21

1.7K 136 1
                                    

*Rahsia terbongkar !!! – imbas kembali*

"I rasa Mika macam ada sorok something daripada I. Dia macam tercekik cicak bila I tanya dia tiap kali pasal Melaka."

Sofiya mula bercerita pasal Mikael Zahra kepada tunangnya (ni sebelum Sofiya dan Adam berkahwin, oki)

Adam pun ha mulut boleh tahan macam Bawang Rangers! Main sembur semua benda tanpa ada lapik. Sofiya taklah marah Cuma dia terkejut.

"Gila betullah Mika ni. I ingat gila dia masa dalam court je rupanya terbawa-bawa! Eii nasib baik dia tak masuk rumah yang lelaki semua perangai jahanam! You tolonglah tengok-tengokkan si Mika tu."

Adam pun jarang ada dekat rumah. Dia ada dekat rumah pun 2 hari sahaja. Hari pertama Mikael masuk dan hari terakhir Mikael keluar daripada rumah sewa mereka.

"Tapi you jangan cakap I cerita dekat you!"

Sofiya hanya mengiyakan sahaja, tahu pula takut lepas dah sakan bercerita! Hehe. Dia tak tahulah apa yang Mikael Zahra fikirkan, tapi kalau dia pun silap-silap buat benda sama macam Mikael. Dah terdesakkan...

Kurang asam keping betullah Adam ni! Hahaha tapi ada bagusnya juga Adam cakap jujur dekat Sofiya. Tidaklah Sofiya fikir yang bukan-bukan nanti kan bila dapat tahu?..

*Lepas membawang dengan Adam*

"Patutlah bukan main senyap Mikael ni! Selalu dia bukan main sakan share hotel-tour dekat aku! Eii budak ni memang patutlah orang cakap dia ikut kepala sendiri! Patutlah ramai lawyer lain tak berani nak aci redah bila lawan dengan budak sorang ni!"

"Gila lain macamlah kawan aku sorang ni!"

Memang biasalah kalau dengar junior lawyers atau lawyer yang sama level ni takut kalau dapat tahu mereka akan lawan Mikael Zahra! Mikael kalau dekat mahkamah memang orang tabik! Lagi-lagi kalau sesi crossing! Memang kaw-kaw pihak lawan Mikael kena tiaw masa cross-examination! Soalan gila babas power! Sebabtu Sofiya gelar Mikael Zahra sebagai Lawyer Gila Cross.

Pernah juga dia saksikan sendiri saksi pihak defendant terus terkucil nak klentong! Daripada elok pung-pang-pung-pang terus terdiam dan tergagap! Pengakhirannya memang pihak plaintiff lah yang menang!

"Hmm tapi macam manalah dia boleh bawa gila dia tu sama-sama pergi Melaka!"

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now