*Seminggu sudah berlalu*
Bila sudah masuk bulan baru ni, alhamdulillah kes yang firma guamannya kendalikan agak masyuk. Ramai yang datang meminta mereka menegendalikan kes mereka. Tidak kisahlah bayarannya kecil atau besar, Mikael dan Sofiya sudah sangat bersyukur pada rezeki Allah itu.
"Cik Mikael, petang nanti Puan Zarith dah set appointment untuk berbincang dengan cik."
Mikael yang baru sahaja menyiapkan hujah yang bakal dibawa ke mahkamah lusa hanya menganggukkan kepala sahaja. Dia penat sangat hari ini. Dari pagi sampai pukul sebelas setengah baru selesai berjumpa dengan HH Holdings. Ada mesyuarat dengan Lembaga pengarah syarikat yang dikendalikan oleh Haji Hashim. Dia sangat kagum dengan orang-orang hebat seperti Haji Hashim. Walaupun berharta tetapi tak pernah sekali pun tunjuk perangai kekwat! Down to earth!
"Dia datang sini atau saya yang perlu reach dia?"
Dalam hati berdoa sangat agar Puan Zarith itu akan bertandang ke firmanya petang nanti. Tak larat woi nak menghadap pemandu-pemandu atas jalan raya nanti!
"Dia datang sini."
"Noted, thanks."
"Welcome Cik Mikeal."
Dian fahamlah kalau dah sepatah-sepatah cik bossnya jawab, itu tandanya Mikael Zahra bukan dalam mode 'jom kita bertepuk-tampar bergurau senda!' Silap hari bulan, ada yang makan penampar Mikael Zahra binti Megat Yusof!
*Selesai solat zohor – Puan Zarith sudah bertandang*
Knok knok
"Yes?"
"Puan Zarith dah sampai..."
"Minta dia tunggu dalam meeting room, few minutes nanti saya masuk."
"Okay, baik."
Lincah tangan melilit tudung dan mengemaskan kemeja kelabunya yang sedikit terangkat itu. Selesai menelek imbasan wajahnya di cermin Panjang, Mikael Zahra mula mengambil beberapa peralatan yang harus dia bawa bersama.
Buku nota dan pen hitam berjenama Parker yang terukir initial-nya sudah dibawa bersama bagi mengambil catatan setiap fakta yang dikongsikan oleh clientnya sebentar nanti.
"Bismillah..."
Kaki kanan mula melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat dan senyuman sudah terukir di bibirnya. Manis.
"Assalamualaikum puan, maaf sebab terpaksa tunggu saya."
"Waalaikumussalam. Tak apa, Cik Dian tadi dah beritahu saya lepastu dia siap hidang air untuk saya."
Selepas bermanis kata, jadi mulalah sesi 'korek dan luah' segala masalah yang terbuku di hati client. Untuk menjadi seorang peguam yang baik, perlulah ada beberapa 'skills' antaranya, kebolehan atau kemahiran menyoal, mendengar, dan mencatat. Semasa sesi menyoal atau menemu duga client, ada empat jenis soalan yang harus disoal oleh peguam iaitu soalan terbuka, soalan tertutup, soalan mencungkil dan soalan menyemak. Ini semua sangat penting bagi mengelakkan salah faham dan bagi memastikan kesemua fakta adalah cukup serta lengkap.
"Boleh saya tahu kenapa puan datang berjumpa saya hari ini?"
"Saya nak minta cerai dengan suami saya puan."
"Cuba Puan Zarith cerita dekat saya masalah utama yang membuatkan puan sampai nak bercerai."
"Saya tak tahulah macam mana nak cakap tapi saya dah tak tahan sangat nak hidup dengan lelaki perangai macam binatang. Dia main perempuan belakang saya bila saya tanya dia nanti mulalah dia naik tangan dekat saya. Kalau tak main kayu tiga, dia main dadah pula!"
Sambil bercerita, Mikael nampak tubir mata Puan Zarith sudah sedikit berkaca.
"Saya bukan tak sayang dia tapi saya tak tahu macam mana nak tahan lagi dah. Dia jadi macam ni bila saya tak boleh bagi dia anak. Sebelum ni dia janji untuk hidup dengan saya dan terima saya. Tapi entahlah puan. Saya sendiri agaknya memang gagal jadi isteri terbaik untuk dia..."
Air jernih mula mengalir ke pipi Puan Zarith.
"Bila puan disahkan tak boleh mengandung? Lama dah ke?"
Hanya anggukkan sahaja menjadi jawapan.
"Ada apa-apa lagi yang suami puan buat dekat puan selain ada perempuan lain dan pukul puan?"
"Saya malu sangat nak cakap dan berkongsi..."
"Puan jangan malu dengan saya. Saya kena tahu semua benda yang puan hadap untuk memudahkan urusan puan. Saya nak bantu puan, jadi puan kena percaya dan ceritkan semua dekat saya..."
"Entahlah, bila dia rasa nak sentuh saya dia akan sentuh saya tapi bila dia rasa tak nak sentuh saya dia biarkan saya macam gitu aje. Kadang tu memang lama dia tak sentuh saya puan. Pernah dalam dua hingga tiga kali dia paksa saya untuk layan dia sedangkan saya dalam keadaan tidak suci – haid."
Diam dan hanya bunyi sedu sedan Puan Zarith yang memenuhi ruang sederhana besar itu.
"Lepas itu dia boleh cakap dia jijik dengan saya. Lepas dia layan saya macam tu dia boleh cakap macam tu dan terus tinggalkan rumah berhari-hari."
Mikael Zahra hanya tahan sahaja perasaannya. Ikutkan hati dia mahu sahaja sama-sama nangis. Biar nangis secara berjemaah! Tapi dia harus kuat dan tidak boleh nampak sangat dia pun sama-sama beremosi! Melebih pula nanti dan kesian nanti Dian nak kena sediakan stok tisu kotak secara extra!
"Puan pernah minta cerai sebelum ni?"
"Pernah, banyak kali tapi dia masih tak nak lafaz."
"Saya rasa jalan terbaik untuk puan, kitab oleh mohon fasakh dekat mahkamah Syariah tapi saya nak tahu puan ada buat report semua untuk setiap apa yang suami puan buat dekat puan?"
Nampak anggukkan kepala Puan Zarith membuatkan Mikael Zahra lega! Lagi mudah urusannya nanti.
"Saya ada buat report polis dan juga medical report setiap kali dia layan saya macam tu. Saya pun ada snap gambar lebam semua puan."
"Jadi kalau betul puan nak teruskan dengan penceraian, saya boleh bantu. Puan nak saya wakilkan puan atau puan uruskan sendiri cumanya saya sediakan beberapa dokumen dan selebihnya puan uruskan."
"Saya harap puan boleh wakilkan saya. Apa-apa Puan Mikael just notify saya."
"Kalau macam tu, nanti saya buka file dan saya nak IC puan untuk kita buat copy."
Selesai membuat bayaran pendahuluan mereka berdua mula menapak keluar dari bilik mesyuarat.
"Ingat ye puan, esok pagi dalam pukul 9 pagi jumpa saya dekat mahkamah Syariah untuk pembacaan wakalah. Mahkamah Syariah level empat."
"Inshaallah, terima kasih banyak Puan Mikael."
Hampir dua jam juga perbincangan dengan Puan Zarith tadi.
YOU ARE READING
SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]
Historia Corta"Unfortunately, there is no room available at this moment..." Habis sekarang aku nak kena tidur bawah kolong ke tidur tepi mahkamah? - Mikael Zahra Keadaan yang mendesak dirinya membuat kerja gila yang memang orang gila pun tak terfikir nak buat! ...