9

1.9K 158 7
                                    

Masuk sahaja waktu magrib, Mikael Zahra ingin mengangkat takbir bagi memulakan ibadah wajib itu. Tapi tertangguh bila Zahrain mengetuk pintu biliknya. Huishh kalutlah member! Dah lah lengkap bertelekung berjenama Siti Khadijah, takkannya dia nak menghadap Zahrain dengan keadaan begini!

"Ye Zahrain, kenapa bro?"

"Aku nak ajak berjemaah. Jomlah."

...

'Mamposlah kau Mikael Zahra Megat Yusof!'

...

"Err, tak kot bro. Aku prefer solat sendirilah, tak biasa Jemaah ni..."

...

"Hmm okaylah kalau macam tu. Nanti lepas solat, kita soruuuu..."

"Okay bro!"

...

Sesampai sahaja di depan restoran Asam Pedas Power, Mikael Zahra sudah teruja yakmat! Tapi perasaan itu sedikit berkurang bila pelayan lelaki yang berbadan kerempeng itu mengeluarkan satu statement panjung kepala!

"Kawan abang ni macam saya pernah nampaklah tapi versi perempuan! Akak tu cantik bang kalau abang nak tahu... ha senang cakap kalau abang nak tengok rupa akak yang saya cakap cantik tu, abang tengok muka kawan abang ni. Sama gilerrr!"

Member tengah sedap menghirup air jus tembikai campur susu itu tersedak! Air boleh pula terkeluar melalui hidung! Dasar tak civilised punya hidung!

Zahrain lantas mengusap lembut belakang Mikael Zahra. Tindakan reflex itu malah membuatkan Mikael Zahra maki tidak selesa! Kalau boleh balik saat itu juga memang sudah lama dia balik tinggalkan kedai makan itu!

"Slowly."

Lembut sahaja suara Zahrain. Pipi Mikael Zahra sudah sedikit membahang. Dia rasa macam terbang sampai kayangan bila Zahrain berkata lembut begitu dengannya.

'Ha bolelah balik annti, hantar rombongan meminang anak teruna sorang ni!'

Rancak mereka berdua berborak. Banyak benda dan Mikael Zahra suka cara Zahrain melayan bualnya. Semua benda boleh diajak berbual. Tak bosan macam lelaki lain!

"Pergi toilet kejap bro..."

Zahrain hanya mengangguk sahaja. Sambil menunggu Mikael Zahra pulang dari tandas, telefon milik teman serumahnya itu berbunyi dengan caller ringtone yang typical untuk pengguna telefon pintar berlambang buah yang dimakan tak habis itu!

Dua kali pemanggil bernama Dian Sho Cute itu tertera. Zahrain rasa macam nak tanya terus sahaja siapa dan kenapa menelefon Mikael Zahra. Tapi dia asih tahu batasnya.

"Tadi, ada orang call. Twice."

"Ohh ok, let me check who is calling me... thanks for informing me Zahrain."

Nampak sahaja nama Dian Sho Cute, lantas dia meminta izin untuk menelefon Kembali si P.A terperasan comel! Ada ke patut save nama sendiri macam tu dekat telefon bos? Haha...

Lama juga dia meninggalkan Zahrain sampai sahaja di meja, makanan sudah terhidang.

"Nanti saya call awak balik... iye take care juga! Don't miss me and don't do any ridiculous things, kalau tak siap eh no cincalok for you! Bye Assalamualaikum..."

Hampir sahaja nak bercantum kening Zahrain bila dengar bukan main mesra suara Mikael Zahra dengan Dian itu!

Cemburu ke bang?

...

"Thank you Zahrain sebab belanja dinner! Kenyang gilaaa."

"Alhamdulillah..."

"Oklah aku naik atas dulu. Esok aku kena kejar due date. Assalamualaikum and good night..."

"Good night too Mikael."

...

Isnin dan Selasa memang hari wajib di mana mahkamah akan sesak! Selalunya memang begitulah gamaknya, banyak perbicaraan akan berlangsung pada 2 hari itu. Kalau nak lengang, boleh pergi mahkamah hari rabu ataupun khamis. Tapi apakan daya memang dah tarikh perbicaraan untuk kesnya jatuh pada hari Isnin, nak buat macam mana...

"Dengan ini saya dengan rendah diri ingin meminta mahkamah yang mulia ini untuk...."

...

"Pihak mahkamah mendapati bahawa Plaintif di dalam kes ini tidak bersalah dan Defendan perlu membayar ganti rugi kepada Plaintif sebanyak RM230,563.56."

...

"Alhamdulillah, terima kasih Puan sebab bantu saya. Saya terhutang budi sangat dengan Puan!"

Mikael Zahra hanya mampu tersenyum sahaja sebelum dia meminta diri untuk menyelesaikan beberapa perkara. Dia tak sangka pula akan habis awal sehari. Ingatkan akan tetap habis pada hari Selasa, tapi semuanya sudah selamat. Lega!

Dia harus cepat-cepat menyelesaikan pembayaran rumah sewanya dengan Kak Latifah.

"Assalamualaikum kak, Mikael ni... jumpa dekat Old Town White Coffee boleh?"

"Boleh, boleh. Nanti akak dah sampai akak roger awak..."

...

Mikael Zahra sudah memesan mee kari dan ice chocolate. Menu yang paling dia suka kalau makan di kopitiam itu.

Keadaan yang tak berapa nak sibuk itu sedikit sebanyak melegakan kepala Mikael Zahra yang sudah pening-pening lalat. Sebab perut kosong, jadi mulalah tanda-tanda awal dia akan diserang gastric tu! Jadi dia harus makan dengan adar segera.

Sambil tunggu Kak Latifah sampai, Mikael Zahra leka bermain dengan telefon pintarnya. Jarang-jarang dia ada masa hendak melayan social media, jadi dia harus manfaatkan masanya yang ada sekarang ini.

...

Zahrain yang segak berbaju kemeja putih dan di padankan dengan seluar slack berwarna light grey itu masuk ke dalam kopitiam yang menjadi pilihan Adam. Katanya teringin nak pekena kopi di kedai makan itu. Dah macam wanita mengandung pula sepupunya itu!

Selang beberapa meja darinya matanya tajam melihat raut wajah yang persis dengan seseorang. Tapi dia kurang jelas sebab ada dinding yang menghalang penglihatannya.

Dia malas nak kepoh-kepoh jadi dia biarkan sahaja. Mungkin bayangannya sahaja kot? Angau teruk kau dengan Mikael Zahra tu ye Zahrain? Haishhh...

...

Kak Latifah memaklumkan yang dia tidak boleh datang berjumpa dengan Mikael Zahra kerana ada masalah yang timbul. Salah seorang penyewanya buat perangai! Dah namanya peguam, jadi semua benda dia cuba nak selesaikan. Lagipun Kak Latifah sudah banyak sangat membantunya, jadi apa salahnya dia tolong Kak Latifah menyelesaikan masalahnya dengan penyewa sorang itu.

Cepat-cepat Mikael Zahra menghabiskan makanannya dan dia pergi meninggalkan kopitiam itu. 

SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]Where stories live. Discover now