10

1.9K 164 4
                                    

Tak sangka, sebabkan pertolongan kecil yang Mikael Zahra hulurkan, Kak Latifah ingin menggunakan khidmat guamannya. Mikael Zahra akan menyediakan beberapa dokumen yang sepatutnya Kak Latifah perlu ada untuk urusan sewanya itu. Senang kalau ada black and white, kalau terjadi apa-apa, dia boleh sahaja membawa hal ini ke mahkamah atau tempat-tempat yang berautoriti.

...

"Kak, ni saya bayar harga sewa bilik saya seminggu tu dan ini pula saya bayarkan duit sewa tiga bujang tu untuk bulan ni anddd lebih ni untuk akak. Sebab akak percayakan saya. Akak sanggup tolong saya walaupun apa yang saya minta akak tu berat sangat..."

Kak Latifah segan bila Mikael Zahra membayarnya lebih.

"Kamu simpan jelah yang lebih tu. Kamu pun tolong akak settlekan masalah tadi Mikael..."

"Small matter kak! Dah, akak simpan je duit lebih ni. Bagi anak-anak akak guna untuk perbelanjaan sekolah."

Kak Latifa ni gigih mencari rezeki walaupun dia sudah kehilanggan suami tersayang, tapi Kak Latifah memang cekal walaupun status ibu tunggal tersandang dibahunya.

"Kalau taka da apa-apa masalah, esok saya keluar. Terima kasih sekali lagi kak..."

Mereka berdua berpelukan sebelum berpisah mengikut Haluan masing-masing.

...

*di rumah sewa bujang*

"Wowww sedapnya bau!!!"

Bergema suara Riz dan Adam petang itu. Mikael Zahra yang sibuk menyediakan pinggan untuk mereka berempat gunakan sebentar nanti untuk makan malam.

Mikael Zahra sudah memesan nasi briyai berlaukkan kambing kurma dan ayam masak merah kegemarannya. Tanda menghargai mereka bertiga yang sudi menerima dirinya walaupun pada hakikatnya mereka tidak tahu siapa dirinya yang sebenar.

"Makanlah, aku beli dekat kedai yang femes tu. Ramai juga beratur tadi masa beli..."

"Terima kasih Mikael! Macam tahu-tahu je aku teringin nak makan briyani! Sayang kaulah bro!"

Riz sudah sedia ingin memeluk Mikael Zahra. Adam dan Zahrain paling kuat menghalang perbuatan Riz.

Kenapa Adam pun turut menghalang Riz? Kalau Zahrain tu fahamlah sebab dia tak suka ada orang lain dekat dengan Mikael Zahra!

...

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now