22

1.6K 136 1
                                    

*semasa makan malam - present*

"Assalamualaikum. Maaf Fiya lambat, tadi tunggu Mika solat dekat office."

Sofiya ni memang layak dah jadi isteri dan mungkin tak lama lagi bakal jadi Tokoh Isteri Mithali. Yelah, memang lemah lembut sahaja suaranya bila bercakap dengan Adam.

"Fiya, cubalah kau cakap dengan aku dengan tone suara macam tu! Mesti lapang dada aku tiap kali dengar kau cakap. Ni tak, berdesing aje telinga aku bila dengar kau memetir!"

Sofiya jengilkan matanya kepada Mikael Zahra. Selamba aje kutuk member!

"Kau memang kawan sejati dunia akhiratkan Mika! Kutuk aku tak pandang kiri kanan atas bawah depan belakang!"

Mereka sama-sama ketawa termasuklah Zahrain. Mikael lupa pula kehadiran lelaki yang pernah meluahkan rasa hatinya semasa di Melaka tempoh hari. Cuma waktu itu Zahrain ingat dia sedang meluah rasa kepada 'kekasih haram'!

"Aikk diam pula mulut bertih jagung kau tu Mika. Tadi rancak sangat bercakap ni bila Zahr ada diam pula, habis modal atau kau malu eh?"

"Eiii! Apa malu-malu pula ni. Aku dah habis cakap jadi aku diamlah. Nabi pesan, lebih baik diam daripada berkata-kata."

Mereka bertiga sambung ketawa kembali bila mendengar ayat nak menyelamatkan diri Mikael Zahra binti Megat Yusof.

Mikael kalau boleh tak naklah Zahrain nampak sisi dirinya yang suka merepek itu! Biar dia nampak sisi dirinya yang selalu dia tayang bila dengan client. Professional!

Sedang rancak berborak, pelayan kedai datang bersama-sama menu.

"Maaf tunggu lama, ramai sikit orang waktu macam ni. Ni menunya, nanti bila dah ready, boleh panggil saya."

Tak lekang dengan senyuman adik pelayan itu. Sejuk juga hati bila melihat senyuman pelayan. Tak jadilah nak baham manusia untuk makan malam hari ini.

"Kita order nasi putih, sotong goreng tepung, ketam masak salted egg..."

The list goes on, kalau Sofiya yang order memang Mikael Zahra onz sahaja tiada objection! Selera mereka sama sahaja!

"Zahr kau nak tambah apa-apa tak?"

...

"Hmm kita tak order sayur lagikan? Kita order kailan ikan masin nak?"

"Okay je tapi kena order kalian belacan untuk Mika, budak ni tak boleh makan ikan masin."

Mikael Zahra hanya tayang sengih. Iyelah, nanti ada yang tergaru-garu bila yang lain tengah sedap mengunyah!

Selesai pelayan mengambil order mereka semua, Zahrin mula buka 'panggung'.

"Awak tak makan ikan masin?"

Zahrain mula menyoal, sebab macam sama sahaja dua-dua Mikael yang dia kenal.

"Ha haah tak makan nanti naik rashes banyak..."





P/s: Haaaa, dah nak kantoi ke macam mana ni????

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now