6

2K 172 8
                                    

Pukul 7.30 malam Mikael Zahra sudah tidak betah terperap dalam biliknya. Dia haus dan terlupa untuk membawa naik air mineral Evian bersaiz besar ke bilik. Jadi dia harus turun ke bawah lah juga.

"Hoodie checked; socks checked."

Nampak rumah macam sunyi semacam. Jadi Mikael Zahra taklah keluar macam pencuri sangat. Masih biasa. Tapi deria baunya menangkap bau enak dari arah dapur.

"Mikael, jomlah makan sekali. Aku masak lebih ni."

Suara Zahrain memenuhi gegendang telinganya.

Manis sahaja Zahrain saat itu. Tapi manis itu hilang bila terfikir balik yang mereka sekarang hanya berdua sahaja di ruang makan itu.

Zahrain dan Mikael masing-masing tengah berperang dengan perasaan sendiri. Mikael tengah gubra kalau-kalau penyamarannya terbongkar manakala Zahrain pula sedang menahan jantungnya daripada meletup bila berdua dengan 'lelaki' bernama Mikael Yusof itu.

Mikael Zahra atau Mikael Yusof itu kelihatan sangat menawan di matanya. Tak puas dia mahu melihatnya.

Adam dan Riz tiada dirumah. Riz sudah balik ke Rembau sebab cuti mid-semester sudah bermula sejak semalam. Manakala Adam, terpaksa ke Singapore sebab ada hal yang perlu diselesaikan – hal berkaitan dengan kerja mereka.

Jadi tinggallah Mikael dan Zahrain berdua.

"Err... tak kot. Aku turun ni sebab nak ambik air tertinggal je."

"Kau dah makan dah ke?.. ha tak apalah kalau dah makan."

Mikael Zahra rasa bersalah pula bila menolak perlawaan lelaki itu. Pinggan dan cawan juga sudah tersedia di atas meja. Jadi, dia kena makan jugalah tanda menghormati Zahrain.

'Kau makan lekas-lekas lepastu ciao naik ataslah. Senang!'

Hatinya berkata.

"Bolehlah bro. aku makan juga..."

Zahrain tersenyum apabila Mikael semakin mendekat.

'Kau nak kena sambar petir ke Zahrain?!'

'Kau Tarik balik senyum kau sekarang, sebelum walid dengan umi siat-siat mulut kau!'

Mikael terlebih dahulu menyedokkan nasi buat Zahrain dan kemudian untuk dirinya. Yelah, orang dah masak, kita kenalah tolong apa yang patut!

Masing-masing diam. Fokus pada makanan.

"Sedap kau masak bro!"

Memang sedap pun Zahrain masak. Layaklah kalau nak jadi calon menantu Megat Yusof dan Soraya. Mesti terus pass ni!!!

"Ohh biasa je ni... kau lepas ni dah nak naik ke?"

"Ha haah..."

"Ohh ingat nak ajak main Ps-5; FiFa."

Game yang paling Mikael Zahra tak reti main! Ajar banyak kali pun, dia masih benak nak faham. Dia tak minat main permainan video itu kecuali The Sims. Itu kalau dah start main, sampai sudah tak berhenti.

P/S: Nanti aku edit balik part ni, bye!

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now