Zahrain laju sahaja bersetuju!
"Okay, set! Aku bawa kau makan asam pedas lah esok nak?"
Anggukan kepala Mikael menjadi jawapan untuk pertanyaan Zahrain. Tidak betah lama-lama di bawah berdua dengan Zahrain, Mikael Zahra meminta izin untuk naik ke biliknya. Jangan lama-lama nanti banyak pula Zahrain Berjaya korek daripada kau!
Masing-masing naik ke bilik sendiri dengan perasaan yang berbeza. Sorang terasa sangat Bahagia dan sorang lagi rasa bersalah sangat saat ini.
...
Telefon pintar milik Zahrain bergetar tanda ada panggilan masuk – umi.
"Assalamualaikum, Zahr..."
"Waalaikumussalam, umi."
"Umi telefon dua kali baru Zahr angkat, Zahr busy ke?"
"Taklah umi, I left my phone dalam bilik. Tadi busy main game dengan housemate baru, hehee..."
"Umi dah agak dah, ni Zahr umi nak bagitahu esok kawan walid – Uncle Luqman tu nak datang makan dekat rumah, Zahr balik makan boleh?"
Itu Cuma alasan Sharifah sahaja untuk adakan modal agar anak terunanya balik jadi dapatlah dia kenal-kenalkan dengan anak dara Luqman sorang tu, Fasha.
Zahrain yang memang tahu sangat game uminya...
"Tapi Zahr dah janji nak dinner dengan kawan esok...alaa jumpa lain kalilah ye umi? Umi kirim salam je dekat family Uncle Luqman."
...
"Alaaa, umi terkantoi ke macam mana ni?"
Hahaha mereka dua beranak sudah ketawa bila misi mengkenenkan Fasha dengan Zahrain sudah terkantoi!
"Zahr tak ready lagilah umi, biarlah Zahr cari partner sendiri..."
Kedengaran Sharifah mengeluh. Dia risau betul kalau anaknya tidak berjumpa dengan mana-mana calon yang boleh dijadikan isteri! Anaknya itu bukan semakin muda tapi semakin tua! Tahun depan sudah 28 tahun takkan masih nak hidup membujang lagi?
"Kalau Zahr dah jumpa calon yang sesuai, Zahr bawa jumpa umi dengan walid ok?"
Bila berkata begitu, mulut tersenyum bila mengingati wajah seseorang – Mikael Zahra yang rasanya sudah Berjaya masuk ke dalam hatinya.
Tak lama, kejap sahaja dia tersenyum sebelum dia menampar pipi sendiri perlahan.
...
*di bilik Mikael Zahra*
"Anak bertuah! Bukan nak call baba dengan mama!"
Mikael Zahra tergelak sahaja bila mendengar leteran Megat Yusof dan Soraya. Mereka anak-beranak sedang ber-facetime. Salah dia juga sebab leka sangat dengan kerja sampai terlupa nak menelefon orang tuanya.
"Takkan dah rindu Zahra kot?"
Panggilanya akan berubah daripada Mikael ke Zahra bila mode nak bermanja dengan Megat Yusof dan Soraya masuk! Tapi selalunya Megat Yusof dan Soraya memang akan memanggil anak daranya dengan nama keduanya itu, Zahra. Cuma Mikael Zahra sahaja yang terkadang sudah biasa membahasakan dirinya dengan nama Mikael.
"Zahra balik rabu next week. Zahra rindu dengan baba and mama especially your cook ma!"
"Eii ni baru outstation je dah rindu-rinduan! Macam tak biasa kena pergi settle case outside your region, manja!"
Megat Yusof sukalah menyakat anak daranya. Dia tahu Mikael Zahra merindui mereka. Walaupun Mikael Zahra pernah tinggal berjauhan dengan mereka semasa dia mengikuti program pertukaran pelajar di Dublin. Setahun setengah Mikael Zahra tidak berjumpa dengan mereka. Hanya sekali sahaja Megat Yusof dan Soraya melawatnya di sana.
"Seronok tak tinggal dekat MHH? Baba baca review selalu orang bagi five-star dekat hotel tu."
Err nak pengsan sekarang boleh tak? Kenapa sekarang juga baba nak bertanyakan soalan cepugangsa itu?
"Err, seeeeroonokkkk ma. Nanti bolehlah Zahra bawa baba dengan baba datang sini! Tapi Zahra tak sukalah pergi Melaka ni, bosannnnnn. Kan kita selalu datang sini bercuti..."
"Ehmmm, yelah. Nanti ajak mama pergi pulau, Zahra pun lamakan tak bercuti!"
...
Lama mereka berbual sebelum Zahrain datang mengetuk biliknya.
Nak apa pula bujang sorang ni???
Mikael Zahra hanya membatukan sahaja dirinya. Malas dia mahu membuka pintu. Lagipun sekarang sudah hampir menginjak ke angka 2 pagi kot!
Zahrain datang sebab nak bertanyakan samada Mikael sudi atau tidak makan malam di rumah keluarganya esok.
Tapi dia membatalkan niatnya dan hanya akan proceed dengan plan asal mereka – makan asam pedas Melaka.
Kalau Mikael pun sudah pasti dia akan bantah sekeras-kerasnya idea bijak seorang arkitek Berjaya sorang ni! Dia tak gila lagi nak bersetuju untuk makan malam dengan keluarga lelaki itu! Tak cukup gila lagi nak jerut leher sendiri kak oii!
...
Memang busy betul Mikael Zahra siang itu. Dia belek balik semua file-file kes yang akan di bawa isnin nanti. Alhamdulillah, sepanjang tempoh keberadaan dia di Melaka untuk mengendalikan kes yang sudah tertangguh tarikh perbicaraannya itu, semua berjalan dengan lancar.
Dia boleh jamin (in shaa Allah), peratusan untuk pihak clientnya menang adalah tinggi. Jadi dia hanya perlu yakin sahaja dalam membentangkan hujah-hujahnya hari Isnin nanti.
Sambil menunggu masuk waktu solat asar, Mikael Zahra memilih untuk tidur sahaja. Nanti lepas asar dia perlu siap-siap untuk makan malam bersama 'teman serumahnya'! Dia sengaja tak turun makan tengahari walaupun Zahrain ada mengajaknya beberapa kali sebab dia mahu melantak puas-puas waktu makan malam nanti! Asam pedas, memang dia tak boleh tolak!
...
YOU ARE READING
SEMINGGU JE, PLEASE!! [COMPLETED]
Conto"Unfortunately, there is no room available at this moment..." Habis sekarang aku nak kena tidur bawah kolong ke tidur tepi mahkamah? - Mikael Zahra Keadaan yang mendesak dirinya membuat kerja gila yang memang orang gila pun tak terfikir nak buat! ...