerhati itu. Pedang di tangan kanannya dilempar kuat berputar sehingga menghancurkan dua robot bulat yang berbaki.
Ejen Karya yang khusyuk melihat ujian tersebut, tiba tiba merasai satu tangan menyentuh bahunya. Dia menoleh hanya untuk mendapati, seorang remaja india memandangnya dengan wajah simpati.
"Ejen Karya. Saya laparlah. Ada kafeteria ke kantin ke kedai mamak tak dekat sini?? " tanya Gopal dengan penuh keinnocenant. Ejen Karya memandangnya dengan pandangan yang....
''Haa??? Kafe?''
Boboiboy POV
Ekor mataku menangkap kelibaat Ejen Karya yang berpusing mebelakangi aku membuatkan aku tersenyum segaris.
" Tak taulah apa korang tanya Ejen karya tapi terima kasih sebab dah alihkan perhatian dia sekejap"
Fokus kembali dialihkan ke depan semula menghadap robot robot yang bersedia menyerang aku bila bila masa. Walaupun hanya untuk sesaat, tapi itu dah cukup bagi aku.
''Lets destroy!!''
Litar litar kilat merah mula terpercik dan berkumpul di kedua belah kakiku, badan dibongkokkan sedikit ke hadapan gaya orang bersedia untuk memecut.
''Pecutan Kilat! ''
SShhizzzzgggzztt!!!-
Dalam satu pancaran glicth merah, kesemua droid droid dan dron yang masih tersisa, hancur berkecai dan meletup dalam sekelip mata .
BBOOMM!!
KABOOMM!!
SSrrzttt- BOOMM!!
Bunyi letupan tersebut menarik perhatian Ejen Karya dan dia menoleh terkejut hanya untuk melihat pemandangan susuk seorang Boboiboy sedang berdiri megah dengan pedang di kedua dua belah tangannya, dikelilingi oleh
timbunan droid dan dron yang sudah rosak dan berkecai.Dari bawah in, aku mendongak menyambungkan pandangan aku dengannya yang agak terpana. Aku menghadiahkannya segaris senyuman manis.
''Sayaaaaaa dah selesai, Ejen Karya!'' jeritku dari bawah mengundang senyuman 'release'nya. Satu helaan nafas dilepaskan lembut.
''Terima kasih, Ejen Boboiboy'' balasnya dengan senyuman yang masih belum pudar. Nampaknya MATA dapat seorang lagi ejen muda yang menjanjikan kecemerlangan.
End POV...
Kedatangan budak dengan topi dinosur orennya disambut gembira oleh rakannya yang lain.
''Uihhhhhh~ Mamber aku dah jadi ejen ah~'' usik Gopal sambil menyenggol bahu Boboiboy.
''Ishh, kau ni Gopal" Boboiboy membalas dengan senyumannya.
Ejeen Karya mengukir senyuman,
"Baiklah, siapa pula seterusnya?" suara Ejen Karya melontar soalan menghentikan sesi menyerabaikan topi Boboiboy.
"Saya"
Fang melangkah ke hadapan penuh yakin dengan senyuman sinis terukir di wajahnya.
YOU ARE READING
MISI : Boboiboy X Ejen Ali Fanfiction
FanfictionSetelah berbulan bulan bertugas di stesen TAPOPS, akhirnya, kelima lima orang penjaga power sphera diberikan cuti yang diimpi impikan. Dah dapat cuti apa lagi? Balik bumilah Namun, sesuatu yang tidak terjangka berlaku sebaik sahaja mereka tiba d...